Showing posts with label Alhamdulillah. Show all posts
Showing posts with label Alhamdulillah. Show all posts

Friday, July 18, 2014

Reflection Ramadhan 1435H


Bismillahirrahmanirrahim..
Fuhhh besawang gila blog. Last entry rata-rata semua jiwang. Maluu T_T
Tapi tiada rasa juga mau delete sebab apa yang dikongsikan dalam blog ni bagi aku semuanya berharga. :)


Walaupun lah agak lama blog ni sepi, tapi masih belum terlambat untuk mengucapkan salam Ramadhan 1435H. Hari ni 19 Julai 2014 genap 21 hari berada dalam bulan Ramadhan. Agak sedih untuk meninggalkan Ramadhan sebenarnya. Yala kan, Ramadhan bulan yang mempunyai banyak ganjaran ni datang hanya setahun sekali. Sedangkan kita pun tiada jaminan untuk hidup esok hari, apatah lagi untuk hidup sehingga Ramadhan seterusnya. Jadi, sementara kita masih diberi peluang untuk menikmati Ramadhan yang berbaki 9 hari ni, kejarlah pahala, banyakkan beribadah kepadaNya, kurangkan benda tidak berfaedah, kejarlah Lailatul Qadar. Doa & usaha untuk perbaiki diri k. *pesanan untuk diri sendiri*




Lately, i've been thinking about death. Death = Kematian. Yang pasti akan kita alami satu hari nanti. Bagaimana agaknya diri kita menghadapi kematian? Bagaimana diriku menghadapi kematian? Adakah sudah bersedia ataupun masih terumbang ambing mencari hidayah Allah. Allah... Kadang bila baca apa yang Allah firmankan dalam Al-Quran, terbayang-bayang betapa dahsyatnya azab Allah bagi mereka yang ingkar. Nauzubillahminzalik. Azab kubur, azab di alam akhirat, Allah.. :(


Beruntung, cemburu bila lihat mereka yang mendapat hidayah. Diri ini, entah Allah terima atau tidak amal ibadah selama ni. Khusyuk pun belum tentu, riak terkadang rasa diri ini, adakah ibadah hanya untuk Dia Yang Satu ataupun untuk menunjuk-menunjuk. Rindu bila Allah lama tidak menimpakan ujian, sebab ujian itu adalah satu tarbiyah dari Allah untuk kita berfikir tentang kebesaran Allah pada hidup kita selama ini. Ujianlah yang membuatkan kita kuat untuk menghadapi segala dugaan dan cabaran. Ujian Allah latih kita untuk jadi orang yang sabar, redha & syukur atas segala nikmat selama ni.


Semoga bila kita pergi tinggalkan dunia, kita akan sempat untuk mengucap dua kalimah syahadah, dalam keadaan sempat untuk menunaikan ibadah & bukan dalam keadaan lalai dengan dunia. Amin. Minta dijauhkan kita pergi tinggalkan dunia dalam keadaan kufur, lalai, maksiat dan lupa pada Allah. Nauzubillahminzalik. :( Dan berharaplah sebelum kita pergi tinggalkan dunia, kita sempat untuk berbakti kepada kedua ibu bapa kita. Amin Ya Rab.


"Aku ingin aku pergi bukan untuk ditangisi, tapi untuk didoakan dan pemergianku jadi manfaat untuk semua manusia. Amin Ya Rab."

Mysara pernah cakap dengan aku, jodoh dan ajal maut itu memang rahsia Allah, tapi jodoh insyaAllah boleh diubah kalau kita berusaha mengubah diri lebih baik kalau mau dapat jodoh yang baik. Tapi ajal maut tidak boleh diubah. Bila Allah kata mungkin kita mati lepas ni, tidak kira dalam keadaan apa sekalipun. (Semoga perginya kita dalam keadaan yang baik, amin.) Sungguh kita langsung tiada jaminan masa bila kita akan mati. Entah seminit lagi, sejam lagi, sehari lagi, sebulan lagi. Tiada yang mengetahui melainkan Dia Yang Maha Mengetahui segala-segalanya. Mungkin sebab itulah jika kita ingin mencari jodoh, persiapkan diri untuk memperbaiki diri jadi yang lebih baik dari sebelumnya. Kalau kita baik di mata Allah, Allah akan datangkan orang yang baik di mata Allah untuk kita. Kerana sesungguhnya kita tidak tahu sama ada jodoh yang datang dulu atau kematian yang datang menjemput kita dulu. Wallahualam.



