Showing posts with label family. Show all posts
Showing posts with label family. Show all posts

Thursday, April 18, 2013

Unspoken feelings.


Labuan! Look who's hereeeeeeee :')
There's no other words that I can express and said right now. Sekian lama aku bersabar sebab jauh dari dia, memang bagi aku terlalu lama. Paling lama dekat dengan dia pun masa sekolah menengah. Lepas sekolah menengah, kami bawa haluan masing-masing. He have he's own commitment and so do me. Walaupun masa dia study d KUIS dulu pun, dia balik cuti mana da jumpa aku. Ada pun banyak kali plan nda jadi. And then, dia di Sandakan ajar di sekolah agama Baby, anak buah aku. Tapi selama dia mengajar sana, baru sekali lah aku jumpa dia. Memang agak lama. Bagi aku memang lama bersabar, tapi akhirnya Alhamdulillah bagi hikmah sebegini. I don't want to lose him. Dia lah satu-satunya adik aku lepas arwah Kama'. Adik lelaki yang sangat sangat aku sayang. Even orang lain cakap apa pun, bagi aku dia ja lah adik lelaki yang aku ada sekarang. Walau hakikatnya ramai sangatkan adik yang nda berapa sah. Walaupun dia bukan adik kandung, but I treat him like one. Tapi dalam berapa tahun tu, aku sedar dia ada komitmem sendiri. Dia ada hidup sendiri, bukan juga menjauhkan diri cuma ndamau mengganggu kehidupan yang dia ada. In the first place, aku betul2 minta maaf kalau ada sesiapa yang sangat2 terganggu atau terkilan, terasa hati ka dengan kegembiraanku sebab keberadaan dia disini. Gembira aku, Allah sajalah yang tahu. I don't know how can I say it anymore. Kalau boleh, selama berbaki dua bulan aku berada di Labuan, I want to treat him good. Kalau ada baik untuk dia ditangga teratas, tangga tu jugalah yang ingin aku daki. Ibu, my bestfriends knows how happy I am. Yes! Extremely happy. Tapi dia pun ada komitmen untuk benda lain, utk orang lain. :) So, as your sister I don't want to make your life more miserable. I want you to be comfortable here. I'm sorry for everything. I'm not over attached. I'm just worried. :') Berdoa, semoga Allah sentiasa memudahkan urusan dunia & akhirat. Amin ya Rab. ♥

Tuesday, March 12, 2013

Coretan untuk perwira =)


Minta maaf  tajuk yang nda ble blah & untuk coretan yang agak panjang. :)

Aku ingat lagi. 1 Mac yang lepas. 
Negara dikejutkan dengan kehilangan dua orang perwira negara dalam kejadian tembak-
menembak di Kg. Tanduo, Lahad Datu.
Al-Fatihah untuk kedua mereka.
Seluruh rakyat Sabah jadi panik, termasuklah keluarga yang berada di Sandakan.
Sebab risau kalau kalau pengganas Sulu itu datang ke seluruh Sabah.
Yalah, siapa tahu kan mungkin ada pengikutnya yang sudah lama menetap di Sabah,
tinggal tunggu arahan untuk bertindak. Nauzubillahminzalik.
Kedai mula ditutup. Sekolah mula ditutup juga. Terutama di bandar Lahad Datu.
Memang agak lengang jika dilihat gambarnya dari muka buku.

Hati kami, anak kelahiran Sabah mula risau.
Risaukan keluarga yang berada jauh dari diri. Tapi kena tabah.
Hanya doa senjata yang kami ada. Minta dijauhkan dari semuanya.
Sebab dengar dengarnya pengganas sudah mula masuk ke Semporna.
Aku pun ada keluarga di Semporna juga, walaupun mungkin keluarga jauh, tapi tetap keluarga.

2 Mac,
terkorbannya lagi 6 orang perwira negara.
Tapi tidak pernah pula tercapai di akal yang salah seorang dari mereka adalah pakcik sendiri.
Ibu hantar pesanan ringkas, sepupu Ibu terkorban dalam serang hendap pengganas di Semporna.
Mungkin sebab kali terakhir aku jumpa pakcik masa aku sekolah rendah,
lepas tu pindah ke Tawau, jadi terputus hubungan dan tiada dengar khabar berita dari mereka.
Tapi, memang tidak pernah terfikir juga untuk mendengar khabar beritanya kali terakhir
melalui berita sebegitu.

Al-Fatihah untuk arwah pakcik Salam bin Togiran & kelima-lima yang telah pergi.



Masa tu, rasa hati kuat betul untuk balik ke kampung halaman.
Tapi bila fikir balik, memang Ibu nda kan bagi sebab faktor keselamatan.

5 Mac, 
aku dengar kerajaan Malaysia perintah keluarkan serangan besar-besaran untuk semua pengganas tu.
Hanya terus mampu berdoa untuk keselamatan semua terutama mereka yang bertugas.

6 Mac,
Ibu bagitahu, abang akan dihantar ke Lahad Datu.
Perasaan masa tu, Allah sajalah yang tahu betapa risaunya aku.
Macam-macam benda yang bermain difikiran. 
Cukup dengan kehilangan seorang anggota keluarga kami.
Nauzubillahminzalik.
Aku telefon abang sampai dengar peti suara. Mungkin sibuk berkemas.
Tapi aku tetap tidak putus asa untuk hubungi dia.
Tiba tiba dia telefon balik. Aku tanya dia, betulkah tidak dia dihantar ke Lahad Datu.
Dia kata ya, dia dan rakan sekerja yang lain berlepas jam 6 petang nanti katanya.
Aku menangis. Bila diingat semula, memang lucu.
Mungkin sebab itulah pertama kali aku menangis sebab risaukan dia. (Jahatkan aku =p)
Sampai abang pun jadi panik bila cakap dengan aku. Dia kata, InsyaAllah tiada apa-apa akan jadi.
Aku suruh dia jaga diri di sana. Hubungi kami sentiasa terutama Mama. Aku cuma tidak mahu Mama risau.

Balik ke rumah, roomate tanya aku kenapa,
aku pun melepaskan kesedihan dengan dia. Menangis habis-habisan mungkin.
Bukan aku tidak redha, kami tahu abang pergi kesana atas sebab tanggungjawab dan tugasnya.
Apa lagi yang boleh dibantah jika mereka diarahkan kesana.
Abang hantar pesanan ringkas dengan aku, suruh aku jangan menangis lagi. 
Lepas tu, aku kata dengan diri jangan menangis lagi. 
Sebab macam tidak redha untuk abang pergi bertugas di Lahad Datu.

Malam tu, aku telefon Ibu, 
Ibu cakap bapa mahu pergi ke Lahad Datu esoknya untuk melihat keadaan abang aku.
Sayunya hati bila fikirkan bapa sanggup pergi kesana. =')
Lepas tu, aku bercakap dengan Mama.
Tiada nada 'huhu' 'haha' 'hehe' lagi yang kedengaran. 
Mama bercakap dengan aku seolah-olah mahu menangis. 
Aku tahu Mama sangat sedih bila dengar abang akan dihantar kesana.
Awal-awal lagi Ibu bagitahu yang Mama menangis bila dengar abang dihantar ke Lahad Datu.
Mama suruh aku berdoa, untuk keselamatan abang, untuk keselamatan semua perwira negara,
untuk keselamatanku dan keselamatan semua.
Mama pesan berhati-hati kalau pergi kemana-mana.
Sayunya hati dengar pesanan Mama. Aku tahu, kalau aku menangis, Mama apatah lagi.
Jadi aku kuatkan hati bercakap dalam nada yang ceria.
Mama hanya mahu semua ini cepat berakhir. Amin. =')


7 Mac, 
abang bagitahu yang dia tiada kesempatan untuk jumpa bapa,
sebab mereka semua dalam zon bahaya kan. Dia nasihatkan bapa jangan datang kesana.
Risau kalau apa-apa terjadi.
Lepas tu, abang bagitahu dia dipindahkan tugas.
Dia kata tugasnya diringankan sedikit.
Ya, walaupun dia masih berada di Lahad Datu tapi sekurang-kurangnya tugasnya tidaklah
berada di dalam zon yang terlalu bahaya. 
Walaupun masih agak bahaya tapi sekurang-kurangnya ada sedikit kelegaan untuk kami sekeluarga.
Mungkin atas berkat doa Mama siang dan malam, doa seorang Ibu yang tiada hijabnya. 
Doa dari keluarga, dan kenalan-kenalan untuk dia yang tidak pernah putus.
Allah meringankan beban untuk dia.

10 Mac, 
dari muka buku kami dapat tahu seorang lagi anggota keselamatan cedera.
Alhamdulillah, abang bagitahu tiada apa-apa yang jadi dengan dia.
Tapi, dia risau juga sebab tempat mereka bertugas yang diserang dalam jam 11 malam tu.
Walaupun tugasnya tidak berada dihadapan lagi,
risiko tetap tinggi dan membahayakan.

Walaupun setiap hari dengar khabar dari abang melalui SMS, 
hati tetap juga risau bila ada berita bahawa ada yang tercedera dan ada yang terkorban.
Abang hantar gambar, ceritakan semuanya. 
Tapi ada benda yang tidak dapat dia kongsikan juga sebab sudah jadi rahsia pasukan keselamatan.
Ada sekali dia hantar gambar muka-muka pengganas yang ditangkap, 
ya Allah, muka tu sangatlah ganas. Berdarah-darah lagi.
Abang cakap gambar tu selepas pengganas tu ditangkap, selepas sembelih 4 perwira yang terkorban hari tu.
Allahurabbi. ='(


Bila tengok gambar ni masa abang upload di muka buku hari tu,
sedih bila tengok sebab sudah tengah malam ataupun mungkin Subuh baru dapat berehat sedikit dan makan. Makan pun, asalkan ada kan. 
Mereka tahu, demi mempertahankan keamanan negara, banyak benda yang perlu dikorbankan.
Semoga Allah melindungi. Allahumma amin.

12 Mac,
balik dari kelas tadi ada berita lagi seorang anggota askar terkorban dalam kejadian tembak menembak.
Bila nampak macam tu terus risau, kontek abang, abang belum balas lagi.
Abang pernah cakap kalau dia tiada balas tu, dia sibuk.
Tunggu lepas tu abang cakap memang betul satu lagi askar tadi terkorban.
Harap-harap semuanya baik-baik sahaja disana kan. =') 
Amin.


Jangan pernah berhenti berdoa untuk mereka dan untuk kita, untuk negara kita,
Musibah ni, mungkin Allah mahu tunjukkan supaya kita bersatu walaupun berbeza agama,
berbeza fahaman politik, berbeza bangsa dan lain-lain lagi.
Tolak tepi masa ni untuk salahkan siapa dalang, siapa punca, yang penting kita bersatu untuk
pertahankan hak kita, sebab jika bukan kita siapa lagi yang ada untuk pertahankan
kedaulatan negara kita kan.

