Showing posts with label daily routine. Show all posts
Showing posts with label daily routine. Show all posts

Wednesday, June 26, 2013

Latihan Industri


Hye blogger-ian semua!

Sesungguhnya membaca entry blog yang lama tersangatlah lucu.
Lepas sekian lama nda update entry blog, aku selongkar kembali semua.
Last entry pasal Crush? Oh mai guts -_-
Punya teruk. Hahahahaha

Lebih sebulan lepas aku tiada update entry, dan sekarang, 1:39 PM waktu lunch aku gatal tangan pula mau update blog. Oh ya, and now we're enjoying our internship time. Enjoyyy lah sangat. 

Actually, 24 Jun hari tu lagi start. Dan sebenarnya dari hari tu lagi rasa mau update entry pasal selesai 3 tahun d UMSKAL. Just tunggu praktikal, konvokesyen dan tamatlah setamat tamatnya pengajian. Sobs sobs! 
*lap airmata* Memandangkan balik 19 Jun hari tu sempat rehat selama 5 hari ja dan tiada semangat langsung untuk membuka notebook ini, maka dikuburkanlah perasaan ingin mengupdate entry itu.

Dijadikan cerita, hari pertama internship, aku datang dengan semangatnya. Macam biasa, Ibu yang hantarkan dihari pertama. How can't I live w/o Ibu kalau hari pertama sekolah, universiti dan praktikal Ibu yg hantar? 
:'3

Internship pun ditempat yang memang macam tiada kena mengena dengan kos. Hmmm bukan lagi macam la tapi memang tiada kena mengena pun =p
Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Sandakan tempat intern ni. Nasiblah tempat dekat dengan rumah. Nda jugalah dekat sangat tapi nda la jauh. What am I saying? -_- Yg pntg nda jauh la dan dekat. Faham juga kan. *angguk angguk*

Dari awal lagi sebelum masuk sini hari tu kakak tu cakap sini nda banyak kerja pun. Dan tiada kaitan langsung dengan Islamic Finance aku. Yeahh, 1st day memang sangat membosankan sebab langsung tiada kerja. But, the next day bila kakak tu bagi penyata kewangan koperasi suruh key in data semua tu, dan suruh kira cash flow, terus kemahiran last minute yang ku dapat di UMSKAL masa tahun 3 study Financial Statement Analysis hari tu berguna juga. Kahkahkah =D

Dan baru aku tau, penyata kewangan Syarikat dan Koperasi banyak perbezaannya. Kan sebelum ni balik2 study penyata kewangan Syarikat ja. Nasiblah koperasi ni simple sikit. 

Oh yeah, dan aku intern sini bukan keseorangan la. Ada juga 2 orang student Politeknik internship dengan aku. Aku rasa intern 3 bulan sini pun macam boring sebab kerja nda banyak dan perlu menghadapi aircond yg sangat sejuk hari-hari, apa lagi dorang dua ni kan, intern sampai 5 bulan. 

Meet Rose & Nabila ;)
Walaupun kakak supervisor sini cakap tiada apa yang perlu dibuat kan, tapi sekurang2nya hari hari ada juga la kerja walau satu dua yang dapat diisi dalam weekly report. Tapi tu lah, belum habis tu ada lagi Final Report yang perlu dibuat sedikit dan sedikit mengikut nasihat supervisor academic kami Miss Caroline.

Fefeling busy. Tolong bg tgk Miss Carol yg kami ada buat kerja juga =p
At least dalam seminggu ada la yang kami belajar daripada langsung tiada kan kan? Okey lahhhhh. Masa lunch sudah habis. Next entry ai sambung nanti. Mesti buat juga untuk bagitau satu dunia aku sudah tinggalkan UMSKAL yang tercinta. =') Walaupun rindu yang menebal dan mendalam yang tidak dapat dibendung dengan semua orang tapi terpaksa juga dihadapi. Babai semua! *lelambai* Jaga diri. *flying kiss dari Sandakan ke seluruh Malaysia*







Monday, December 10, 2012

Career Plan.




The motto for this seminar :
"How I do anything is how I do everything. I am a REAL LEADER."
"I can upgrade myself."


09 Disember 2012, 0830 - 1700.

Memang agak bernanah juga kan sebab seminar ni berlangsung seharian.
Yang sebenar benarnya berlangsung selama dua hari. DUA HARI.
Sabtu & Ahad.
Tapi aku? Datang hari kedua. Ihiks.


Lepas ikut seminar ni,
baru aku terfikir yang selama ni rupanya aku langsung tiada
perancangan masa depan yang lebih baik.
Apa yang ada dalam fikiran aku,
sentiasa fikir : "Just go with the flow."
Tapi sampai bila? Nda kan sampai bila aku just go with the flow.
Mesti ada perancangan yang rapi juga kan untuk diri sendiri.


