Friday, May 4, 2012

amalan 24 jam wanita haid.


assalamualaikum w.b.t,

sebelum tu, entry ni khas untuk perempuan/wanita sahaja. :3 hihi
tapi, kalau ada sesiapa kaum adam yang terbaca, open lah. hehe
mana tau boleh kongsi dengan ibu, adik adik, kakak kakak dan saudara mara
perempuan/wanita kan. :)


aku ada satu buku ni,
aku beli masa jalan di KK dengan sahabat aku, Wana.
tajuk buku tu,
Amalan 24 Jam Wanita Haid. :)


aku perasan adanya buku ni masa Wana beli hari tu.
aku pinjam buku dia, aku pun ada baca sikit sikit.
dan macam sangat best, sangat berguna, sangat bermanfaat dan sangat berminat. :)
jadi, bila aku pergi Wisma Muis sebelum balik labuan hari tu,
Alhamdulillah terjumpa juga buku ni. 
jadi aku belilah.
seriously, rugi siapa tak beli.


aku ceritakan serba sedikit kandungan dalam buku ni.

Ada 7 bab kesemuanya :

1. Haid pada pandangan Islam.
2. Haid dari sudut perubatan.
3. Larangan untuk wanita ketika haid.
4. Mengapa berlaku penurunan iman ketika haid.
5. Cara meningkatkan keimanan ketika haid.
6. Persediaan menghadapi haid.
7. Amalan pilihan ketika haid.

dari penulis :
"Padahal, haid bukan masa 'bercuti' daripada mengerjakan ibadah.
Kewajipan ibadah secara umum tidak gugur disebabkan haid.
Dalam masa 24 jam sehari, hanya sedikit ibadah yang tidak boleh
dilakukan oleh wanita haid."


memang amat berguna kan,
dulu masa sebelum aku baca buku ni,
aku fikirkan bila wanita haid, banyak amal ibadah tersekat la kan.
pernah juga masa aku sekolah asrama dulu ustazah dan ustaz
cakap perempuan yang haid boleh baca Al-Ma'thurat.
tapi, lepas baca buku ni, rupa rupanya banyak lagi amalam 
yang boleh kita wanita ni sempurnakan ketika haid.

Contohnya (aku ceritakan serba sedikit):

Ada 3 pilihan amalan untuk wanita haid :

1. Amalan Hati.
a) Menghadirkan keikhlasan.
b) Berasa diawasi Allah.
c) Muhasabah diri.
d) Mujahadah.
e) Meniatkan rutin hari sebagai Ibadah.

2. Amalan Lisan.
a) Membaca zikir mutlak. 
b) Membaca zikir Muqayyad.
c) Berkata yang baik.

3. Amalan Badan.
a) Senyum.
b) Membantu orang lain.
c) Menghadiri majlis ilmu.
d) Taat kepada suami.
e) Bercinta dengan suami.
f) Menjauhi perbuatan yang tidak bermanfaat.


jadi secara kesimpulannya,
bagi pendapat aku, kita sebagai wanita ni memang Allah ciptakan
pelbagai keistimewaan kepada kita. (ayat skema :p)
Haid juga salah satu keistimewaan kepada wanita.
banyak hikmah daripadanya. :)
jadi, terpulang pada kita untuk gunakan hari kita sebaik baiknya
selama mana kita haid kan. 
bagi aku, bila kita fikir dan selami kenapa Allah ciptakan
tiap tiap sesuatu itu kepada manusia,
automatically kita akan rasa kagum & bersyukur dengan 
apa yang Allah telah berikan kepada kita selama ni.
walaupun, kadang kadang haid ni buat kita rasa sakitlah,
malaslah, PMS lah dan whateverlah kan,
tapi, kan kesakitan tu insyaAllah akan menghapuskan dosa dosa kecil kita.
kan kan? :)
jadi, tak payah merungut.
kerana Allah itu Maha Hebat dalam merancang sesuatu.


oh yeah,
buku ni tak juga mahal. memang affordable juga kalau mau beli.
Utk Semenanjung Malaysia : RM 6.50
Utk Sabah/Sarawak : RM 7.50

belilah, insyaAllah bermanfaat bagi wanita. :)
dan bila dah beli, praktikkan lah.
peringatan untuk saya dan wanita wanita diluar sana. hehe
sama sama kita kumpul saham akhirat. :D
amin ~





No comments: