Showing posts with label friendship. Show all posts
Showing posts with label friendship. Show all posts

Sunday, August 4, 2013

Kesayangan ❤


Salam Ramadhan ke 27 J

Bagaimana puasa kita? Adakah sekadar menahan lapar dan dahaga?
Jom muhasabah.

Hampir 3 bulan sudah berada di rumah. Dan hampir 3 bulan juga sudah berpraktikal. Salah? Memangggg. Aku memang malas kira. Hahaha. Let the time flow by itself. 

Hari kemarin, 04 Ogos 2013 adalah hari yang ditunggu tunggu (lah sangat) sebab sekian lama merancang Alhamdulillah akhirnya menjadi jua. Sempena kepulangan kesayangan, jadi kami pun plan la buka puasa sesama reramai. Sesuka hati guna kata ganda memang ketara sangat malas menaip. -___-

Inilah kesayangan yang disambut tiba kemarin dan kononnya suprise utk familylahhh sangat :p

Pertama tu, ingatkan plan nda menjadi kan kononnya. Sebab kol sana sini ada yang nda angkat la, nda reply text la, nda dapat ikut la apa la. Bikin panas la kesimpulannya, jadi lepas membuat pengiraan kami pun menjangkakan semacam 5 orang ja yang dapat datang untuk buka puasa sesama. Tapi dengan hati yang kecewa, kami terpaksa juga menggagahkan diri, ecehhh untuk berbuka puasa sesama walaupun la 5 orang. Tapi bila kumpul kumpul semua jumpa di tempat yang dijanjikan, jadi ramai la pula. Sebab yang nda sambut kol tu kononnya buat suprise untuk kami. Hmmpp siapalah tu kan pffftt =p

"Perangai memang nda pernah berubah." (Naziha, 2013)











Nda sangka 23 tahun sudah mereka semuanya sobss sobsssss except me yang baru 21. Hmmm





Pegi kedai makan yang pertama, nda ble sambung meja lah apalah. Apa barang restorann nda ble sambung meja. Kihkih. And lastly, jumpa juga tempat makan. Dan tiba masa untuk Iftar. Yeaaa weeeee :D


Tudung biru paling kuat makan. TQ

Masa Iftar tu, terjumpa dua orang kawan lama. Kina & Buyay. Nda sangka masih ingat lagi. Terharuuuu. *cross finger* =p Hehekss. Dorang dua berbuka puasa dengan family & kawan kawan. Tapi nda apala yang penting dapat jumpa selepas sekian lamanya tidak berjumpa rindu rasa hati. 

Sebelum makan, macam biasalah tiada aktiviti lain selain pot pet pot pet huha huha haaa tapi masa makan tau juga senyap. Pelik. Dan sambung lagi aktiviti huha huha selepas makan. Memang perangai nda berubah dari sekolah menengah sebab kami masih anggap restoran tu sebagai dewan makan asrama. Alangkah biadapnya. *gegeleng kepala* Nasib baiklah tiada yang memulakan aktiviti menghumban kulit tembikai selepas makan ke meja seblah. hihiksss

Dan malam pun berlalu....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

KLISE SANGAT.



And we've decided stay rumah Vannie memandangkan rumahnya yang gedabak besar itu tidak berpenghuni. =p Walaupun kesana untuk selesaikan apa yang patut, tapi tujuan asal kedua semacam tiada penghujungnya iaitu, berbincang untuk plan Hari Raya nanti. Ada yang pegi sana, ada yang pegi sini. Ahhh malaslah cerita.


Dan sebenarnya aku malas menaip.


Selesai perbincangan dan semuanya, macam biasalah kan. 
Family potrait time.


Dan untuk yang tiada dalam family potrait ni, yang nda dapat hadir tu, you'll always in our heart.
Ececececehhhhh 


Terima kasih untuk persahabatan selama 10 tahun ini atau mengkin lebih lagi, they're the best friend evahhhh. Had always been there in difficult times, precious and enjoyable time. Friends that is more than a friend as I can say like sisters to me. Aku sentiasa anggap diri aku bongsu antara dorang semua. Ihiks :3 

Although we're barely spending time together, but we will always understand each other. Kan kansss? =B
Alhamdulillah all praises to Allah because with Allah will we've meet like this. Thank you Allah. *wipe tears*
InsyaAllah ada masa, ada jodoh, ada umur panjang dengan izinNya kita akan jumpa lagi dan berkumpul lagi mungkin lebih ramai lagi. Walaupun ada la juga yang memang berkesempatan jumpa tiap tiap minggu kan sebab rumah dekat aaaangat, tapi ndapa, ayat mesti gempaks. Teheee. Dan sepatutnya banyak benda lagi yang perlu diceritakan dan diluahkan tapi we'll just keep it in our precious heart and let it be the priceless memories evahh. Padahal malas menaip. Dan dikesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya, maaf zahir dan batin. Ampun maaf dipinta untuk semua silap dan salah. So long. Jaga diri semuanyaaaa. 

Dan oh ya, 
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Nanti kita tutorial tudung lagi. Kihkih :3
xx




Monday, July 15, 2013

Masa silam.


