Monday, May 7, 2012

hikmah Allah untuk diri dan hati kecil ini.


Assalamualaikum w.b.t,

p/s : BEWARE ! entry ini agak panjang dan ada unsur unsur jiwang :p

selamat pagi. :) hihi
bangun subuh hari ini, tiba tiba jadi rajin.
terus masak. hehe. untunglah bakal suami aku nnti.
puii :p
itu pun masak sebab ada lebih nasi kosong semalam pas buka puasa.
hihi. lagipun ada la beli beberapa bahan masak kemarin. :)

hari ni ada kelas, presentation lagi.
subjek Study Skill. 
semoga Allah permudahkan urusan kami hari ni. amin ~ 
esok pun presentation lagi. dua presentation. plus test.
awesome kan? T_T

banyak benda yang ingin di ceritakan sebenarnya.
tapi tak tau mula dari mana. :')
lately, aku dah mula berkawan dengan seorang kawan
yang dulunya, not enemies. but, atas certain certain sebab kami
tak ok. bergaduh. :'(
sedihkan, jahatkan saya.
itu pun sebab masing masing ada rasa cemburu mungkin.
terutamanya aku. mungkin juga aku yang memulakan dulu.

sebenarnya dia ok. tak jahat pun. tapi mungkin sebab aku 
fikir negative, negative ja. aku pun rasa macam "jahatnya dia dengan aku."
dan kerana tu pun, kami gaduh gara gara seorang lelaki.
SO USELESS KAN.
what the facebook is that all about. -,-
Alhamdulillah, sekarang ne dah okey.
aku berharap semoga kekal begini.

semalam, dia tanya aku.
"ada kontek si ..... ?"
aku bagitaulah, ada.
means lelaki yang kami gaduhkan dulu tu.
lepas tu dia pun luahkan dengan aku apa yang dia rasa.
bila lelaki tu tak reply msg dia, dan dia pun rasa tak mau kacau lelaki tu.
"bukan tak mau kontek dia, just aku tak mau kacau dia."

aku cakap dengan dia,
"ntahla. dia tu, semakin aku bagi ruang, semakin tu jugalah dia cari aku.
kontek aku."
memang, lelaki ne tak boleh dipaksa.
dan dia cakap,
"hari tu aku ada cakap dengan dia, sal masa depan.
tapi lain yang jadi."
bagi aku, c F.Y.A ne bukan jenis yang suka cakap sal benda benda tu
melainkan dia yang tanya sendiri.

serius aku cakap,
i'm still and still have a feeling on him.
bagi aku, biarlah si dia tu tak tau.
dan aku try to pretend to ignore him.
aku belajar mula tak fikir sal dia, tak jeles bila dia dengan perempuan lain
komen sana sini di muka buku.
banyak benda yang kakak Dey aku ajar,
Alhamdulillah aku praktikkan.
kadang kadang aku rasa, "pudarkah sudah perasaan aku dengan dia ne?"
kadang kadang aku rasa begitu,
tapi hati kecil aku cakap, TIDAK.
Alhamdulillah, setakat ni tidak.
ada dua tiga lelaki yang baik dengan aku, (bajet popular)
tapi tiada satu pun hatiku 'sangkut' dengan dorang tu kan.
sekarang aku mahu cuba perbaiki diri.
aku mahu sentiasa berfikiran positif. bukan juga sebab kasih & sayangku terhadap dia.
tapi juga terhadap Dia. ini yang penting.
bila kau memandang semuanya dalam sudut positif,
insyaAllah, hatimu tidak akan sakit. hatimu akan tenang.
walaupun ramai orang sebenarnya menyakitkan hatimu.
buatmu terluka.
fikir semua tu dari Allah, dan kasih sayangNya terhadap kita yang tak bertepi.


betul. serius aku cakap.
ini terjadi dengan aku sendiri. BERKALI KALI.
malahan bukan sekali. tapi, aku sebagai hamba Allah yang sentiasa khilaf dan alpa
selalu lupa dengan Allah.

biar aku cerita,
sesuatu berlaku kemarin pada aku.
ramai kawan kawan yang aku sms, kol.
minta teman pergi kedaikan. aku puasa kan kemarin.
jadi beli lauk lah untuk buka puasa and some sort of things.
jadi, kedai taklah jauh. cuma mungkin agak janggal juga kan kalau pergi sorang.
sebab kedai tu di bahagian belakang.
semua kawan kawan bz. 
aku tak marah, aku faham. tak semua orang ada masa untuk kita. 
semua bz untuk diri sendiri juga. :)
at last, aku buat keputusan untuk pergi sendiri dengan sepantas kilatnya. hehe
bila aku pergi kedai, tiba tiba aku terjumpa kawan aku Sheila.
dia pun offer aku ikut dia balik sebab masa tu dia dari bandar sewa kereta.
Alhamdulillah, untungkan aku? 
bila aku fikir fikir, kawan aku tu jadi asbab Allah beri kasih sayangNya kepadaku.
kenapa?
inilah hikmah Allah yang sama ada kita sedar atau pun tidak.
sebab bila kau rasa tiada siapa masa tu yang boleh luangkan masa temankan kau,
Allah bagi kau kesenangan yang kau tak jangkakan.
senang cerita,
kau tiada kawan pergi ke kedai masa tu,
tapi bila kau bersabar dengan dugaan dan kau rasakan itu dugaan Allah,
Allah beri kau bukan setakat kawan untuk temankan,
malahan tak perlu lagi kau balik berjalan kaki.
kau naik kereta kan. 

kerana Allah permudahkanmu.
Alhamdulillah.

dan bila aku berdoa masa buka puasa tu, aku menangis.
menangis terharu, sedih dan gembira. menangis tanda kesyukuran.
terfikir akan kasih sayang Allah kepadaku yang tiada bertepi.
walaupun aku selalu lupa dan alpa kepadaNya.
ampuni aku ya Allah. :'(

jadi, apa yang ingin aku sampaikan disini.
aku sekadar ingin berkongsi.
untuk kita semua mengambil iktibar. :')
apabila ada yang membuat kau susah hati, sakit hati,
bila kau rasa keseorangan.
Allah ada. Allah timpakan keatasmu semua tu supaya Allah suruh kita
hayati akan kebesaran Allah & kasih sayang Allah kepada kita.

dan betul juga, 
bila aku tak hanya berharap pada cinta manusia,
Allah lapangkan dadaku menerima apa saja yang kemungkinan akan berlaku.
biarpun aku masih sayangkan dia. 
dia, F.Y.A. :')
biar kau rasa kamu jauh, tapi hatimu rasa kamu dekat.
macam yang sahabat dan juga kakak ku Dey cakap hari tu.
bila kawan aku meluah pasal dia,
aku tak dapat rasakan perasaan cemburu tu lagi.
bukan sebab tiada kasih dan sayangku kepadanya lagi.
tapi aku mahu kasih sayangku didahulukan kepada Dia sahaja dahulu.
lepas tu baru kamu.
ada jodoh, aku bersyukur pada Allah.
tapi jika tiada. aku berharap kita di pertemukan di syurga Allah.
walaupun aku merasa diri ini tidak layak untuk mendapatkan syurga Allah.
kerana aku berharap kau menjadi yang terakhir untukku. :')
amin ~


"It's not because I hate him, it's because I LOVE HIM.
that i don't want even my mind touch him as it still
HARAM for us." :')


No comments: