Showing posts with label kenangan hidupku. Show all posts
Showing posts with label kenangan hidupku. Show all posts

Tuesday, January 1, 2013

Page 1 of 365.



"As time goes by, will our memory fade?" - Yoon Mi Rae

Selamat tahun baru 2013 :)


Tahun baru kami dimulakan dengan buku, study dan nota.
Arghhh. Stress sebenarnya.
Bukan stress study. Tapi stress nda dapat study.
Sebab tiap kali study ja mengantuk, mengantuk, mengantuk.
Can someone tell me how I make this 'sleepiness' fade away when I'm studying?

Terus rasa macam mau cepat habis exam dan balik rumah.
Balik Sandakan dan membayangkan aku sedang berbaring baring di sofa,
sambi bermain gadget, kalau nda pun main di taman dengan Haykal.
Ahahahaha :'D


Walaupun kurang dari 48 jam lagi untuk paper pertama bermula,
tapi aku memang sangat sempat post entry baru, update Twitter (sudah pasti).
╮(︶︿︶)╭

Azam baru?
Hurmm. Hurmm. There's something inside my mind. But I won't tell ya.
Hahahahahah.
Padahal tiada kan. :p
Azam lepas lepas pun belum tertunai tapi akan sedaya upaya dicuba untuk merealisasikan 
azam yang lama itu !
InsyaAllah, Amin :)


2013,
I want to make a new life. I'll try. I know I can !
New friends. New what is right for me. Everything new.
Try to forget all the bad things in life that still haunt your life.

Walaupun sangat sakit yang dirasakan,
tapi kalau kita betul betul bertekad ingin melupakan, tiada apa yang dapat menghalang.
InsyaAllah.
Lebih baik kita usir segala perkara yang sentiasa membuat kita bersedih,
dari mengingatnya buat kita terluka. Kan kan?
Aiseh ayat nda ble blah.
But this is serious. *muka serius*
But, Alhamdulillah Allah for everything, for giving our chances to still gave us breathe in this Dunya.
Alhamdulillah. Thank you Allah. :')

Coretan ini, aku kedua akhirkan dengan ucapan, pesanan dan doa, 

"Sejuta kemaafan dipohon untuk semua sahabat sahabat yg telah saya sakitkan.
Yang telah saya sakitkan dengan segala perkataan, tulisan, perbuatan.
Anda semua adalah sahabat terbaik untuk saya dunia & akhirat.
Tapi keadaan memaksa saya untuk menjauhkan diri dan mungkin ini adalah cara yang terbaik.
Penat hati untuk menyimpan segala rasa, sakit dipendam untuk masa yg terlalu lama.
Minta maaf, saya manusia yang penuh khilaf.
Buat sahabat saya yg akan berkahwin nanti, yang sentiasa bertanyakan khabar tentang saya,
anda adalah salah satu sahabat lelaki saya yang tahu segalanya tentang saya (mungkin),
Minta maaf kerana kali ini susah saya ingin meluahkan segalanya,
saya tidak ingin membazirkan airmata lagi untuk kesakitan hati ini. (Aiseh)
Jaga diri, jadi suami yang terbaik untuk isteri anda nanti.
Buat sahabat semua yg saya sayangi, minta maaf jika tidak membalas segala ucapan,
pesanan dari anda.
Maafkan saya jika saya berbuat sedemikian. Mungkin memang ini cara yg terbaik.
Jaga diri, sayang anda semua." :')

Sorry untuk ayat yang jiwang. :'D


Ya, dan aku tahu senyuman ini sangat buruk. Mata sebelah kecil.
Hahaha.
Tapi senyuman menyembunyikan segalanya. :)
Dan Good Luck seluruh mahasiswa / mahasiswi IPT untuk Peperiksaan Akhir.
Bertekad Cemerlang. Ewahhh. :3
*kembali ke buku*

"Hati kecilku menyatakan ini harus diakhiri."





Thursday, June 28, 2012

Ho Ho Ho liday yeah! :)


Assalamualaikum w.b.t shemuaaaa *bajet comel jap* :p

it's holiday baybeh.
Alhamdulillah, everything goes smoothly.
tapi adala perkara dan kejadian yg tidak best berlaku sebelum balik tu. :(

1stly, 
masa dorg hantar aku blik, 
aku TERpecahkn perfume dkt Skypark. dan dan aku kena byr RM 20.
 :'(
nilai tu boleh dah aku beli Takoyaki di KK 6 box kan. pffftt.
ndapa lah. ada hikmah juga. huwuwuwu

and then, I think it'll be the last time for us.
okey, shut the storiesss !
nda mau ingat lagi :')

aku balik rumah Alhamdulillah 24hb tu, 
*even tiada yg tanya pun* :p
tengahari naik feri xpress, malam flught dalam jam 1950.
aisehmen. guna 24 hours skit :p
waktu dalam flight tu,
Ya Allah, perasaan tu hanya aku dan Allah ja yang tahu.
tiba tiba sampai dkt area Beluran atau Kinabatangan mcm tu
cuaca sangat buruk.
kilat sabung menyabung dan awan hitam bearak.
*tak payah puitis sangat* :p