Pagi tadi, masa naik bas turun kerja a.k.a praktikal, aku duduk la sebelah makcik ni dalam bas. Bila masuk ja, makcik tu terus tegur aku. "Kau ni anak si Halimah ka?" Terkezut aku macam mana dia boleh kenal dengan Ibu. Rupanya makcik tu nampak Ibu hantar aku tadi. (Ibu temankan aku pagi2 tunggu bas okeyyyy =p)

Maka bermulalah cerita kami, bermacam macam la. Dari introduction makcik tu tanya aku mau pegi mana. Bagitau la praktikal blablabla. Lepas tu aku tanya makcik tu macam mana kenal dengan Ibu, dia cakap Ibu dengan makcik tu satu sekolah dulu, sekolah menengah. Time perawan perawan dulu makcik tu cakap, aisesesehh =3

Aku tanya makcik tu tinggal mana la, dan aku fikir makcik tu sudah lama nda jumpa Ibu, rupanya selalu juga jumpa Ibu kalau Ibu hantar jahitan Ibu ke bandar. Ingat baru la mau kenen kenen kan jejak kasih makcik tu dengan Ibu kan kalau lama nda jumpa. =p

Lepas tu banyak la lagi cerita kami, kiranya ramai juga makcik makcik ku yang lain & familyku yang lain makcik tu kenal. Mungkin sebab rapat dengan Ibu kan masa sekolah dulu.

And after that, I wonder (sambil senyum2 sendiri),

Macam mana la nanti bila aku pula macam tu nanti. Yalah kan, bila kami semua masing masing nanti ada kerjaya sendiri, keluarga sendiri, and then contohnya la kawan kawan sekolah dulu masa tu nampak aku & anak aku HAHAHHAHAHAHHAHAHAHHA (ketawa seminit) dan bayangkan la jadi macam situasi aku tadi tu. Then dia tanya soalan dengan anak aku, "Kau anak si Manda ka?" Miahahahahhahaha.

Okey awal sangat untuk bayangkan benda ni. -_-

Tapi sebenarnya kan kan, aku yakin makcik tadi tu yang tegur aku mesti akan terlintas difikiran dia yang dia dengan Ibu nda sedar masa berlalu dengan cepat kan kan. Aku yakin mesti makcik tu pun terimbau kenangan kenangan masa sekolah dulu, kenakalan dorang. Aku tau Ibu nakal macam aku juga masa sekolah. Aku tauuuu. =p

Dan sekarang pun, sedar nda sedar masa berlalu dengan pantas dan kami pun sudah menjangkau 23 tahun tolak 10 (nda mau mengaku kan =p) Dan sudah ada juga yang berkahwin, keluarga sendiri. Maybe nanti bukan kawan yang tanya anak aku, aku yang tanya anak dorang dulu. Kahkah.


Nanti aku yakin bila satu hari nanti kawan kawan jumpa bakal anak aku cecececeh perasan gilaaa mesti dorang cerita kenakalan aku, keHelloKittyan ku, kecengenganku kan kan kannn. Tapi kalau jumpa kawan kawan yang memang sama gila juga la dengan aku. But please la dalam masa yang sama selitkan yang kita ni rajin, baik hati, jujur, amanah ya kawan kawan. Joke =p Mihmihmih

Dorang2 ni la yang berkemungkinan sebab sekitar Sandakan kan. kihkih

Kalau yang ini, probability sangat rendah sebab semua berhamburan jauh jauh ='p
Masa lalu sangat berharga, kenangan tu yang paling berharga, sebab semua tu nda kan kembali lagi dengan kita. Kalau masih ada yang kita ingat, that priceless memories, Alhamdulillah la. Tapi kalau ada yang sudah dilupa nasiblah. Kena lagi pelupa macam aku, nanti kalau ada siapa-siapa yang ingat tu, ingatkanlah kenangan indah indah, kenangan sedih sedih yang aku lupa k. Aku ni pelupa sangat. T-T

InsyaAllah jika dipanjangkan umur, jika Allah izinkan kita lama di dunia ni, InsyaAllah kenangan tu akan sentiasa disimpan dalam memori. Kenangan dengan kawan-kawan sekolah rendah, menengah, universiti InsyaAllah satu kenangan yang paling indah. Dari pengalaman hidup la kita belajar apa yang mungkin tiada kita belajar di sekolah dan universiti kan. =D

Nanti apa yang pernah kita lalui, mungkin insyaAllah kalau diberi kesempatan kita akan cerita dengan generasi akan datang, jadi yang baik dalam hidup kita ajarkan untuk mereka pada masa akan datang, mana yang buruk kita jadikan sempadan dan pengajaran. Kaut sebanyak amalan baik dan pengalaman indah yang mungkin sebab masa yang kita ada tidak akan kembali lagi.
And remember this,
As we grow up, our parents getting older day by day,
time by time. 
So appreciate them when they're still alive in this world.

Alhamdulillah sebab Allah masih kita beri peluang untuk tatap wajah mereka.
Pada yang sudah tiada, 
kita sedekahkan doa dan al-Fatihah untuk mereka didalam setiap doa kita selepas solat.

I will always love you Ibu, lillahi taala, dunya wal akhirah.

Friday, May 24, 2013

Cuh-rush candy crush


Hey hey there warga sekalian alam! *lambai2 tangan*

Syok sendiri. Macam ada orang baca kan. :B

Bismillahirrahmanirrahim..
Lama nda update entry kan. Heeeee. Bz memanjang kunun. Start dari FYP sampai la dekat habis semester, assignment pun nda pandai habis habis. Nda pa, lepas ni tiada sudah tu assignment kan. Jadi kenangan sudah, dirindu lagi tu lepas ni. InsyaAllah, amin :)

Dijadikan cerita,
Early this week dengan berani & tidak malunya aku gagahkan diri untuk memberi sesuatu kepada seseorang sang pria yang tidak pernah aku tegur, tidak pernah aku kenali, hanya tahu nama dan muka ja. Dan hanya tahu dia sekolah apa, kos apa, umur pun aku nda pasti. Heee.