Aku tahu, mungkin ada diantara kawan-kawan, sahabat-sahabat yang terasa hati bila aku kata
perkara ini dipolitikkan. Aku tidak pernah salahkan mereka, dan tidak pernah juga terniat untuk
tunding jari untuk tujukan apa-apa benda untuk mereka. 
Terpulang berdasarkan fahaman masing-masing.
Kami berdiam diri, tidak masuk campur dalam urusan politik, 
dalam urusan menyiasat ni, bukan bermakna kami mahu ambil tahu. 
Tapi fikirkan keluarga mangsa, apa yang kita dapat rasa jika kita berada dalam situasi mereka. 
Agak sedih kan. Walaupun bukan aku yang merasa sendiri disana,
tapi aku dapat merasakan apa yang abang aku rasa, ketakutan, kesedihan yang kami sekeluarga rasa.
Sama-sama kita berdoa supaya ini akan cepat berakhir. Jangan sebab fahaman yang berbeza kita 
berpecah-belah. =')

Rasa terharu juga dengan semua kawan-kawan yang dari Sarawak dan Semenanjung yang tidak pernah
mempersoalkan hal ini. Tapi terus-terusan untuk mendoakan mereka yang dihantar bertugas dan 
mendoakan agar keamanan negara kita pulih seperti biasa. 

Sesungguhnya, hanya Allah yang tahu apa yang ada dalam hati kita. 
Kita senyum, tapi dalam hati kita hanya Allah yang tahu betapa risaunya kita terhadap mereka.
Terutama untuk mereka yang mempunyai keluarga di sana.

Aku yakin,
semua ini pasti ada hikmahnya. Allah sebaik-baik perancang.
Jangan berhenti berdoa, kerana doa itu senjata orang mukmin.
=)


p/s : Jika ada silap dan salah tolong tegur k :)


Thursday, March 7, 2013

Wanita


Selamat Hari Wanita Sedunia 2013 ! :')

"Adam, Perempuan ini insan yang lemah. Jangan kau cemar imannya. Jgn kau rosakkan mujahadahnya. Jgn kau kotori kasih dan cintanya pada Illahi. Kerana perempuan itu sedang berperang melawan nafsunya. Kerana perempuan itu sedang sedaya upaya menahan dirinya. Adam, Andai kau kasih dan sayang pd perempuan. Andai kau mahu membela nasib perempuan2 diluar sana. Andai kau mahu perempuan seperti itu mjadi suri dlm taman hati. Ibu kpd bakal pejuang agama. Doa buat mereka. Doa buat dirimu. Agar ada redha Allah dlm setiap amalanmu & perempuan itu."

DeHearty : Wanita


Wanita-wanita yang sangat terpenting dalam hidup. =')







errr. baju hijau bukan wanita kayy :p






and last but not least
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Okay ini bukan wanita. Haha bai ! :3

p/s : Yang tiada dalam sini pun semua penting. Siapa sayang aku dia pun penting la juga.
Kihkihkih <3


"Wanita, yang hanya perlu kau fahami."








Saturday, December 29, 2012

Selamat Ulang Tahun Kelahiran ; 29 Disember 2012



Selamat Hari Ulang Tahun kelahiran sahabat,
Kamsianah Tajuddin :3
We all love yah. <3

Birthday Girl di tengah :)


Dengan ucapan dan doa,
Semoga Allah berkati kehidupan dunia & akhirat.
Semoga kita bertekad cemerlang dengan jayanya. Eheks
Semoga menjadi anak yang solehah untuk kedua Ibu Bapa dan bakal suami.
Semoga jadi sahabat yang baik untuk semua sahabat.
Semoga jadi Ibu yang baik, isteri yang baik kelak. Uiseh awal Haha.
Semoga, semoga semoga. 
Dan semoga selalu buatkan bubur berobok & bergedel untuk aku.
Hew hew :3


Saya sayang anda Lillahi Taala, dunia & akhirat. 
Muahh :* <3


Have a blast on your Birthday !
Walaupun kemarin. Ihiks :3
♪┏(・o・)┛♪┗ ( ・o・) ┓♪


Sunday, November 4, 2012

Missing. Back to basic.



sila klik gambar ini untuk resolusi yg lebih baik. cewah !


Back to basic : Merindui family & Sandakan tercinta.