yalahhh, kapal terbang masa tu bergegar semacam ja.
lampu pun dimatikan. 
baby dekat sebelah aku pun menangis.
apa lagi kanak kanak yg ada depan aku.
tak kah kau rasa macam dalam filem Final Destination?
huwuwuu
tapi, Alhamdulillah Alhamdulillah Allah masih berikan aku
dan kami semua yang ada dalam flight tu hidup dan bernyawa,
berkesempatan lagi untuk aku peluk Ibu, family, cium anak-anak buah kesayangan
dan Allah beri peluang utk bertaubat dan beribadah kepadanya.
Alhamdulillah, terima kasih ya Allah.
dalam flight masa tu, aku baca ja tak henti henti
mohon Allah lindungi kami.
Allah makbulkan doaku, Alhamdulillah :)
walaupun rasa trauma dah ni. -,-

lepas tu pula, 
Allah bagi rezeki. hihi
balik balik ja makanan terhidang dengan banyaknya.
Alhamdulillah :)
muahahahahahaha *evil laugh*
kebetulan kan, family baru habis buat kenduri.
apa lagi. ngehngehnegh.
penantian lepas sebulan makan megi, bubur kosong ja. huhu :p


okeyla, nnt la crita panjang panjang lagi.
tu pun kalau ada orang mau baca lah,
adakah? maybe a stalker?
hihihi. sebab even aku tak post d Facebook pun masih ada juga org yg baca kan.
lepas ni, post dkat FB lah. 
bahahahahahahah. supaya supaya kan :p
harap harap tiadalah lagi yang sakit hati dengan post aku ni :)
walaupun aku tiada niat sebenarnya sakitkan hati siapa siapa.
aku pun pelik, kalau butthurt, tak payah stalk,
TAK PAYAH BACA. ngeheeee.
my own blog, suka hati apa aku mahu post kn? :3

okey stop.
nanti ada tak puas hati :p
act, bnyak lagi benda ingin di ceritakan.
about my interview lagi kan? tapi, nnt lah  :)
but i'm really glad that he still ask and care about that.
even dia mmg suka sms seciput ja kan. bahahahah

okeylah. tu ja. bai ! ;p


Monday, May 14, 2012

final exam around the corner.


macam orang Sabah bilang,
corner = pisuk pisuk.
jadi Final Exam is around the pisuk pisuk.
HAHAHA.
:D

so,
aku tak mahu menyesal lagi.
effort effort effort lagi.
:)

thanks to someone,
who always helping me,
who encourage me,
who always gave me motivation.
always kind to me.
ALWAYS.
terima kasih ADIK.
:)
hihihi.

anda terlalu baik dengan saya.
walaupun aku yang keras kepala & kuat merajuk ni pun,
dia boleh sabar pujuk. :p
nehh, bru kamu kenal siapa Siti Amanda Lokman sebenarnya.
tehihihi.
but,
one day i realized that,
dia ni orangnya lemah lembut.
maksudnya, dari segi gaya & percakapan dia lah.
(bukan lembut lain k!)
maybe dia memang dibesarkan dengan keadaan begitu.
macam ada sorang lecturer kami tu,
pernah ajar kami Mikroekonomi masa 1st semester.
En. Hafizi. hahh, begitulah cara dia ni.
*jangan kembang :p
sudah, jangan menyimpang dari topik.

bha,
jadi,
silalah sediakan segala kelengkapan anda untuk pergi berperang nanti ya.
lepas Final Exam nanti,
kita puas puas la peluk cium beulit tidur dengan IBU. :p
puas puas lah main main dengan anak buah,
bergaduh dengan dorang.
jumpa kawan kawan.
merayau sampai kena leter Ibu pun boleh.
hihihi.
sebab lepas Final Exam ni kan balik kampung.
oh jyeahh !
Fantastic Baby <3 :3

Kbai !


motif gambar? sorry aku memang suka sedut udara banyak banyak.
sebab tu aku suka buka tingkap luas luas sampai ke malam. hihi ;3

Wednesday, May 9, 2012

indahnya :)


SERIOUSLY, SEBETULNYA, SEJUJURNYA.
se apa lagi ya?
hihi.

sangat indah bila kau memaafkan dan kau dimaafkan.
sangat
sangat 
sangat
.
.
.
.
.
INDAH :)




RINDU WEIIII.