Kalau diikutkan, tiadalah lama sangat aku perhatikan dia ni, (statement nda malu)
Biasalah, mesti ada orang yang kita minat kan. Dia ni sebenarnya, kawan aku yang suka tengok dia first tu, masa kawan aku tunjuk dia hari tu, dia cakap la si dia ni kemas la apa la kan, tapi aku ni siap ble cakap lagi, "Mata kau ni mata ka guli?" Hahahahaha. Padan muka. Sekarang kena dengan aku.

Nda tau la sejak bila aku suka pula tengok dia ni. Mungkin sebab ada satu event tu kan semester ni, tengok dia jadi Ketua Exco, rasa macam kemas ja dia ni. Macam komited ja kerja. Macamlahhhhh. Hihihi walaupun aku bukan orang yang jenis macam tu, tapi aku suka pula tengok orang kemas, komited ni. Ehem. Hihihi

Dan dan dijadikan cerita start hari tu macam selalu pula aku nampak dia ni, sebelum ni jarang pula nampak. Tapi bila start suka tengok dia terus hari hari ternampak di mana sahaja berada. Arghhh malu. Ecehhh. Pada suatu hari, aku pun terfikir untuk bagi dia sesuatu. Ingat mau bagi masa dekat Final Exam, alaahhh coklat ja pun. Saja bagi semangat sikit, tu pun kalau semangat lah lepas dapat. Hahahaha. Lepas tu selit nota, "Good Luck Final Exam akan datang." Sungguh tidak malu kan. *tampar pipi sendiri*

Ada seseorang junior tapi sebaya aku ni yang jadi orang tengah, aku siap cakap ndapayah bagitau siapa yang bagi. Atas paksaan dan dorongan bestfriend aku ni, dan disebabkan dorang terlalu berhari hari kalau kami terjumpa dia, terus nyanyikan aku lagu Judika. Benci tauuu. Cehhh padahallll :3

First tu, orang tengah aku ni pun masa aku bagitau punya main dia ketawakan aku. Hihihi yalahkan siapa sangka, aku pun rasa nda sangka dengan diri sendiri sebab aku nda pernah terfikir pun si dia ni wujud di UMSKAL ni. Kihkihkih Sorry Encik :p Lepas orang tengah ni bagi coklat tu, si dia ni pun berhabis habisanlah mau tau. Katanya. Tapi disebabkan aku cakap jangan bagitau first tu, nda la kawan aku ni bagitau. Hahahaha.

I'm afraid things became worst. Tu sebenarnya. Yalahkan, ntah la kalau dia kenal aku. Tapi for sure kalau bagitau nama konfom konfom kalau dia taip nama penuh aku di FB konfom la jumpa kan. Kami nda pernah bertegur pun walau sekali, apa lagi dua tiga kali. Senyum pun nda pernah. Setiap kali bertembung, aku rasa aku yang lari offside ke tempat lain. Hahahaa. Sebenarnya aku okey ja kalau orang tegur aku, alahhh as a friend kan. Even ada sorang budak junior tu aku suka tgk dia okey ja kami, sebab dia yang selalu tegur aku dulu. Jadi nda la rasa awkward kan. Cuma si dia ni yang nda pernah bertegur dengan aku, yalah mungkin lain sekolah kan. Tu juga mungkin nda biasa. Jangan heran, ada la lebih dari 2,3 orang aku suka tengok di kampus ni. Tapi tiadalah pula niat mau couple ka. Just rasa suka mata memandang. Hihihi. :D

Sebenarnya aku sudah fikir masak masak juga masa mau bagi coklat ni, tapi aku harungilah juga sebab bagi aku last semester sudah disini kan. Kalau things become worst pun, dia rasa annoying ka lepas tau aku yang bagi, aku nda lama lagi lari dari sini. Hihihih. Ingat mau rahsiakan la sampai habis semester, tapi aku kesian pula dengan orang tengah aku ni sebabnya si dia ni, lepas dapat coklat tu balik balik ja text orang tengah aku ni tanya siapa yang bagi. Nda maulah juga orang tengah aku ni dibebani kan. Hohohoh :0

So, aku pun bagi keizinan la dengan orang tengah ni suruh bagi klu. Hahahaha. Dan si orang tengah ni pun nda sampai hati mau bagitau nama aku sebabnya takut si dia ni nanti tambah malu. "Even masa bagi coklat tu pun Manda muka dia dah merah." Hahahahhaha. Kesian. Kesian sebab jadi mangsa aku. -,-' Jadi si orang tengah ni pun bagila klu, tahun 3, SPKAL, kalau jumpa nyanyi lagu Judika. Hahahahahah klu ketiga nda ble blah! Dan satu lagi klu, orang tengah cakap dengan si dia, "Kenal dia, tapi tak pernah bertegur." Lagi curious dia mau tau. Hihihi. Lepas tu, orang tengah bagitau aku yang si dia tu cakap, nanti dia cari sampai dapat. And I was like, "Catch me if you can annnn." :p

Salah satu sebab kenapa si dia susah mau detect facial expression ku. Ahaks

Hahahahahahah actually kalau dia ndatau pun aku rasa bagus lagi, tapi sekarang ni aku nda kisah sudah kalau orang tengah mau bagitau aku yang bagi, sebabnya aku nda mau la si orang tengah aku ni dibebankan soalan macam macam dari si dia. Hehehe. :D So, Idk what really happened next, but I really really don't care pun kalau benda ni macam ni ja. Dan kalau dia tau pun apa la ble di buat kan. Aku yang mau buat macam ni, jadi sure aku kena berani ranggung risiko. 