What I want to be after graduate?
Have a career? What career?
Going for further studies? But where? Am I still affordable?
Getting married? Tapi siapa calon? Ahaks :3
And now, I'm still in this room,
terpinga-pinga apa yang aku mahukan sebenarnya.
So sad of me.


Honestly, dari kecil aku hanya mampu berfikir,
"Aku mau kerja, beli rumah & bawa Ibu pergi Umrah, Haji."
Tapi, impian langsung tiada spesifikasi.
So now ! Dari sekarang masih belum terlambat kan?
Untuk aku rancang sebaik-baiknya.
*take my notebook and pen, start writing*


"Kita hanya merancang, dan Allah juga sebaik-baik perancang & menentukan."

*If I'm mistaken, please remind me*

Terima kasih Allah, sedarkan aku.

...................................................................................................................................................................

End with that. I will just keep in myself what are really my plan for future.
*blushing* :3


PHOTO SESSION !



Otw pergi ke seminar sangat diharuskan untuk bergambar. Ihiks.



Sesi berpelukan dengan mereka yang tersayang.
Ni penceramah yang suruh okey. :3
Tapi kami hari hari pun sayang menyayang okeyy. Okeyyy. <3




Dan semasa beratur untuk mengambil sijil. Weheee :3


So,

"If you don't know where are you going, you'll end up someplace else." - Yogi Berra


Plan wisely, for your future. 
Insya Allah :)




Monday, October 8, 2012

Happy Tuesday !



Selamat Hari Selasa ! :)
Semoga hari ini lebih baik dari semalam. 
Amin ~


15 days to come
going to hometown
for Hari Raya Qurban.
*smiling widely*

And someone special birthday ! 
^_^ <3

ngehh ngehh :p
Just wait and see.


Okeylah,
Mau g bandar. 
Tu ja sebenarnya. Hahahahha Kbai ! :D


p/s : I'm not saying that I'm in love, I'm just saying that lately, he's been all I can think about.


Tuesday, October 2, 2012

Them :)




Life is too SHORT to wake up in the morning with REGRETS,
so LOVE the people who treat you right, 
FORGET about the one who don't and
BELIEVE everything happens for a REASON.





In life, you don't get the people you WANT.
You get the people you NEED. 
To TEACH you, to LOVE you, to make you LAUGH.
To make you exactly the PERSON you SHOULD BE.





until then. bai ! :D

Saturday, September 15, 2012

It's Semester 5 :)



(selingan) Lama x update blog. Bersawang. *Lap screen laptop*

Welcome back Siti Amanda to UMSKAL ! :)
It's Semester 5 on your 3rd year.
HAHAHA.
Gambar macam apa ja -,-


Before balik UMSKAL,
semua benda aku mau cerita sebenarnya.
Tapi aku malas, sebab terlalu banyak.
Apa yang ada ja la aku selitkan k ;)


Jumpa lea masa dekat KK.
Huduh benar muka aku dalam gambar. 
HAHA :)
Sila tengok kecomelan Lea. Abaikan makciknya. 
Dia pandai jalan sudah. hikhik.
Makciknya yang happy ;p


Stay 1 malam rumah abang. Tu la dapat jumpa Lea :)
Lepas tu esoknya flight dalam 0900 KK-LB.
Sampai Airport, aku yang tunggu dorang bertiga tu.
3 JAM. Dekat dekat jam 12 jugalah dorang tiga tu datang.


Datang UMSKAL,
dikhabarkan aku dapat Kolej Kediaman Beta.
Jadi dengan terpaksanya lah check in sana.
Walaupun asalnya aku kalau boleh biarlah masih
di Kolej Kediaman Mutiara.
Tapi lepas fikir fikir, Farah, Syira & Idah pun Beta.
Jadi, apa boleh buat ;p


US :)

Lepas check in,
angkat barang apa semua.
Transfer barang dari stor Mutiara.
Keluarkan semua barang. Kemas bilik.
Penatnyaaa. Allah ja la yang tahu.
FYI, rumah aku tingkat 4.
Bayangkan ja la angkat dari tingkat bawah tu 
semua barang p tingkat 4.
Dekat lebih 5x juga aku turun naik.
Buat buat terbayang ja la ya. -,-
Kurang 2kg kotttt kittt kottt (isu yg Ibu ketawakan aku)
HAHAHAHAHA.


Tadaaa. Inilah hasilnya.
Ni baru barang yang HANYA dikeluarkan dari luggage.
Hahahaha. Pening aku mengemas.


Esok harinya,
Outing.
Kami ni, macam tiada rasa penat kan.


Keluar beli barang barang keperluan :)

Tu ja la.
Malas mau update banyak banyak.
Padahal sebenarnya banyak sangat benda yang aku
mau cerita.
*merepek*
Nantilah lain kali InsyaAllah. :D

Hope this Semester will make more effort. :)
amin ~
"Kalau result mu okey, kau juga yang senang kan."
Ibu cakap. Okey sangat rindu Ibu. :'(
KBAI !