Semoga, Allah makbulkan doa-doa kita, menerima ibadah-ibadah kita selama ini dan dipermudahkan segala urusan kebaikan kita di dunia & di akhirat dan sempat untuk bertemu Ramadhan seterusnya. Kalau boleh, biar kita semua berkumpul didalam syurga Allah itu. Amin Ya Rabbal Alamin. :')


Ingatan buat diri dan kita semua.
Alhamdulillah masih berkesempatan beribadah pada Allah.
Selamat menjalani ibadah puasa!
:)

Monday, July 15, 2013

Masa silam.


Pagi tadi, masa naik bas turun kerja a.k.a praktikal, aku duduk la sebelah makcik ni dalam bas. Bila masuk ja, makcik tu terus tegur aku. "Kau ni anak si Halimah ka?" Terkezut aku macam mana dia boleh kenal dengan Ibu. Rupanya makcik tu nampak Ibu hantar aku tadi. (Ibu temankan aku pagi2 tunggu bas okeyyyy =p)

Maka bermulalah cerita kami, bermacam macam la. Dari introduction makcik tu tanya aku mau pegi mana. Bagitau la praktikal blablabla. Lepas tu aku tanya makcik tu macam mana kenal dengan Ibu, dia cakap Ibu dengan makcik tu satu sekolah dulu, sekolah menengah. Time perawan perawan dulu makcik tu cakap, aisesesehh =3

Aku tanya makcik tu tinggal mana la, dan aku fikir makcik tu sudah lama nda jumpa Ibu, rupanya selalu juga jumpa Ibu kalau Ibu hantar jahitan Ibu ke bandar. Ingat baru la mau kenen kenen kan jejak kasih makcik tu dengan Ibu kan kalau lama nda jumpa. =p

Lepas tu banyak la lagi cerita kami, kiranya ramai juga makcik makcik ku yang lain & familyku yang lain makcik tu kenal. Mungkin sebab rapat dengan Ibu kan masa sekolah dulu.

And after that, I wonder (sambil senyum2 sendiri),

Macam mana la nanti bila aku pula macam tu nanti. Yalah kan, bila kami semua masing masing nanti ada kerjaya sendiri, keluarga sendiri, and then contohnya la kawan kawan sekolah dulu masa tu nampak aku & anak aku HAHAHHAHAHAHHAHAHAHHA (ketawa seminit) dan bayangkan la jadi macam situasi aku tadi tu. Then dia tanya soalan dengan anak aku, "Kau anak si Manda ka?" Miahahahahhahaha.

Okey awal sangat untuk bayangkan benda ni. -_-

Tapi sebenarnya kan kan, aku yakin makcik tadi tu yang tegur aku mesti akan terlintas difikiran dia yang dia dengan Ibu nda sedar masa berlalu dengan cepat kan kan. Aku yakin mesti makcik tu pun terimbau kenangan kenangan masa sekolah dulu, kenakalan dorang. Aku tau Ibu nakal macam aku juga masa sekolah. Aku tauuuu. =p

Dan sekarang pun, sedar nda sedar masa berlalu dengan pantas dan kami pun sudah menjangkau 23 tahun tolak 10 (nda mau mengaku kan =p) Dan sudah ada juga yang berkahwin, keluarga sendiri. Maybe nanti bukan kawan yang tanya anak aku, aku yang tanya anak dorang dulu. Kahkah.


Nanti aku yakin bila satu hari nanti kawan kawan jumpa bakal anak aku cecececeh perasan gilaaa mesti dorang cerita kenakalan aku, keHelloKittyan ku, kecengenganku kan kan kannn. Tapi kalau jumpa kawan kawan yang memang sama gila juga la dengan aku. But please la dalam masa yang sama selitkan yang kita ni rajin, baik hati, jujur, amanah ya kawan kawan. Joke =p Mihmihmih

Dorang2 ni la yang berkemungkinan sebab sekitar Sandakan kan. kihkih

Kalau yang ini, probability sangat rendah sebab semua berhamburan jauh jauh ='p
Masa lalu sangat berharga, kenangan tu yang paling berharga, sebab semua tu nda kan kembali lagi dengan kita. Kalau masih ada yang kita ingat, that priceless memories, Alhamdulillah la. Tapi kalau ada yang sudah dilupa nasiblah. Kena lagi pelupa macam aku, nanti kalau ada siapa-siapa yang ingat tu, ingatkanlah kenangan indah indah, kenangan sedih sedih yang aku lupa k. Aku ni pelupa sangat. T-T