Jangan risau encik, kalau anda annoying dengan saya pun, saya akan keluar dari sini berapa minggu sahaja lagi. Lepas ni, nda jumpa sudah. Hikhik ! Makan coklat tu k. Jangan ragu ragu. Tiada racun pun. Ihiks :3 Dan sekarang ni memang nampak mukanya kadang macam perasan sesuatu. Tapi aku kan pelakon yang tidak bertauliah. Pandaila cover. Hahahaha. Okey jaga diri encik, dan terima kasih sangat sangat orang tengah saya. :D

Kenapa aku mau update entry ni? Sebab aku tau satu hari nanti bila aku baca balik aku akan terketawa terbahak bahak. Stay tuned la untuk cerita seterusnya kalau ada kan kan :3 Kbai semuaaaa! Bai Judika! :p



Thursday, March 7, 2013

Wanita


Selamat Hari Wanita Sedunia 2013 ! :')

"Adam, Perempuan ini insan yang lemah. Jangan kau cemar imannya. Jgn kau rosakkan mujahadahnya. Jgn kau kotori kasih dan cintanya pada Illahi. Kerana perempuan itu sedang berperang melawan nafsunya. Kerana perempuan itu sedang sedaya upaya menahan dirinya. Adam, Andai kau kasih dan sayang pd perempuan. Andai kau mahu membela nasib perempuan2 diluar sana. Andai kau mahu perempuan seperti itu mjadi suri dlm taman hati. Ibu kpd bakal pejuang agama. Doa buat mereka. Doa buat dirimu. Agar ada redha Allah dlm setiap amalanmu & perempuan itu."

DeHearty : Wanita


Wanita-wanita yang sangat terpenting dalam hidup. =')







errr. baju hijau bukan wanita kayy :p






and last but not least
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Okay ini bukan wanita. Haha bai ! :3

p/s : Yang tiada dalam sini pun semua penting. Siapa sayang aku dia pun penting la juga.
Kihkihkih <3


"Wanita, yang hanya perlu kau fahami."








Friday, January 11, 2013

Exam. Hometown. Allah, The All-Loving.


Assalamualaikum w.b.t,

Entry before this is too straight-forwardkan? :3
But I'm glad Sara already read it and she feel so happy.
I don't know whether I want to feel happy or sad.
But, when I type all those things I'd cry. 
Masa tu, rasa macam mau kol Sara tapi cukuplah serik sudah aku kol orang
tapi nda sambut kol. *tarik muka*

I don't know,
mungkin hampir lebih satu bulan aku jadi diam.
Diam untuk semuanya.
Minta maaf untuk semua sahabat yang tersinggung dengan sikap saya selama ni.
Saya tahu ramai orang yang berkecil hati.
Sesungguhnya saya bukanlah sahabat yang terbaik. :')

Now,
Let Sara and all my best friends enjoy their moment everywhere they're now.
Me,
In sha Allah not more than a week I will back to my hometown.
Oh, Sandakan ku wait for me. Hihihi
Baru tadi on call dengan abang, cerita punya lama. Macam macam kami cerita,
cerita pasal anak buah yang nakal, yang dirindui.
(Oh myyy, nda sabar mau balik!)
Kalau sudah dengan abang bercerita kan, pasal bapa tukar number pun jadi isu.
Ahahahaha :D Sangat lucu.
3 more paper to go. In sha Allah. 
Go go go my coursemate ! my Umate ! :3

And whenever you feel sad, stress, hurt or heartache.
Watch this video.


"Allah, the creator of heaven and earth, says He loves you. He love them and they love Him. (5:54)
Despite our sins that are done everyday, Al-Wadood still loves us.
How can this be? Subhanallah..." :')

Jadi jangan putus harapan untuk terus berubah.
Jangan sebab satu benda yang boleh buat kita bersedih kita lupa yang Allah sentiasa ada.
Allah uji kita sebab Allah sayang kita kan. :'D
#notetoself

And heyyy ! Remember,



DON'T FORGET TO SMILE.
Because smile is Sadaqah. =)

p/s : Entry sikit ja yg kena dengan tajuk. =p






Thursday, January 10, 2013

Dear Sara.


P/S : Entry ini terlalu terus terang penceritaannya. Nda suka, jgn baca. :)

Semalam terdetik hati buka Facebook. Last aku buka pun 29 Disember 2012.
Bila buka, tergerak hati stalk FB dia. Bestfriend. Yg memang sangat lama tidak tahu khabar berita.
Scroll scroll kebawah aku nampak ini :


Sedih tahu. Aku fikir memang aku dilupakan sudah. Sampai satu hari aku fikir
rasa mahu putus asa sudah untuk jaga hati sendiri yakinkan yang semua akan pulih semula satu hari nanti.