Tuesday, August 7, 2012

renovating #2




SEE?

setelah seharian puas edit HTML sana sini,
dan akhirnya..
.
.
.
.
.
.
BLOG BERTUKAR WAJAH
.
.
.
.

tehihih :)
cantik? cantik? cantik?
kalau tak cantik,
suka hati aku. ;3
hihi


kbaii ! :B

Tuesday, July 24, 2012

Holiday #3 , Ramadhan


"Selembut doa dalam hati, Kau mengetahui." - Aku Bersujud


Bila kamu bergembira, yakinlah bahawa Allah itu ada.
Itu akan menjamin kekuatan untuk kamu yakin, kala kamu bersedih nanti, bahawa Allah itu memang ada. - Hilal Asyraf(Official)

Jangan risau dan bimbang jika orang sakitkan hati kamu.
Yakin Allah itu ada. Jangan balas dengan sakitkan hati orang lain balik.
Bersabar. InsyaAllah ada hikmah.
Minta pada Allah kebaikan untuk diri kita, Ibu bapa dan orang lain.

dan yang paling penting,

Jangan tinggal solat :)

Semalam bila tengok Islam Itu Indah dalam TV,
Ustaz tu cakap, 
"Solat Subuh akan buat permulaan hari kita lebih teratur."


dia cakap lagi,
rebut peluang untuk mulakan hari dengan lebih baik.
Baca Al-Quran, Istighfar dengan sebanyak mungkin,
sebab Ustaz tu cakap,
solat ni lambang diri kita, macam mana kita yang sebenarnya.
(kalau saya salah sila betulkan) 


InsyaAllah juga,
dengan solat Subuh,
Allah permudahkan urusan kita.
bukan solat subuh saja, bahkan solat 5 waktu.
dan benar, aku juga pernah mengalaminya. 
Alhamdulillah, Allah permudahkan hariku. 
Lagipun, biasanya solat subuh ni yang kita paling susah untuk buat.

"Solat itu lebih baik dari tidur." 


Jadi,
sayang sayang semua,
jangan pernah tinggal solat ya,
walau sesibuk mana pun.
Jom sama sama, kita ubah diri.
Sebab hati kita ni pun senang di bolak-balikkan.
Tapi semua tu, dari diri sendiri juga. 
kan? :)

aku juga manusia yang penuh khilaf.

Salam Ramadhan. Banyakkan amalan. <3






Wednesday, July 18, 2012

Holiday #2

"Another day goes by that I don't need you in my life." (As time goes by - Yoon Mi Rae).


Apa kaitan lirik lagu ni dengan tajuk entry woii? *hentak kepala ke dinding. 
Dan, Aku pun pening kenapa guna ni tak boleh bagi center macam selalu. 
Sabar saja lah. 
Tnggu guna lappy baru bleh tukar. T_T HAHA pening aku. 


 Oh yeah, abang aku, sampai dari KL pagi tadi. :) 
Dia belikan Handphone. Yippeeee <3 
Terima kasih big brotherrrr :3 
Pegi cari macam mana Samsung Y dekat google. :p. 
 Cukuupppp Manda, melebih pula. Perlukah bagitau semua? Haha. 


Tinggal berapa hari lagi Ramadhan kan. 
Kalau kira ikut kalender Islam, Sabtu ni masuk 1 Ramadhan sudah. 
InsyaAllah. :). 
 Semoga Allah kekal berikan kesihatan untuk kita 
Untuk menjalani ibadah puasa tahun ini. 
Amin ya Rabbal Alamin :). 


 Dan pula, Dengar dengar 21hb ni keluar result selepas di tunda hari tu. 
So, UMS-ian especially UMSKAL-ian, All of you better be prepared! 
 Neves lepas baca? Aku yang taip ni lagi neves. 
Cetttt. Hihi. -,- 
 Dah lah, Jom beradu. 
Esok mungkin Wana bawa jalan lagi. Heee :) InsyaAllah. :) 


 Sebenarnya tak dapat tidur, jadi gatal lah tangan buat entry 
Yang ntah apa ni. :3 
 Baca doa sebelum tidur. 
Semoga Allah beri kesempatan untuk kita beramal ibadah lagi 
Keesokan harinya dan hari hari seterusnya. Amin ~ 
Jaga diri, hiasi peribadi, belajar dari kesilapan yang lalu. *tiba2 Hahahaha kbai! ;)

Monday, July 16, 2012

Holiday #1


Bismillahirrahmanirrahim ;)

Selamat Bercuti !