InsyaAllah jika dipanjangkan umur, jika Allah izinkan kita lama di dunia ni, InsyaAllah kenangan tu akan sentiasa disimpan dalam memori. Kenangan dengan kawan-kawan sekolah rendah, menengah, universiti InsyaAllah satu kenangan yang paling indah. Dari pengalaman hidup la kita belajar apa yang mungkin tiada kita belajar di sekolah dan universiti kan. =D

Nanti apa yang pernah kita lalui, mungkin insyaAllah kalau diberi kesempatan kita akan cerita dengan generasi akan datang, jadi yang baik dalam hidup kita ajarkan untuk mereka pada masa akan datang, mana yang buruk kita jadikan sempadan dan pengajaran. Kaut sebanyak amalan baik dan pengalaman indah yang mungkin sebab masa yang kita ada tidak akan kembali lagi.
And remember this,
As we grow up, our parents getting older day by day,
time by time. 
So appreciate them when they're still alive in this world.

Alhamdulillah sebab Allah masih kita beri peluang untuk tatap wajah mereka.
Pada yang sudah tiada, 
kita sedekahkan doa dan al-Fatihah untuk mereka didalam setiap doa kita selepas solat.

I will always love you Ibu, lillahi taala, dunya wal akhirah.

Wednesday, June 26, 2013

Latihan Industri


Hye blogger-ian semua!

Sesungguhnya membaca entry blog yang lama tersangatlah lucu.
Lepas sekian lama nda update entry blog, aku selongkar kembali semua.
Last entry pasal Crush? Oh mai guts -_-
Punya teruk. Hahahahaha

Lebih sebulan lepas aku tiada update entry, dan sekarang, 1:39 PM waktu lunch aku gatal tangan pula mau update blog. Oh ya, and now we're enjoying our internship time. Enjoyyy lah sangat. 

Actually, 24 Jun hari tu lagi start. Dan sebenarnya dari hari tu lagi rasa mau update entry pasal selesai 3 tahun d UMSKAL. Just tunggu praktikal, konvokesyen dan tamatlah setamat tamatnya pengajian. Sobs sobs! 
*lap airmata* Memandangkan balik 19 Jun hari tu sempat rehat selama 5 hari ja dan tiada semangat langsung untuk membuka notebook ini, maka dikuburkanlah perasaan ingin mengupdate entry itu.

Dijadikan cerita, hari pertama internship, aku datang dengan semangatnya. Macam biasa, Ibu yang hantarkan dihari pertama. How can't I live w/o Ibu kalau hari pertama sekolah, universiti dan praktikal Ibu yg hantar? 
:'3

Internship pun ditempat yang memang macam tiada kena mengena dengan kos. Hmmm bukan lagi macam la tapi memang tiada kena mengena pun =p
Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Sandakan tempat intern ni. Nasiblah tempat dekat dengan rumah. Nda jugalah dekat sangat tapi nda la jauh. What am I saying? -_- Yg pntg nda jauh la dan dekat. Faham juga kan. *angguk angguk*

Dari awal lagi sebelum masuk sini hari tu kakak tu cakap sini nda banyak kerja pun. Dan tiada kaitan langsung dengan Islamic Finance aku. Yeahh, 1st day memang sangat membosankan sebab langsung tiada kerja. But, the next day bila kakak tu bagi penyata kewangan koperasi suruh key in data semua tu, dan suruh kira cash flow, terus kemahiran last minute yang ku dapat di UMSKAL masa tahun 3 study Financial Statement Analysis hari tu berguna juga. Kahkahkah =D

Dan baru aku tau, penyata kewangan Syarikat dan Koperasi banyak perbezaannya. Kan sebelum ni balik2 study penyata kewangan Syarikat ja. Nasiblah koperasi ni simple sikit. 

Oh yeah, dan aku intern sini bukan keseorangan la. Ada juga 2 orang student Politeknik internship dengan aku. Aku rasa intern 3 bulan sini pun macam boring sebab kerja nda banyak dan perlu menghadapi aircond yg sangat sejuk hari-hari, apa lagi dorang dua ni kan, intern sampai 5 bulan. 