Dan juga akan merindui budak nakal & garang di atas.
Haha ;D

Macam macam gaya nya kan.
Dan yg lebih membuat saya bertambah rindu dan terharu adalah ini :')



Hasil tulisan anak buah aku Nursyuhada Mohd Zambrizal a.k.a Baby
 yang baru berumur 11 Tahun.
Dan capture gambar ni guna kamera aku. Waktu aku bg tinggal
kamera di rumah. 
Soooo Suwettt like a candy ! Acececeh ;'D

Paling mahal,
"Greatest Aunty Ever!!!"


Kbai ! :3



Tuesday, October 16, 2012

I Miss You.




Sara skype aku :

"salam yung.. maaf sgt2x sbb nda dpt agkt kol mu.. keadaan ku agak nda stabil skrg n masih kurg sihat.. aku x mampu untuk mendengar skrg yung.. i have my problem.. tp ko tau kn, aku jenis yg nda pndi gtau org.. biar aku settle mslh ku dulu k.. aku cuba, tp aku nda mampu agkt kol mu, sbb fikiran ku kusut.. maaf sgt2x.. harap ko faham k.. jgn majuk k.. jgn marah.. aku syg ko sgt2x.. doakan semuanya semakin baik.. jaga diri.. nanti sd stabil, aku contact ko k.. sayang cik ct.. all the best utk test2x 1.. :) <3, my.."



Sedih bha baca msg dia. Sangat.
Aku nda suka bila aku ada masalah aku ja yang meluahkan,
tapi orang nda pernah crita ngan aku.
Jangan simpan sendiri sendiri.

Aku sayang kau Lillahi Taala, Sara. :'(

I Miss You. I really am. 



Wednesday, October 3, 2012

Happy Birthday Sayang Saya !




Selamat Hari Lahir sayang makcik,
Mohd. Haykal Hady :)

Walaupun sudah 3 hari berlalu. :(
sobb sobb.
Saya makcik yang pelupa.
Bukan lupa, tapi mmg balik balik fikir siapa yang birthday
masa 1 Oktober tu.
Lepas Ibu msg kemarin bru ingat yg birthday Haykal.
Dia siap bagitau lagi dgn Ibu,
"Nek, 1hb tu harijadi Ekal. Ekal dpt kek dgn hamper makanan."

Ibu baru MMS tadi gambarnya birthday.
Agak kabur sbb Baby yg gmbar. HAHA

tskkkk T_T
Kalau aku ada dekat Sandakan masa tu,
memang konfom bawa dia jalan.
Bila dekat ni la kawan aku hari hari gaduh.
Sebab dia GARANG sangat.
Terlalu garang.
Jadi, sebab tu la suka usik dia. Hehe




Bila jauh, RINDU nda berhenti.
Even aku ada 6 orang anak buah,
tapi dia yg slalu gaduh ngan aku.
HAHA


SELAMAT HARI LAHIR HAYKAL.
Makcik sayang Haykal & semua 
dunia akhirat. :')
Belajar rajin rajin (mcm ja dia baca) :p
hihihi.
Kbai !



Saturday, March 24, 2012

antara kasih sayang, airmata & impian.

"Delisa cinta Ummi karena Allah."

sangat sangat tersentuh dan sangat sangat menangis okey. :'( 
aku terus rindu ibu. mau peluk ibu lagi dan lagi dan lagi. 
lepas tengok crita ne, aku pun terfikir beberapa perkara :

KASIH SAYANG : kasih sayang IBU memang tiada berbelah bagi. time aku dengar ost untuk movie ne pun aku nangis sudah. 9 bulan ibu mengandungkan kita, bertarung nyawa untuk lahirkan kita. memang aku tacing tacing gila time tengok cerita ne. lepas tu, Delisa memang kehilangan ibu dia kan, lepas bencana Tsunami tu. tapi besala kanak kanak kan, dia masih lagi tak faham apa yang jadi, dia pun fikir ummi dia tu pergi mana mana kah. lepas dia jumpa abi dia baru dia tau yang ummi dia pergi jauh, jauh ke syurga kata abi dia. sedih. :'(
tapi, masa tu Delisa jadi trauma sampaikan hujan lebat pun dia takut.teringat ngan ummi dia. tapi, even ummi dia tiada hanya ada abi dia pun, orang orang kampung dia tetap melawat dia di hospital & try bagi dia hepi sebab dorang sayang sangat sangat dengan si Delisa ne. bestkan? :) i wish i like that too. 