HAHA.
punya lama tak update entry ni. ni pun sebab nampak sahabat buat blog baru,
terus teringat dengan blog yang bersawang ni.
dengki betul aku ni kan.
orang update mau juga aku.
:p

nothing else I want to share with,
(walaupun sebenarnya sangat banyak.)
HAHA. tapi disebabkan lack of free time,
(aku menumpang broadband dekat rumah bestfren aku saja ni)
hihi.
selama ni kan online guna handphone ja.
update entry masa balik pun hari tu lintang pukang gara gara guna Tab pinjam
anak buah punya. ahaks ;p
*perlukah bagitau* ;p

tadi cerita cerita dengan sahabat aku, Wana.
banyak sangat cerita kan,
cerita kami dua dua ni langsung tak berhenti.
hihi.
jadi ada la benda aku cerita dengan dia,
tentang satu benda,
bila orang nilai kita & cakap benda pasal kita yang kita tak boleh terima.
faham ka? tak faham, abaikan. hihi.

bukanlah,
begini..
bila orang yang baru ja kenal dengan kau, cakap dan nilai kau
dengan sesuatu yang kau tak boleh terima,
abaikan ja lah. sangka baik yang dorang tu belum lagi kenal kau sepenuhnya.
lain lah kalau family atau sahabat sahabat kau yang memang dah lama kenal kau kan.
:)


sebab tadi, 
lepas cerita cerita,
Wana cakap macam mana aku ni bila dengan orang orang yang aku sayang.
how i treat them. :)
Alhamdulillah,
syukur sangat sangat bila ada orang yang faham aku.
jadi Manda, tak perlu marah bila ada orang 
nilai yang bukan bukan pasal kamu.
dorang memang masih belum kenal kau sepenuhnya.
Just SMILE ^_^


dah faham?
belum? kalau belum. diam diam ja lah.
HAHA.
okeylah, nanti update lagi ;)
macam ja ada orang baca kan.
mau sambung perjalanan ni dengan Wana. :3 hihi
Enjoy your Holiday ! <3

p/s : sahabat sahabat lain, cepat balik. Rindu :') dan kamu juga. :)

kbai!


Friday, May 18, 2012

Tired.




I'm tired of crying.
I'm tired of yelling.
I'm tired of being sad.
I'm tired of pretending.
I'm tired of being alone.
I'm tired of being angry.
I'm tired of feeling crazy.
I'm tired of feeling stuck.
I'm tired of needing help.
I'm tired of remembering.
I'm tired of missing things.
I'm tired of being different.
I'm tired of missing people.
I'm tired of feeling worthless.
I'm tired of feeling empty inside.
I'm tired of not being able to just let go.
I'm tired of wishing I could start all over.
I'm tired of dreaming of a life I will never have.
But most of all, I'm just tired of being tired.


quotes source : tumblr.

selebriti terjumpa aku.


bismillahirrahmanirrahim.

tajuk entry sangat BONGKAK ! 
HAHAHA.


dimulakan cerita,
dari bandar secara unplanned dengan Effie.
balik dari bandar,
singgah rumah semua besiap,
lepas tu balik kampus lagi.

"oit, jangan lupa malam ni ada meeting k."
Syira sms aku. 
haishhh T_T
meeting AJK untuk dinner kos Kewangan Islam kami ni.

then,
lambat sangatlah meeting ni mula.
so, aku dengan Syira ambil keputusan keluar awal.
tapi singgah pergi tandas kejap.
keluar saja dari tandas,
TERjumpa pula dengan abang angkat aku.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

tadaaaaaa ~ ;p


comelkan?  hensem kan?
oh yeah, 
btw, nama dia Mohd Farish bin Aziz Sulaiman.
kita panggil Farish Aziz saja ataupun abg Farish.
dah kahwin dah pun. 
cuma lama dah kami beradik beradik angkat ni.
muka dia macam pengacara TV di astro ria tu kan?
sama kan?


WAHAHAHAHAHAH ;p

bukanlah.
betul lah ni.
Farish Aziz lah ni.
pelakon cerita Kau & Aku tu juga.

macam mana boleh jumpa dia?
hihi. dia datang kampus kami ni.
sempena Kursus Pengacaraan yang kelab Taming Mas UMSKAL anjurkan.
kebetulan dia baru sampai Labuan 
terus round round kampus kami.
dan kebetulan juga jumpa dia.
alang-alang dah bawa kamera tu,
gambarlah. ;) ihik ihik.
jangan marah ya kakak :p (isteri Farish)



Syira pun tak beri peluang juga.
even sebelum tu, "malulah."
bila dah tengok gambar ni,
puiiiiii ~ GEMBIRA betul dia ni. -,-


aku tak ikut kursus ni.
aku pergi ceramah motivasi pula esok malam.
kali ni, ceramah tu Dr.Fazley & Imran Ajmain pula jadi pakar motivasi.
aku pun hairan,
kampus kami ni High School Musical ka apa.
selalu sangat artis datang sini *ayat bongkak.
HAHAHA. ;p

untunglah ~

dah, 
esok tidur.
jumpa abang angkat kedua lagi,
Dr.Fazley. (sejak bila lagi?)
ihik ihik ! ;p



selamat subuh jam satu empat puluh tiga pagi !

kbai !