So, I don't know what else I want to do, and this is my reply :

"Assalamualaikum. Dear Bestfriend, 
Alhamdulillah, Ibu and me was fine and stay healthy, but as usual once in a month I'll having my P.P. Although it's hurt, but I try to be strong to face my exam. :( So how are you too? Are you fine? I hope everything's okay without me. :') Pernah satu hari aku terfikir untuk tulis surat utk kau, poskan untuk kau. Tapi, aku biarkan saja surat itu dalam buku. Aku batalkan niat. So, old skool me. :p Do you still remember that one person story that I'll always share with you? That one person that always I care of even though he always makes me sick and sad? I know you still remember. :) He said to me once that he was ashamed when our friends knows that I contacted him, call him, and texting him. I don't know what his reason, tp adakah aku terlalu teruk sampai orang rasa mcm tu dgn aku? I think it's time for me to let go enough everything that always makes me hurt. Mustahil ada orang yang gembira bila dengar orang cakap macam tu, especially kawan kita sendiri. Especially orang yang...hurmm, lupakan. It's just me, stupid enough to think that everybody likes to be friends with me. Enough with that guy stories. :') 

Pernah sekali aku bagitau kwn kita,J_A benda yang menyedihkan ni mungkin akan lebih berkesan kalau aku avoid semua orang dalam lingkungan kawan-kawan kita ni. Termasuklah dorang semua. I'd try, I'd avoid you, I'd avoid him, them, our friends, and also my other best friends. Although it's hurt, I'm just pretend to be strong everyday. Counting days back to Sandakan but I don't want to meet everybody. I'm afraid that I will hurt when I accidently keep up with our old friend just to ask them how you are, and how he was, are you doing well, are the guy doing well? But I know, it'll only makes me hurt when I try to avoid everyone. 

Now, just give me time. To accept everything. Aku rasa pun lebih baik begini. Rasanya. At least, I know I've done a thing to make this friendship turn back like the old time, but I know, at this time, it's not the right time to make that happen. :') Just give me time. Just like you, I've been through so many hurt. Yg pernah aku ceritakan dan yang tidak pernah aku ceritakan. Now, we just go with the flow. Lepas kita sudah usaha, kita berdoa, kita serahkan kepada yang Maha Mengetahui. :')

I just want to forget all the bad things in my life right now. I think I don't deserve to be with everyone that I loved. :'3

Jaga diri Sara, saya sayang anda. You too. Eat well, sleep tight. Balik Sandakan sudah kan, makan banyak banyak. Memang nampak kurus sudah kau tu, tolongla ambil lemak ku ni separuh. Nda tahan menanggungnya lama-lama. Hihihi. I know you strong. Like me. ^^ InsyaAllah, panjang umur, ada kesempatan InsyaAllah akan berjumpa lagi di satu masa yang Allah tetapkan. Kita merancangkan, Allah yang tentukan semuanya dan Allah jua lah sebaik baik perancang. Sayang anda Lillahi Taala. Doakan kejayaan dan kebahagiaan bersama di dunia & akhirat. One more thing, pray for me to have enough sleep and not think hardly about this, okay? Heeee :') Kirim salam mama. Assalamualaikum."


Minta maaf untuk ayat yang panjang berjela-jela. Sesungguhya jika dikumpulkan lagi banyak sangat benda yang mahu dikongsi. Tapi cukuplah untuk kali ini. Sekadar reply surat Facebook Sara. :')


"Always be strong enough to let go, and be smart enough to wait for what you deserve."



Tuesday, January 1, 2013

Page 1 of 365.



"As time goes by, will our memory fade?" - Yoon Mi Rae

Selamat tahun baru 2013 :)


Tahun baru kami dimulakan dengan buku, study dan nota.
Arghhh. Stress sebenarnya.
Bukan stress study. Tapi stress nda dapat study.
Sebab tiap kali study ja mengantuk, mengantuk, mengantuk.
Can someone tell me how I make this 'sleepiness' fade away when I'm studying?

Terus rasa macam mau cepat habis exam dan balik rumah.
Balik Sandakan dan membayangkan aku sedang berbaring baring di sofa,
sambi bermain gadget, kalau nda pun main di taman dengan Haykal.
Ahahahaha :'D


Walaupun kurang dari 48 jam lagi untuk paper pertama bermula,
tapi aku memang sangat sempat post entry baru, update Twitter (sudah pasti).
╮(︶︿︶)╭

Azam baru?
Hurmm. Hurmm. There's something inside my mind. But I won't tell ya.
Hahahahahah.
Padahal tiada kan. :p
Azam lepas lepas pun belum tertunai tapi akan sedaya upaya dicuba untuk merealisasikan 
azam yang lama itu !
InsyaAllah, Amin :)


2013,
I want to make a new life. I'll try. I know I can !
New friends. New what is right for me. Everything new.
Try to forget all the bad things in life that still haunt your life.

Walaupun sangat sakit yang dirasakan,
tapi kalau kita betul betul bertekad ingin melupakan, tiada apa yang dapat menghalang.
InsyaAllah.
Lebih baik kita usir segala perkara yang sentiasa membuat kita bersedih,
dari mengingatnya buat kita terluka. Kan kan?
Aiseh ayat nda ble blah.
But this is serious. *muka serius*
But, Alhamdulillah Allah for everything, for giving our chances to still gave us breathe in this Dunya.
Alhamdulillah. Thank you Allah. :')

Coretan ini, aku kedua akhirkan dengan ucapan, pesanan dan doa, 

"Sejuta kemaafan dipohon untuk semua sahabat sahabat yg telah saya sakitkan.
Yang telah saya sakitkan dengan segala perkataan, tulisan, perbuatan.
Anda semua adalah sahabat terbaik untuk saya dunia & akhirat.
Tapi keadaan memaksa saya untuk menjauhkan diri dan mungkin ini adalah cara yang terbaik.
Penat hati untuk menyimpan segala rasa, sakit dipendam untuk masa yg terlalu lama.
Minta maaf, saya manusia yang penuh khilaf.
Buat sahabat saya yg akan berkahwin nanti, yang sentiasa bertanyakan khabar tentang saya,
anda adalah salah satu sahabat lelaki saya yang tahu segalanya tentang saya (mungkin),
Minta maaf kerana kali ini susah saya ingin meluahkan segalanya,
saya tidak ingin membazirkan airmata lagi untuk kesakitan hati ini. (Aiseh)
Jaga diri, jadi suami yang terbaik untuk isteri anda nanti.
Buat sahabat semua yg saya sayangi, minta maaf jika tidak membalas segala ucapan,
pesanan dari anda.
Maafkan saya jika saya berbuat sedemikian. Mungkin memang ini cara yg terbaik.
Jaga diri, sayang anda semua." :')