Meet Rose & Nabila ;)
Walaupun kakak supervisor sini cakap tiada apa yang perlu dibuat kan, tapi sekurang2nya hari hari ada juga la kerja walau satu dua yang dapat diisi dalam weekly report. Tapi tu lah, belum habis tu ada lagi Final Report yang perlu dibuat sedikit dan sedikit mengikut nasihat supervisor academic kami Miss Caroline.

Fefeling busy. Tolong bg tgk Miss Carol yg kami ada buat kerja juga =p
At least dalam seminggu ada la yang kami belajar daripada langsung tiada kan kan? Okey lahhhhh. Masa lunch sudah habis. Next entry ai sambung nanti. Mesti buat juga untuk bagitau satu dunia aku sudah tinggalkan UMSKAL yang tercinta. =') Walaupun rindu yang menebal dan mendalam yang tidak dapat dibendung dengan semua orang tapi terpaksa juga dihadapi. Babai semua! *lelambai* Jaga diri. *flying kiss dari Sandakan ke seluruh Malaysia*







Thursday, March 7, 2013

Wanita


Selamat Hari Wanita Sedunia 2013 ! :')

"Adam, Perempuan ini insan yang lemah. Jangan kau cemar imannya. Jgn kau rosakkan mujahadahnya. Jgn kau kotori kasih dan cintanya pada Illahi. Kerana perempuan itu sedang berperang melawan nafsunya. Kerana perempuan itu sedang sedaya upaya menahan dirinya. Adam, Andai kau kasih dan sayang pd perempuan. Andai kau mahu membela nasib perempuan2 diluar sana. Andai kau mahu perempuan seperti itu mjadi suri dlm taman hati. Ibu kpd bakal pejuang agama. Doa buat mereka. Doa buat dirimu. Agar ada redha Allah dlm setiap amalanmu & perempuan itu."

DeHearty : Wanita


Wanita-wanita yang sangat terpenting dalam hidup. =')







errr. baju hijau bukan wanita kayy :p






and last but not least
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Okay ini bukan wanita. Haha bai ! :3

p/s : Yang tiada dalam sini pun semua penting. Siapa sayang aku dia pun penting la juga.
Kihkihkih <3


"Wanita, yang hanya perlu kau fahami."








Tuesday, February 26, 2013

UjianMu


Bismillahirrahmanirrahim.

Ya Tuhan,

Aku hanya mampu menghela nafas sedalam-dalamnya atas apa yang berlaku.
Aku cuba diam. Aku cuba sembunyi disebalik senyumku,
Tapi ternyata kadangkala aku tewas.
Aku tewas pada ujianMu ya Allah.


Mungkin ku rasakan sudah sehabis daya, sehabis doa, sehabis usahaku.
Tapi mungkin tidak bagiMu.

Aku hanya mampu menadah tangan dan berserah kepadaMu.
Berserah, sehabis berserah setelah serah usaha, doa dan daya upayaku.

Sungguh berat bagiku ujianMu, seberat ujian yang lainnya.
Mungkin mata yang melihat, diri yang tahu merasakan aku terlalu lemah.
Mungkin bagiku pula sudah terlalu lama aku mengumpul kekuatan ini.
Menahan segala kekuatan dalam diri.
Sehingga kuat itu tidak berdaya untuk ditampung lagi.

Sungguhpun,
Allah masih ada untukku.
Sebaiknya, sebolehnya dan sebagusnya tidak perlu untuk aku berasa lemah.
Kernaku yakin Allah tidak akan menguji diriku,
dengan sesuatu yang aku tidak mampu untuk hadapi.
Aku tahu itu. Aku yakin itu.


Alhamdulillah.
Karena kau menyayangiku dangan mengujiku,
untuk aku tidak leka dalam kelalaian ini.
Terima kasih ya Allah. =')











Friday, January 4, 2013

Hadiah Celcom sempena Tahun Baru.