Monday, May 14, 2012

final exam around the corner.


macam orang Sabah bilang,
corner = pisuk pisuk.
jadi Final Exam is around the pisuk pisuk.
HAHAHA.
:D

so,
aku tak mahu menyesal lagi.
effort effort effort lagi.
:)

thanks to someone,
who always helping me,
who encourage me,
who always gave me motivation.
always kind to me.
ALWAYS.
terima kasih ADIK.
:)
hihihi.

anda terlalu baik dengan saya.
walaupun aku yang keras kepala & kuat merajuk ni pun,
dia boleh sabar pujuk. :p
nehh, bru kamu kenal siapa Siti Amanda Lokman sebenarnya.
tehihihi.
but,
one day i realized that,
dia ni orangnya lemah lembut.
maksudnya, dari segi gaya & percakapan dia lah.
(bukan lembut lain k!)
maybe dia memang dibesarkan dengan keadaan begitu.
macam ada sorang lecturer kami tu,
pernah ajar kami Mikroekonomi masa 1st semester.
En. Hafizi. hahh, begitulah cara dia ni.
*jangan kembang :p
sudah, jangan menyimpang dari topik.

bha,
jadi,
silalah sediakan segala kelengkapan anda untuk pergi berperang nanti ya.
lepas Final Exam nanti,
kita puas puas la peluk cium beulit tidur dengan IBU. :p
puas puas lah main main dengan anak buah,
bergaduh dengan dorang.
jumpa kawan kawan.
merayau sampai kena leter Ibu pun boleh.
hihihi.
sebab lepas Final Exam ni kan balik kampung.
oh jyeahh !
Fantastic Baby <3 :3

Kbai !


motif gambar? sorry aku memang suka sedut udara banyak banyak.
sebab tu aku suka buka tingkap luas luas sampai ke malam. hihi ;3

Monday, May 7, 2012

hikmah Allah untuk diri dan hati kecil ini.


Assalamualaikum w.b.t,

p/s : BEWARE ! entry ini agak panjang dan ada unsur unsur jiwang :p

selamat pagi. :) hihi
bangun subuh hari ini, tiba tiba jadi rajin.
terus masak. hehe. untunglah bakal suami aku nnti.
puii :p
itu pun masak sebab ada lebih nasi kosong semalam pas buka puasa.
hihi. lagipun ada la beli beberapa bahan masak kemarin. :)

hari ni ada kelas, presentation lagi.
subjek Study Skill. 
semoga Allah permudahkan urusan kami hari ni. amin ~ 
esok pun presentation lagi. dua presentation. plus test.
awesome kan? T_T

banyak benda yang ingin di ceritakan sebenarnya.
tapi tak tau mula dari mana. :')
lately, aku dah mula berkawan dengan seorang kawan
yang dulunya, not enemies. but, atas certain certain sebab kami
tak ok. bergaduh. :'(
sedihkan, jahatkan saya.
itu pun sebab masing masing ada rasa cemburu mungkin.
terutamanya aku. mungkin juga aku yang memulakan dulu.

sebenarnya dia ok. tak jahat pun. tapi mungkin sebab aku 
fikir negative, negative ja. aku pun rasa macam "jahatnya dia dengan aku."
dan kerana tu pun, kami gaduh gara gara seorang lelaki.
SO USELESS KAN.
what the facebook is that all about. -,-
Alhamdulillah, sekarang ne dah okey.
aku berharap semoga kekal begini.

semalam, dia tanya aku.
"ada kontek si ..... ?"
aku bagitaulah, ada.
means lelaki yang kami gaduhkan dulu tu.
lepas tu dia pun luahkan dengan aku apa yang dia rasa.
bila lelaki tu tak reply msg dia, dan dia pun rasa tak mau kacau lelaki tu.
"bukan tak mau kontek dia, just aku tak mau kacau dia."

aku cakap dengan dia,
"ntahla. dia tu, semakin aku bagi ruang, semakin tu jugalah dia cari aku.
kontek aku."
memang, lelaki ne tak boleh dipaksa.
dan dia cakap,
"hari tu aku ada cakap dengan dia, sal masa depan.
tapi lain yang jadi."
bagi aku, c F.Y.A ne bukan jenis yang suka cakap sal benda benda tu
melainkan dia yang tanya sendiri.