AIRMATA : ne pla, sepanjang muvie tu aku tengok. airmata mengalir, menangis nda henti henti. aku terfikir, agak baiknya kalau tiada bapa dari tiada ibu. bukan lah minta minta. sebaiknya ada dua dua pun amat baik. tp maksud aku ibu lah yang lebih memahami kita. mengerti segala galanya tentang kita. even sekarang, aku berdua dengan ibu pun sudah cukup. tiada apa yang kurang plus support from my big family tercinta. dan Delisa masa tu kanak kanak lagi kan, jadi dia pun kurang faham. masih blum realize dengan Qada' & Qadar Allah. kalau aku lah kan yang sudah besar ne, memang akan merasa kehilangan yang teramat sangat. bukanlah minta minta, Nauzubillahminzalik la. sebab yg aku mau, aku doakan hidup matiku hanya bersama ngan IBU ja. :'( sebab ibu hanya ada aku, dan aku hanya ada ibu. :( kalau ble aku nda mau kehilangan ibu. I Love You IBU <3

IMPIAN : lepas tengok cerita Delisa ne, aku sangat sangat lah mau ikut dengan Misi Kemanusiaan yang ada di dunia ne. macam misalnya ada negara yang dilanda bencana, aku mau bantu mereka apa yang termampu. bukan mau bajet baik lah kan. tapi, bagi aku benda tu impaknya akan buatkan kita dapat rasa apa yang dorang rasa. sedar akan kehebatan Allah dalam merancang sesuatu. sebab semua tu Allah buat akan ada hikmahnya. ni pun kalaulah aku orang kaya kan. tapi memang perlu duit juga kan kalau mau buat semua benda ne? ==" nda pa, jangan fikir sal tu. kalau niat kita baik, Allah akan peremudahkan juga biar apa pun halangan dan dugaan. :)

so, the conclusion is, Hafalan Shalat Delisa mengajar aku :

1. walaupun kau kehilangan seseorang atau beberapa orang yang kau sayang dalam hidup kau, nda kiralah sementara atau selama lamanya, tapi akan tetap ada ramai lagi orang yang ambil berat dan prihatin tentang kau. macam ummi bestfriend si Delisa tu cakap, "kau akan mempunyai kawan yang lebih ramai melebihi apa apa yang ada di dunia ni." hahh, macam begitulah ayatnya. so, it's not the end of the world okey ! Allah Maha Penyayang dengan hamba hambaNya. ;)

2. sayangi Ibu & Bapa anda selagi mereka masih ada. jangan lupa cakap, "saya sayang Ibu / Bapa kerana Allah Taala." selagi masih berkesempatan. :')

3. jom belajar IKHLAS kerana Allah Taala. insyaAllah, amin ~ :)

4. biarlah aku nda kaya, nda da harta tapi aku bersyukur sebab cukuplah limpahan kasih sayang yang Allah sudah bagi. IBU & my family because LOVE me just for who I am, makes me comfort when i can't face any problem anymore. my friends & kesayangan kesayangan because always beside me even when the hardest things in my life. dan aku dikelilingi dengan orang orang yang baik. haters haters because makes me realize my mistakes and to improve myself through all the obstacles. Alhamdulillah. Thank You ALLAH.  <3 :)

semoga Allah berkati & berikan kebahagiaan di kehidupan di dunia dan akhirat. amin ^_^