Sorry untuk ayat yang jiwang. :'D


Ya, dan aku tahu senyuman ini sangat buruk. Mata sebelah kecil.
Hahaha.
Tapi senyuman menyembunyikan segalanya. :)
Dan Good Luck seluruh mahasiswa / mahasiswi IPT untuk Peperiksaan Akhir.
Bertekad Cemerlang. Ewahhh. :3
*kembali ke buku*

"Hati kecilku menyatakan ini harus diakhiri."





Saturday, December 29, 2012

Selamat Ulang Tahun Kelahiran ; 29 Disember 2012



Selamat Hari Ulang Tahun kelahiran sahabat,
Kamsianah Tajuddin :3
We all love yah. <3

Birthday Girl di tengah :)


Dengan ucapan dan doa,
Semoga Allah berkati kehidupan dunia & akhirat.
Semoga kita bertekad cemerlang dengan jayanya. Eheks
Semoga menjadi anak yang solehah untuk kedua Ibu Bapa dan bakal suami.
Semoga jadi sahabat yang baik untuk semua sahabat.
Semoga jadi Ibu yang baik, isteri yang baik kelak. Uiseh awal Haha.
Semoga, semoga semoga. 
Dan semoga selalu buatkan bubur berobok & bergedel untuk aku.
Hew hew :3


Saya sayang anda Lillahi Taala, dunia & akhirat. 
Muahh :* <3


Have a blast on your Birthday !
Walaupun kemarin. Ihiks :3
♪┏(・o・)┛♪┗ ( ・o・) ┓♪


Wednesday, December 19, 2012

Why?



Aku pun kurang faham kenapa dengan kau ni?
Sangat. 
Bila aku try contact kau nda layan langsung.
Tapi bila aku nda peduli kau, cakap pula aku sombong.
Siap post di laman sosial aku.
Lepas tu, bila face to face aku tanya cakap tiada. 
Peliks. -,-'
Dan dan aku baru tengok post kau dekat Youtube,
"Happy Belated Befday. Kekekekke."

MOTIF?

Okey 1stly, thank you so much sebab wish.
Walaupun sudah terlewat 6 hari.
Nda kisah lah.
First first di akui memang rasa sedih juga lah.
Ya lah, orang yang kita pernah ambil berat kan.
Nda ingat nda pa,
tapi ni masa malam tu, tengok pun dengan aku nda.
Padahal c A* sudah jerit jerit panggil nama kau dekat cafe.

BIARKANLAH. 

Apa-apa pun jaga diri ja.
Kalau boleh, jangan cari masalah dengan siapa siapa pun.
Nda marah ni, cuma mau menyuarakan kepelikan dan ketidakfahaman pasal kamu.
Yg pernah saya panggil & anggap, Abang. :)

Good Luck Final Year ! 

P/S : Sorry kalau ayat ayat first dalam entry macam kurang senang.
Tapi ini apa yang disuarakan dari fikiran. Ecewah. :3


Monday, December 17, 2012

B.F.F #2



A letter from Blair to Serena

"Dear Serena, my world is falling apart. My father left my mother for thirty-one year old model.
A male model. I feel like screaming because I have no one to talk to. 
My dad is gone. Nate's acting weird. 
Where are you? Why won't you call? Why did you leave without saying goodbye?
You're supposed to be my best friend. I miss you so much. 
Love, Blair."

-Gossip Girl (1x03)

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

And I cried.
No matter how many obstacles, test from Allah you got,
you MUST always share with me, right?
At a certain part, we share the same 'lost'.
We only have our mother. But not all things we will tell them.
That's what best friends for.

It's hurt when you know you're like a dumb person just waiting,
to know what your best friends have been already through BY THEMSELVES.
There is no other of my friends I will cry for them like this,
cry all day when I remember 'us'.

Now, I know your story.
And even if I know everything, I will not even to help you.
You know that. I'm sorry. 
But for me, telling your story was enough.

I'm sorry even after this,
I'll not being myself anymore.
I realized that nowadays I've been a heartless person to everyone.
Maybe because I'm tired of everything.
Everything.


Take care, I love you.
<3

Sunday, December 16, 2012

Roomate, you made me scared !


15 Disember 2012 | Sabtu | 20:09


Lepas ja balik dari pantai, (tengok entry sebelum ni)
dengan wajah lapar aku dengan Syira pun pegi kafe.
Kesian. Ihik. :D
Tunggu food yang kami order,
Tiba-tiba, roomate tersayang Dayah kol,

"Manda, mana kau? Kau ada pinjam laptopku ka?
Kau tau ka laptop ku hilang, laptop kita hilang Manda."

*sila bayangkan dia bercakap dgn nada menangis teresak-esak*

"Betul ba Dayah? Tiada orang ka di rumah? Aku letak kunci dalam ***** tadi."

Aku pun jadi panik. Sangat panik.
Sebab pagi tu baru ja ada kecurian di kawasan blok kami.
Macam macam bermain difikiran masa tu.