serius aku cakap,
i'm still and still have a feeling on him.
bagi aku, biarlah si dia tu tak tau.
dan aku try to pretend to ignore him.
aku belajar mula tak fikir sal dia, tak jeles bila dia dengan perempuan lain
komen sana sini di muka buku.
banyak benda yang kakak Dey aku ajar,
Alhamdulillah aku praktikkan.
kadang kadang aku rasa, "pudarkah sudah perasaan aku dengan dia ne?"
kadang kadang aku rasa begitu,
tapi hati kecil aku cakap, TIDAK.
Alhamdulillah, setakat ni tidak.
ada dua tiga lelaki yang baik dengan aku, (bajet popular)
tapi tiada satu pun hatiku 'sangkut' dengan dorang tu kan.
sekarang aku mahu cuba perbaiki diri.
aku mahu sentiasa berfikiran positif. bukan juga sebab kasih & sayangku terhadap dia.
tapi juga terhadap Dia. ini yang penting.
bila kau memandang semuanya dalam sudut positif,
insyaAllah, hatimu tidak akan sakit. hatimu akan tenang.
walaupun ramai orang sebenarnya menyakitkan hatimu.
buatmu terluka.
fikir semua tu dari Allah, dan kasih sayangNya terhadap kita yang tak bertepi.


betul. serius aku cakap.
ini terjadi dengan aku sendiri. BERKALI KALI.
malahan bukan sekali. tapi, aku sebagai hamba Allah yang sentiasa khilaf dan alpa
selalu lupa dengan Allah.

biar aku cerita,
sesuatu berlaku kemarin pada aku.
ramai kawan kawan yang aku sms, kol.
minta teman pergi kedaikan. aku puasa kan kemarin.
jadi beli lauk lah untuk buka puasa and some sort of things.
jadi, kedai taklah jauh. cuma mungkin agak janggal juga kan kalau pergi sorang.
sebab kedai tu di bahagian belakang.
semua kawan kawan bz. 
aku tak marah, aku faham. tak semua orang ada masa untuk kita. 
semua bz untuk diri sendiri juga. :)
at last, aku buat keputusan untuk pergi sendiri dengan sepantas kilatnya. hehe
bila aku pergi kedai, tiba tiba aku terjumpa kawan aku Sheila.
dia pun offer aku ikut dia balik sebab masa tu dia dari bandar sewa kereta.
Alhamdulillah, untungkan aku? 
bila aku fikir fikir, kawan aku tu jadi asbab Allah beri kasih sayangNya kepadaku.
kenapa?
inilah hikmah Allah yang sama ada kita sedar atau pun tidak.
sebab bila kau rasa tiada siapa masa tu yang boleh luangkan masa temankan kau,
Allah bagi kau kesenangan yang kau tak jangkakan.
senang cerita,
kau tiada kawan pergi ke kedai masa tu,
tapi bila kau bersabar dengan dugaan dan kau rasakan itu dugaan Allah,
Allah beri kau bukan setakat kawan untuk temankan,
malahan tak perlu lagi kau balik berjalan kaki.
kau naik kereta kan. 

kerana Allah permudahkanmu.
Alhamdulillah.

dan bila aku berdoa masa buka puasa tu, aku menangis.
menangis terharu, sedih dan gembira. menangis tanda kesyukuran.
terfikir akan kasih sayang Allah kepadaku yang tiada bertepi.
walaupun aku selalu lupa dan alpa kepadaNya.
ampuni aku ya Allah. :'(

jadi, apa yang ingin aku sampaikan disini.
aku sekadar ingin berkongsi.
untuk kita semua mengambil iktibar. :')
apabila ada yang membuat kau susah hati, sakit hati,
bila kau rasa keseorangan.
Allah ada. Allah timpakan keatasmu semua tu supaya Allah suruh kita
hayati akan kebesaran Allah & kasih sayang Allah kepada kita.

dan betul juga, 
bila aku tak hanya berharap pada cinta manusia,
Allah lapangkan dadaku menerima apa saja yang kemungkinan akan berlaku.
biarpun aku masih sayangkan dia. 
dia, F.Y.A. :')
biar kau rasa kamu jauh, tapi hatimu rasa kamu dekat.
macam yang sahabat dan juga kakak ku Dey cakap hari tu.
bila kawan aku meluah pasal dia,
aku tak dapat rasakan perasaan cemburu tu lagi.
bukan sebab tiada kasih dan sayangku kepadanya lagi.
tapi aku mahu kasih sayangku didahulukan kepada Dia sahaja dahulu.
lepas tu baru kamu.
ada jodoh, aku bersyukur pada Allah.
tapi jika tiada. aku berharap kita di pertemukan di syurga Allah.
walaupun aku merasa diri ini tidak layak untuk mendapatkan syurga Allah.
kerana aku berharap kau menjadi yang terakhir untukku. :')
amin ~


"It's not because I hate him, it's because I LOVE HIM.
that i don't want even my mind touch him as it still
HARAM for us." :')


Friday, May 4, 2012

amalan 24 jam wanita haid.


assalamualaikum w.b.t,

sebelum tu, entry ni khas untuk perempuan/wanita sahaja. :3 hihi
tapi, kalau ada sesiapa kaum adam yang terbaca, open lah. hehe
mana tau boleh kongsi dengan ibu, adik adik, kakak kakak dan saudara mara
perempuan/wanita kan. :)


aku ada satu buku ni,
aku beli masa jalan di KK dengan sahabat aku, Wana.
tajuk buku tu,
Amalan 24 Jam Wanita Haid. :)


aku perasan adanya buku ni masa Wana beli hari tu.
aku pinjam buku dia, aku pun ada baca sikit sikit.
dan macam sangat best, sangat berguna, sangat bermanfaat dan sangat berminat. :)
jadi, bila aku pergi Wisma Muis sebelum balik labuan hari tu,
Alhamdulillah terjumpa juga buku ni. 
jadi aku belilah.
seriously, rugi siapa tak beli.


aku ceritakan serba sedikit kandungan dalam buku ni.