RINDUUUUUU :3


rindu semua ni. bila lagi akan begini?
apa apa pun,
saya hepi sebab mereka ada di sisi. <3

xoxo,
Manda. Yg Comel. ;)
hihi

Tuesday, April 24, 2012

aku, kamu, asrama, sekolah dan kenangan lalu.


aku rindu sekolah.
aku rindu asrama.
aku rindu cikgu cikgu.
aku rindu kawan kawan.
aku rindu bila kita kumpul ramai ramai.
aku rindu mandi tangki.
basuh baju ramai ramai, nila baju terang terang.
aku rindu potong barisan junior junior dalam dewan makan.
aku rindu makan aiskrim dan ayam goreng hari jumaat.
aku rindu buka puasa sama sama.
aku rindu mee sosej.
aku rindu tidur masa prep.
tidur dalam kelas.
aku rindu bila kita buat bilik TV & bilik belajar tu macam kita punya.
aku rindu bila kita stay up malam malam untuk makan megi,
cerita hantu, cerita pasal macam macam benda & minta makanan junior. :p
apa lagi untuk 'memaling' (mengintai). 
apa lagi untuk hari jumaat, sasaran utama bilik jia tengok aspura pergi solat jumaat.
haha. gatal :p
aku rindu kita gotong royong walau hakikatnya kita goyang kaki di bilik, 
junior yang pergi bergotong royong.
aku rindu kita keluar bandar sama sama biarpun guna baju sekolah
sebab bagi kita, kita rasa bebas sudah bila dapat keluar atau balik kampung.
aku rindu kawan kawan aku yang tinggal jauh ikut aku balik kampung,
tidur rumah aku.
aku rindu kita buat buku lagu.
kita sambut frenship day.
kita sambut befday kawan kawan sama sama.
aku rindu bila kita buat usrah, sebab masa tu kita ble luahkan apa saja yang kita rasa.
kita berkumpul, berbincang kalau ada benda yang tak puas hati.
kita orientasi sama sama dari Form 1 sampai Form 3.
sebab batch kita paling teruk masa Form 3.
tapi bila kita form 4, kita pula balas dendam kan.
buat hari aspuri macam hari mendera.
tapi, tetap mereka tetap rasa 'best', 'fun'. :)
aku rindu bila kita buat rollcall tapi kita jadi penghibur 
di hadapan dan belakang waktu orang bercakap di depan.
aku rindu kita lepak lepak di kelas bercerita waktu cikgu tiada.
aku rindu bila kita 'jahanamkan' bilik dj asrama & buat permintaan lagu banyak banyak
macam bilik tu kita yang punya.
aku rindu cikgu rotan kita, tegur kita, marah kita sebab kita ;
lambat pergi surau atau tak pergi langsung, 
lambat pergi prep malam & prep petang.
lambat turun rollcall.
lambat pergi sekolah atau pun, tak pergi langsung. HAHA
aku rindu, 
rindu bila kita sudah gaduh dengan aspura atau siapa siapa sahaja
disebabkan hal kecil.
kita selalu rasa yang kita betulkan.
kadang kadang peraturan pun kita salahkan.
aku rindu, rindu tengok gelagat kawan kawan bila bawa benda 'haram'.
sebab banyak idea kita masa tu untuk sembunyikan semua benda 'haram' tu.
tapi, memang aku paling rindu bila Handphone kamu dihumban dari atas bilik. ;p
ke bawah.
HAHA.
aku rindu bila, sorang ibu melawat, 
kamu pun ikut. macam adik beradik kan. datang beramai ramai.
walau itu hanya ibu aku sorang. :')
aku rindu beradik beradik angkat.
dan aku rindu arwah kama'.
aku rindu juga dengan adik adik.
biarpun orang ramai tak suka, perli aku bila aku ramai adik angkat.
but who cares. at least, ada orang yang care masa tu sampailah masa ni.
biarpun jauh.
aku juga rindu, Cadbury Black Forest. :')
banyak yang aku rindu, aku rindu itu, aku rindu ini.
macam macam lagi lah.
diluahkan semua, sampai ke tua tidak akan habis.
tapi kalau bukan sebab sekolah tu, asrama tu.
aku takkan pernah belajar untuk berdikari,
sampai hari ini.
dan yang penting, NILAI AKHLAK & AGAMA.
walaupun nakal kau masa tu, sampai orang tak tahan. :p
betul, aku tak tipu. 
kau cubalah, bila kau hidup sendiri dan tinggal sama sama dengan kawan kawan kau,
bila kau berpisah, barulah kau akan menghargai masa tu.



Trust Me.  <3 :')


SMAS Qi 2003 ~ 2007

Tuesday, March 27, 2012

kenangan hidupku. :')


jika ku hadir untuk disakiti
biarlah ku pergi jauh dan sendiri
tanpa ada kamu siapa pun di sini ku menangis

kebodohanku telah anggap dirimu
kan baik untukku butakan hatiku
kau pergi begitu saja tak ku tahu
ku telah layu

mungkin kernaku terlalu mencintaimu
ku terluka

kemana ku berlari
kemana aku kan pergi
ku cintai namun benci 
caramu mencintaiku

kebodohanku telah anggap dirimu
kan baik untukku butakan hatiku
kau pergi begitu saja tak ku tahu
ku terluka

kemana ku berlari
kemana aku kan pergi
ku cintai namun benci
caramu mencintaiku

biarlahku simpan jadi kenangan hidupku..

kemana ku berlari
kemana aku kan pergi
ku cintai namun benci 
caramu mencintaiku

kemana ku berlari
kemana aku kan pergi
ku cintai namun benci
caramu mencintaiku

ku cintai namun benci
caramu mencintaiku..

* jaga diri sahabat. selamat berbahagia tanpa saya. :') aisehmen.