"Tiada Manda, aku tadi kan di rumah c Lina satu hari ni. Tu la aku fikir kau pinjam laptop ku.
Macam mana ni Manda?" *sambil nada menangis lagi*

"Okey Dayah, aku naik sekarang."

Aku bagitau Syira, Syira pun terkejut. Ya lah kan, bertambah kuat lagi kerisauan sebab pagi tu ada kes
kecurian. Aku mula fikir banyak sangat benda dalam laptop aku kalau hilang tu.
Aku terfikir, mesti c Dayah menangis nangis sudah masa tu.

Dengan kelajuan yang ada, perut sarat baru habis makan Mee Goreng Ayam,
Ihiks ! aku dengan Syira pun laju naik kerumah.
Datang rumah, tengok Dayah tiada. Pintu kunci, tiada orang dalam bilik.
Tanya housemate, housemate cakap Dayah sudah pegi sebelah nangis nangis.
Dalam hati, 'Ya Allah kesiannya Dayah.'
Aku rasa bersalah sebab aku yang simpan kunci dalam ***** tu.

Aku suruh Syira tunggu dalam rumah, aku pegi rumah sebelah.
Mungkin dia pegi rumah Lina. Tapi kenapa gelap? Kenapa berkunci pintu depan?
Pegi rumah depan dorang lagi. Tanya kalau ada Dayah, dorang cakap tiada.
Aku betul betul panik ni. (Macam wayang pula. Hahaha)
Aku fikir Dayah mesti turun bawah buat report dengan Jakmas ni. :'(

Bila keluar rumah kawan, tiba tiba rumah dorang Lina yang berkunci tadi terbuka.
.
.
.
.
.
.
.
.
"HAPPY BIRTHDAY TO YOU, HAPPY BIRTHDAY TO YOU."
Aku punya main kuat teriak terus lari balik pegi rumah yang satu lagi.
Lagu Happy Birthday dorang pun ter'pause'.
Hahahahahahahhahahahahahahhahahhahahahha.


AMANDA, YOU'RE BEING PRANK ! T^T

Fine, fine. Hahahahhah
Aku punya main risau terlibat sekali Syira risau, rupanya dorang bagi kena aku.
Yalah, befday aku 12 hari tu. Dorang buat masa 15 semalam mana la aku expect apa-apa kan.
Hehee :3

Terima kasih semua,
Terima kasih yang bertungkus lumus masak, belikan kek,
buat suprised semua. Walaupun semua agak BZ minggu ni.
Aku memahaminya. :D Walaupun, agak sedih. Eheheks
Thank you Dayah, Kams, Sheila, Zyra, Lina, Nad & my Syira (yg turut kena prank) :p

Muka excited dapat kek !

Juadah yang dimasak dan Oreo Cheese Cake yang dibeli. Nyummehhh
*lap liur*
Terharu, marah, sedih, terkejut, takut semua ada.
Terima kasih la untuk semua pelakon termasuklah housemate yang bersatu hati dengan Dayah,
bagitau aku yang Dayah menangis ke rumah sebelah. Hahahaha
Sangat tidak menyangka ini semua akan berlaku. :p
Dan Alhamdulillah, sangat kenyang !

Kams, as the main character untuk baca doa.




"Semoga persahabatan kita kekal untuk selama-lamanya." (Kams, 2012)


IBU, MAK, BAPA, ABG, KAKAK SAYA TERTIPU !
(tapi saya dapat kek. Ehem :p)

Alhamdulillah, Allah hadirkan pelangi lagi. :)
Sayang anda semua Lillahi Taala. <3 :')
*wipe tears*





Saturday, December 15, 2012

Aiskrim. Pantai. Pelangi Senja.



"Apa-apa yang membuatmu gembira, jangan lepaskan. Apa-apa yang membuatmu bersedih, tinggalkan."
- Anonymous


15 Disember 2012 : Sabtu : 1710

Memandangkan Farah meninggalkan kami terdampar di pulau,
dan dia sedang berseronok di tanah kelahirannya,
maka kami berdua pun mencuba untuk menggembirakan diri,
menghiburkan diri dan menghilangkan kesedihan untuk ke pantai.
Camwhore horror. Hahaks :3



Masa gambar Syira ni aku cakap,
"Harap2 aiskrim tu jatuh atas kepala kau Syira."
Hahahahah :D


Dan beruntungnya,
masa sampai pantai tu, kebetulan ada pelangi.
Subhanallah cantik woooo :')
And we're jakun like, "Cantiknyaaaaa huwoooo." Hehehe
Allah hadiahkan pelangi untuk kami hari tu. Alhamdulillah.
Eheks :)


Selepas pelangi mesti ada hujan kan,
dan kami pun bergegas pulang. Ecewahhh.
Bergegas apanya. Bergambar pun sempat. Pfftt
Hahahaha :3

Walaupun hujan sudah menitis ke bumi. Dan ke tudung. Ahaks :p

Terima kasih Allah,
untuk hari hari sebelumnya, hari hari sekarang & hari hari yang mendatang.
:')






Friday, December 14, 2012

B.F.F


"However complicated our friendship got, I shouldn't have let it go.
I shouldn't let you go. 'B.F.F' means 'Best Friend Forever', right?"

Poor B, looks like she just got dumped by the love of her life, 
and we're not talking about Chuck or Dan.

-Gossip Girl (6x01)

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

*wipe tears*
Sekali sekala aku membayangkan situasi aku sama dengan apa yang aku lihat dalam drama atau filem.
Walaupun sangat luar biasa, mungkin ada yang tidak sama.
Tapi aku tetap dan masih terasa.