Ada 7 bab kesemuanya :

1. Haid pada pandangan Islam.
2. Haid dari sudut perubatan.
3. Larangan untuk wanita ketika haid.
4. Mengapa berlaku penurunan iman ketika haid.
5. Cara meningkatkan keimanan ketika haid.
6. Persediaan menghadapi haid.
7. Amalan pilihan ketika haid.

dari penulis :
"Padahal, haid bukan masa 'bercuti' daripada mengerjakan ibadah.
Kewajipan ibadah secara umum tidak gugur disebabkan haid.
Dalam masa 24 jam sehari, hanya sedikit ibadah yang tidak boleh
dilakukan oleh wanita haid."


memang amat berguna kan,
dulu masa sebelum aku baca buku ni,
aku fikirkan bila wanita haid, banyak amal ibadah tersekat la kan.
pernah juga masa aku sekolah asrama dulu ustazah dan ustaz
cakap perempuan yang haid boleh baca Al-Ma'thurat.
tapi, lepas baca buku ni, rupa rupanya banyak lagi amalam 
yang boleh kita wanita ni sempurnakan ketika haid.

Contohnya (aku ceritakan serba sedikit):

Ada 3 pilihan amalan untuk wanita haid :

1. Amalan Hati.
a) Menghadirkan keikhlasan.
b) Berasa diawasi Allah.
c) Muhasabah diri.
d) Mujahadah.
e) Meniatkan rutin hari sebagai Ibadah.

2. Amalan Lisan.
a) Membaca zikir mutlak. 
b) Membaca zikir Muqayyad.
c) Berkata yang baik.

3. Amalan Badan.
a) Senyum.
b) Membantu orang lain.
c) Menghadiri majlis ilmu.
d) Taat kepada suami.
e) Bercinta dengan suami.
f) Menjauhi perbuatan yang tidak bermanfaat.


jadi secara kesimpulannya,
bagi pendapat aku, kita sebagai wanita ni memang Allah ciptakan
pelbagai keistimewaan kepada kita. (ayat skema :p)
Haid juga salah satu keistimewaan kepada wanita.
banyak hikmah daripadanya. :)
jadi, terpulang pada kita untuk gunakan hari kita sebaik baiknya
selama mana kita haid kan. 
bagi aku, bila kita fikir dan selami kenapa Allah ciptakan
tiap tiap sesuatu itu kepada manusia,
automatically kita akan rasa kagum & bersyukur dengan 
apa yang Allah telah berikan kepada kita selama ni.
walaupun, kadang kadang haid ni buat kita rasa sakitlah,
malaslah, PMS lah dan whateverlah kan,
tapi, kan kesakitan tu insyaAllah akan menghapuskan dosa dosa kecil kita.
kan kan? :)
jadi, tak payah merungut.
kerana Allah itu Maha Hebat dalam merancang sesuatu.


oh yeah,
buku ni tak juga mahal. memang affordable juga kalau mau beli.
Utk Semenanjung Malaysia : RM 6.50
Utk Sabah/Sarawak : RM 7.50

belilah, insyaAllah bermanfaat bagi wanita. :)
dan bila dah beli, praktikkan lah.
peringatan untuk saya dan wanita wanita diluar sana. hehe
sama sama kita kumpul saham akhirat. :D
amin ~





Alhamdulillah, Jumaat. :)


Alhamdulillah.
Allah masih beri kesempatan untuk aku bernafas.
Allah beri aku kesempatan untuk meminjamkan hidup ini kepadaku. 
Alhamdulillah Ya Allah.
:)

ada kelas ganti hari ni.
Business Communication.
menyesal? xda laaaa.
HAHAHAH :p
macam TERpaksa ja kan.
hihi.


tapi hari ni,
ada orang belanja my favourite drink di UMSKAL setakat ni.
haha.

