Monday, July 15, 2013

Masa silam.


Pagi tadi, masa naik bas turun kerja a.k.a praktikal, aku duduk la sebelah makcik ni dalam bas. Bila masuk ja, makcik tu terus tegur aku. "Kau ni anak si Halimah ka?" Terkezut aku macam mana dia boleh kenal dengan Ibu. Rupanya makcik tu nampak Ibu hantar aku tadi. (Ibu temankan aku pagi2 tunggu bas okeyyyy =p)

Maka bermulalah cerita kami, bermacam macam la. Dari introduction makcik tu tanya aku mau pegi mana. Bagitau la praktikal blablabla. Lepas tu aku tanya makcik tu macam mana kenal dengan Ibu, dia cakap Ibu dengan makcik tu satu sekolah dulu, sekolah menengah. Time perawan perawan dulu makcik tu cakap, aisesesehh =3

Aku tanya makcik tu tinggal mana la, dan aku fikir makcik tu sudah lama nda jumpa Ibu, rupanya selalu juga jumpa Ibu kalau Ibu hantar jahitan Ibu ke bandar. Ingat baru la mau kenen kenen kan jejak kasih makcik tu dengan Ibu kan kalau lama nda jumpa. =p

Lepas tu banyak la lagi cerita kami, kiranya ramai juga makcik makcik ku yang lain & familyku yang lain makcik tu kenal. Mungkin sebab rapat dengan Ibu kan masa sekolah dulu.

And after that, I wonder (sambil senyum2 sendiri),

Macam mana la nanti bila aku pula macam tu nanti. Yalah kan, bila kami semua masing masing nanti ada kerjaya sendiri, keluarga sendiri, and then contohnya la kawan kawan sekolah dulu masa tu nampak aku & anak aku HAHAHHAHAHAHHAHAHAHHA (ketawa seminit) dan bayangkan la jadi macam situasi aku tadi tu. Then dia tanya soalan dengan anak aku, "Kau anak si Manda ka?" Miahahahahhahaha.

Okey awal sangat untuk bayangkan benda ni. -_-

Tapi sebenarnya kan kan, aku yakin makcik tadi tu yang tegur aku mesti akan terlintas difikiran dia yang dia dengan Ibu nda sedar masa berlalu dengan cepat kan kan. Aku yakin mesti makcik tu pun terimbau kenangan kenangan masa sekolah dulu, kenakalan dorang. Aku tau Ibu nakal macam aku juga masa sekolah. Aku tauuuu. =p

Dan sekarang pun, sedar nda sedar masa berlalu dengan pantas dan kami pun sudah menjangkau 23 tahun tolak 10 (nda mau mengaku kan =p) Dan sudah ada juga yang berkahwin, keluarga sendiri. Maybe nanti bukan kawan yang tanya anak aku, aku yang tanya anak dorang dulu. Kahkah.


Nanti aku yakin bila satu hari nanti kawan kawan jumpa bakal anak aku cecececeh perasan gilaaa mesti dorang cerita kenakalan aku, keHelloKittyan ku, kecengenganku kan kan kannn. Tapi kalau jumpa kawan kawan yang memang sama gila juga la dengan aku. But please la dalam masa yang sama selitkan yang kita ni rajin, baik hati, jujur, amanah ya kawan kawan. Joke =p Mihmihmih

Dorang2 ni la yang berkemungkinan sebab sekitar Sandakan kan. kihkih

Kalau yang ini, probability sangat rendah sebab semua berhamburan jauh jauh ='p
Masa lalu sangat berharga, kenangan tu yang paling berharga, sebab semua tu nda kan kembali lagi dengan kita. Kalau masih ada yang kita ingat, that priceless memories, Alhamdulillah la. Tapi kalau ada yang sudah dilupa nasiblah. Kena lagi pelupa macam aku, nanti kalau ada siapa-siapa yang ingat tu, ingatkanlah kenangan indah indah, kenangan sedih sedih yang aku lupa k. Aku ni pelupa sangat. T-T

InsyaAllah jika dipanjangkan umur, jika Allah izinkan kita lama di dunia ni, InsyaAllah kenangan tu akan sentiasa disimpan dalam memori. Kenangan dengan kawan-kawan sekolah rendah, menengah, universiti InsyaAllah satu kenangan yang paling indah. Dari pengalaman hidup la kita belajar apa yang mungkin tiada kita belajar di sekolah dan universiti kan. =D

Nanti apa yang pernah kita lalui, mungkin insyaAllah kalau diberi kesempatan kita akan cerita dengan generasi akan datang, jadi yang baik dalam hidup kita ajarkan untuk mereka pada masa akan datang, mana yang buruk kita jadikan sempadan dan pengajaran. Kaut sebanyak amalan baik dan pengalaman indah yang mungkin sebab masa yang kita ada tidak akan kembali lagi.
And remember this,
As we grow up, our parents getting older day by day,
time by time. 
So appreciate them when they're still alive in this world.

Alhamdulillah sebab Allah masih kita beri peluang untuk tatap wajah mereka.
Pada yang sudah tiada, 
kita sedekahkan doa dan al-Fatihah untuk mereka didalam setiap doa kita selepas solat.

I will always love you Ibu, lillahi taala, dunya wal akhirah.

Wednesday, July 10, 2013