04 Januari 2013 ; Jumaat

Hariku dimulakan dengan Peperiksaan Akhir Semester 1 2012/2013
bagi subjek Islamic Asset Management.
Mahu dikatakan susah, tidak juga. Mahu dikatakan senang, tidak juga.
Yang penting, bayangkan macam mana cara budak study last minit menjawab soalan?
Dapat bayangkan? Bagus! Tepuk tangan utk diri sendiri. T^T

Dan dari malam semalamnya HP aku Samsung yg comel itu mengalami masalah.
Matikan nda boleh, mesti cabut dari battery & bila hidupkan, restart ja sampai lemas. 
Memang cari pasal awal pagi.
Nasiblah. Memang nasib.
Memang speechless tapi disembunyikan tekanan itu dengan senyuman. Ahaks :)

Lantas aku pun menghubungi abang tersayang dengan HP spare part, 
bodek sikit. (Manatau balik Sandakan nanti dapat HP baru dengan rebate. Hahaha)
Aku pun bagitau la, HP rosak blablablabla.
Jawapannya pun, 
"Jadi mau buat macam mana? Sabarlah. Nda lama lagi balik, nanti balik kita bawa p kedai."
Agak cantik juga jawapan di situ. Hohoho
Alaaahh, nda dapat la online. Tiadalah tathering hotspot. Tiadalah Instagram.
(Mengada)
Walhal sekarang online pinjam modem Dayah. 
Bertungkus lumus masukkan simkad pegi modem.
Ihiks :3
Tapi dihujung ayat abang aku tu,
"Nda palah, sabarlah. Nanti aku top up kan kredit celcom mu."
Hoyeah ! Hehehehe.

Nak dijadikan cerita, (ewahh)
Baru ja tadi, disebabkan abang aku BZ kerja, dia baru bagi nombor top up tadi.
Dan aku pun dengan semangatla top up kan. :)

Abg I baik tau u olls :3
Okey lepas tu, celcom pun menghantar SMS berbunyi begini :


Bila aku nampak FREE RM5 mata aku pun bukan main bersinar sinar sebab nampak benda free kan.
Bab free free ni aku sangat pantang. Hahahaha.
Done, lepas tu aku pun taip la apa yang dia suruh tu.



Kalau diikutkan dalam kiraan aku yang tamak ini (ihiks),
baki akaun kredit aku ada la dalam duapuluhsaturinggit lebih macam tu kan.
Tapi lepas aku selesai mengikuti semua prosedur yang telah ditetapkan oleh Celcom,
dia jadi macam ni :


Aku pun terkejut, mata terbeliak (sangat) sebab mana pergi sepuluh ringgit yang baru abang aku top up tadi?
Aku pun jadi risau, sedih, murung, tekanan, ok tipu. Hehe
Rupa-rupanya,
Jeng jeng jenggggg..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Dia masuk dalam bonus balance kita, setiap pengguna Celcom mesti tau kan bila kita top up,
setiap bulan kita akan dapat bonus kredit dari Celcom. 
Depend on berapa peratus daripada top up bulanan kita la. 
Rupanya yang sepuluhringgit baru top up tadi terus masuk bonus balance. 
Nampak RM 5 credit dekat bawah tu? Tu la percuma RM 5 yang dia mau bagi tu.

Tapi, yang tapi nya. 
Bila kita guna kredit untuk SMS, MAKE A CALL atau MELAYARI INTERNET,
actual kredit kita, means yang aku punya RM 6 lebih tadi tu sikit nda gerak pun. 
Yang gerak RM 10 baru aku top up tadi tu la. 
Maksudnya habiskan dulu RM 10 tu lepas tu baru boleh guna RM 5 free yang Celcom bagi tu.
Dan RM 5 tu dalam masa 5 hari ja tahu?
Nampak permainannya di situ?
Celcom celcom. Bijak sungguh. Hehehe
Faham ka nda ayat aku ni? Nda faham? Okey, pandai pandailah memahami. Heheks :p

Actually, itu lah bila tengok benda free sangat teruja kan.
Rupa rupanya ada juga yang nda bestnya. Hoho.
Macam mana la aku mau habiskan dulu RM 10 tu baru guna RM 5 tu?
Kalau boleh RM 10 ni aku share merata sudah aku share.
Sharing kan is caring *wink* (konon)
Bukannya kol siapa siapa pun.
Paling paling Ibu, Abang, Family d rumah. Tu pun nda lama.
Al maklum la, tiada siapa lagi untuk dihubungi.
Hew hew :3


Kalau tahu baik aku kekalkan ja tadi dalam baki akaun aku RM 16 lebih tu lepas top up kan.
Apa-apa pun bersyukurlah dengan nikmat yang telah diberikan. Alhamdulillah. :)

Lepas mengeluh baru bersyukur. Cantik Manda. Cantik. -,-'

Siapa rasa mau kredit free selepas top up RM 10, silalah langgan.
Kalau rasa rasa tidak akan menyesal lah.
Kalau kaki gayut telefon tu konfom nda menyesal sebab ada banyak kredit.
Boleh cakap lama lama. (Iklan)

Entry ini sekadar untuk berkongsi.
Kongsi kredit pun boleh. RQ ja anytime.
InsyaAllah, KALAU DILAYAN :3 Kekekeke

Kbai ! 
I know you miss me, xxyyzz <3




Sunday, December 16, 2012

Roomate, you made me scared !