Teh C Special.
tapi sesudah di gaul. haha.
sepatutnya 3 lapis kan. -,-

abang angkat aku,
Remizuwan.
haha. abang angkatlah sangat kan.
actually, dia 1 batch dengan aku.
alahhhh, kan pernah aku cerita dalam entry aku yang ini.


nampak, nampak takkkk.
nampak tak kan? HAHA. :3
dah jangan buat gosip, dia dah ada GF. 
hihi :D


lepas kelas td, ada meeting lagi.
next week kena presentation.
2 hari berturut turut present.
Study Skills, Fiqh Muamalat & APK.
-,-
aku ne bukan jenis orang yang confidently bercakap dpn org ramai.
semoga Allah permudahkan aku. amin ~

dan dan dan,
adalahhhhhh
HAHAHAHHA.
kenapa hati sekarang seperti berbunga bunga ne?
plizzz !
HATI, jangan jatuh cinta lagi.
aku mau menunggu & setia pada yang satu.
if it's worth it laa. :')
tapi, jangan terlalu baik dengan aku ya.
aku jenis yang cepattttt JATUH HATI.
aku tak mau ada konflik hati & perasaan lagi.
DI KAMPUS INI. -,-
haha.

sudahlah,
merepek.
bai !


Wednesday, May 2, 2012

kekecewaannya pun ter ber.


Minta Maaf aku terikut ikut Johan dalam lawak ke der. 
apa apa pun, 
sangat best bila sebut begitu. :p
HAHA


okey,
ne buat aku sakit hati ni,
MEETING MEETING MEETING sa-ha-ja.
ntah berapa banyak kali sudah.

aku tak kisah sebenarnya kau mau buat meeting.
tapi jangan waktu waktu macam,
12.30 tengahari, 3.30 petang, 6 - 6.30 petang, 7.30 malam.
KESIMPULANNYA,
pada waktu SOLAT.
aku tak lah mau cakap & puji diri sendiri yang aku ni baik sangat.
tapi, 
PLEASE RESPECT OTHERS.
aku tak suka dalam keadaan kelam kabut okey.

rushing rushing, solat pun ntah tunggang tebalik.
nauzubillahminzalik.
sila faham.
bukan mau bajet baik, alim or so whatever.
tapi, ada masa masa tertentu yang kau harus faham.
dan aku tau kau mesti faham kan.
DISSAPOINTED laa.


*sigh*

selain waktu waktu tu, kalau mau buat meeting pun.
suka hatilah 2,3 jam atau sampai lemas.
-,-

hurmmm,
aku tak marah. cuma mau meluahkan rasa.

Monday, April 30, 2012

APK :)


Asas Pembudayaan Keusahawanan :)



salah satu subjek kami.
berjual jualan.
supaya kami menjadi mata duitan.
HAHA.
aku pun tak tau lah. 
semua U wajib ka amik subjek ne?
tapi yang penting dekat UMS induk pun amik ni juga.
ntah lah. ntahlah. ntah lah.
tak aku amik tau. HAHA
so,
my pictures will talk for you <3 ;)
hihi





okeyyhh. ni yang kami jual.
dan ada lagi French Banana Crepes.
tapi tak da amik gambar. jadi takda display la.
act kek ne kami tempah lepas tu kami jual. :)


DAY 1st of APK


muka di kala awal pagi masih boleh tersenyum seikhlasnya.
haha.



al gaffrie dan rosdi :)
curi gmbr ne dari fb madir. :D


cantik tak? cantik tak? cantik tak?
cantik tak kan. hehe <3


PERCUBAAN 1

# farah menjadi bertambah kecil. haha


PERCUBAAN 2

# syira mengalah & farah akhirnya berpuas hati. hahaha


sayang menyayang. cekik mencekik. huahua <3



<3 both them. *hugs*


ne abang angkat satu course. wahahah :p
dan dan secara automatically nye pun gf dia, effie jadi akak agkt la.
tehihihi <3 ;)


ecah & apis <3 :)



DAY 2nd of APK


promoter BERJAYA untuk group kami. DYNAS. ;) haha 


bajet pro la. Bruno Mars versi padang . HAHA


me with Sam Bunkface woottt wottt ~ ;p
"boleh bha kalau kau." *mata ke kiri & kanan* 
HAHA. kami dua ja yg faham. :p


artisssssss. Siti Nur Naqibah. we call her kiki. <3 
cantik kannn? :)


kegembiraan kanak kanak ribena hijau selepas penutupan APK.
haha :D


and this is what i'd bought from APK. :)
comel kan comel kannnnnn kan kan <3


dan pada 29 April 2012,
berakhirlah sudah Expo APK kami yang telah berlangsung 
selama dua hari ( 28 & 29 April ) itu. :)
walaupun penat, tapiiii
BERBALOI BALOI.
income masyukkk tauu. :D hihi
dan we had our fun on that day.
nak lagii, nak lagiiiiiiii. #TDDMKA

hahahaha.
serious mau lagi.
cuma yang aku tak mau tu,
kaki aku sangat sangat sakit. T_T

oh yeahh. ada flashmob juga masa tuuu.
rugi rugii. :) 
nantilah bila dah ada video kami post di youtube,
dan dan aku post di blog yaahh.
*macam org baca kan. ;p

dan kesimpulannya, APK mengajar kami untuk :


BOROS T_T

okeylahbai !

# now just wait for 19th may. ^_^