Semalam, aku melepaskan dulu assignment.
Aku buka favourite drama aku, Gossip Girl. :)
Apa yang paling aku suka dalam cerita itu, 
it's all about friendship.

Masuk season 6 ja sudah sedih. :'(
Mulakan cerita dengan Serena melepaskan Blair.
Nothing is more painful than that.
Mungkin bagi sesetengah orang, dilepaskan diabaikan oleh Boyfriend
satu perkara yang menyedihkan.
Tapi, bagi aku, aku sudah terbiasa dengan itu semua.
(Persoalannya, adakah boyfriend? Kahkah)
Tapi bila bestfriend kau, yang dulu boleh dikatakan hari hari kongsi 
kegembiraan kesedihan dengan kau,
tiba tiba hilang macam tu sahaja. Sangat sedih.
Aku tau, tidak semua orang boleh meluahkan apa yang mereka rasa macam aku rasa.
Mungkin aku bukan jenis yang memendam, yang boleh simpan cerita sedih & gembira sendiri.
Mungkin 'dia' bukan jenis yang bercerita, menyimpan segalanya sendiri pula.
Tapi, bagi orang yang sensitif melampau macam aku,
perkara tu aku ambil berat, aku kira jadi hal yang selalu aku fikirkan.
Yang akan selalu kau tangiskan.


Aku cuba fikirkan semuanya positif,
tapi aku manusia, hati aku boleh berubah, mindset aku boleh berubah.
Adakalanya aku sudah penat untuk menerima semua, memikirkan semua dengan mindset positif.
Penat. Lelah.
Sampai bila akan jadi begini aku fikirkan.
Kenapa 'dia' tidak mahu bercerita, berkongsi masalah yg baginya besar itu dengan aku.
Bestfriend, Sahabat. 
Even gembira sedikit pun, sedih yang sedikit pun aku harap kita berkongsi.
Mungkin itu bagi aku, mungkin tidak bagi orang lain.
Tidak mengapa.
Kau tahu kan, aku benci tanda tanya, tanda soal, question mark or whatsoever dalam setiap cerita.
Aku sedih, kecewa, rasa bodoh sebab aku jadi sahabat yang teruk.
Aku sentiasa meluahkan apa yang aku rasa dengan 'dia',
tapi bila 'dia' ada masalah, gembiranya, aku langsung tidak tahu.


Masa ini,
aku cuma mampu doakan yang terbaik untuk 'dia'.
Allah lindungi 'dia', Allah permudahkan segala kesulitan 'dia'.
'dia' text aku, 'dia' tukar num baru.
Aku gembira sebab dia bagi tahu aku.
Tapi, kenapa dia tukar? Mesti dia ada masalah kan?
Tapi ego aku juga tidak mahu bertanya. Sebab aku tahu dia tidak akan bercerita.

Jaga diri sahabat.
Walaupun mungkin bukan aku lagi sahabat mu.
Saya sayang anda Lillahi Taala dunia & akhirat. <3
Amin.





Friday, December 7, 2012

Random #4



"There will always be people for and against you, and it's pointless
wasting time trying to win some people who are against you. 
Spend time with people who are for you.
Those relationships are worth it."

(Gossip Girl, 2012)

Tuesday, October 16, 2012

I Miss You.




Sara skype aku :

"salam yung.. maaf sgt2x sbb nda dpt agkt kol mu.. keadaan ku agak nda stabil skrg n masih kurg sihat.. aku x mampu untuk mendengar skrg yung.. i have my problem.. tp ko tau kn, aku jenis yg nda pndi gtau org.. biar aku settle mslh ku dulu k.. aku cuba, tp aku nda mampu agkt kol mu, sbb fikiran ku kusut.. maaf sgt2x.. harap ko faham k.. jgn majuk k.. jgn marah.. aku syg ko sgt2x.. doakan semuanya semakin baik.. jaga diri.. nanti sd stabil, aku contact ko k.. sayang cik ct.. all the best utk test2x 1.. :) <3, my.."



Sedih bha baca msg dia. Sangat.
Aku nda suka bila aku ada masalah aku ja yang meluahkan,
tapi orang nda pernah crita ngan aku.
Jangan simpan sendiri sendiri.

Aku sayang kau Lillahi Taala, Sara. :'(

I Miss You. I really am. 



Monday, October 8, 2012

Happy Tuesday !



Selamat Hari Selasa ! :)
Semoga hari ini lebih baik dari semalam. 
Amin ~


15 days to come
going to hometown
for Hari Raya Qurban.
*smiling widely*

And someone special birthday ! 
^_^ <3

ngehh ngehh :p
Just wait and see.


Okeylah,
Mau g bandar. 
Tu ja sebenarnya. Hahahahha Kbai ! :D


p/s : I'm not saying that I'm in love, I'm just saying that lately, he's been all I can think about.


Tuesday, October 2, 2012

Them :)




Life is too SHORT to wake up in the morning with REGRETS,
so LOVE the people who treat you right, 
FORGET about the one who don't and
BELIEVE everything happens for a REASON.





In life, you don't get the people you WANT.
You get the people you NEED. 
To TEACH you, to LOVE you, to make you LAUGH.
To make you exactly the PERSON you SHOULD BE.





until then. bai ! :D

Tuesday, September 25, 2012

Random #3




"There's a point in every true FRIENDSHIP,
where friends stop being friends & became SISTERS."


my silly sisters !


Happy Tuesday ! ;)
xoxo