15 Disember 2012 | Sabtu | 20:09


Lepas ja balik dari pantai, (tengok entry sebelum ni)
dengan wajah lapar aku dengan Syira pun pegi kafe.
Kesian. Ihik. :D
Tunggu food yang kami order,
Tiba-tiba, roomate tersayang Dayah kol,

"Manda, mana kau? Kau ada pinjam laptopku ka?
Kau tau ka laptop ku hilang, laptop kita hilang Manda."

*sila bayangkan dia bercakap dgn nada menangis teresak-esak*

"Betul ba Dayah? Tiada orang ka di rumah? Aku letak kunci dalam ***** tadi."

Aku pun jadi panik. Sangat panik.
Sebab pagi tu baru ja ada kecurian di kawasan blok kami.
Macam macam bermain difikiran masa tu.

"Tiada Manda, aku tadi kan di rumah c Lina satu hari ni. Tu la aku fikir kau pinjam laptop ku.
Macam mana ni Manda?" *sambil nada menangis lagi*

"Okey Dayah, aku naik sekarang."

Aku bagitau Syira, Syira pun terkejut. Ya lah kan, bertambah kuat lagi kerisauan sebab pagi tu ada kes
kecurian. Aku mula fikir banyak sangat benda dalam laptop aku kalau hilang tu.
Aku terfikir, mesti c Dayah menangis nangis sudah masa tu.

Dengan kelajuan yang ada, perut sarat baru habis makan Mee Goreng Ayam,
Ihiks ! aku dengan Syira pun laju naik kerumah.
Datang rumah, tengok Dayah tiada. Pintu kunci, tiada orang dalam bilik.
Tanya housemate, housemate cakap Dayah sudah pegi sebelah nangis nangis.
Dalam hati, 'Ya Allah kesiannya Dayah.'
Aku rasa bersalah sebab aku yang simpan kunci dalam ***** tu.

Aku suruh Syira tunggu dalam rumah, aku pegi rumah sebelah.
Mungkin dia pegi rumah Lina. Tapi kenapa gelap? Kenapa berkunci pintu depan?
Pegi rumah depan dorang lagi. Tanya kalau ada Dayah, dorang cakap tiada.
Aku betul betul panik ni. (Macam wayang pula. Hahaha)
Aku fikir Dayah mesti turun bawah buat report dengan Jakmas ni. :'(

Bila keluar rumah kawan, tiba tiba rumah dorang Lina yang berkunci tadi terbuka.
.
.
.
.
.
.
.
.
"HAPPY BIRTHDAY TO YOU, HAPPY BIRTHDAY TO YOU."
Aku punya main kuat teriak terus lari balik pegi rumah yang satu lagi.
Lagu Happy Birthday dorang pun ter'pause'.
Hahahahahahahhahahahahahahhahahhahahahha.


AMANDA, YOU'RE BEING PRANK ! T^T

Fine, fine. Hahahahhah
Aku punya main risau terlibat sekali Syira risau, rupanya dorang bagi kena aku.
Yalah, befday aku 12 hari tu. Dorang buat masa 15 semalam mana la aku expect apa-apa kan.
Hehee :3

Terima kasih semua,
Terima kasih yang bertungkus lumus masak, belikan kek,
buat suprised semua. Walaupun semua agak BZ minggu ni.
Aku memahaminya. :D Walaupun, agak sedih. Eheheks
Thank you Dayah, Kams, Sheila, Zyra, Lina, Nad & my Syira (yg turut kena prank) :p

Muka excited dapat kek !

Juadah yang dimasak dan Oreo Cheese Cake yang dibeli. Nyummehhh
*lap liur*
Terharu, marah, sedih, terkejut, takut semua ada.
Terima kasih la untuk semua pelakon termasuklah housemate yang bersatu hati dengan Dayah,
bagitau aku yang Dayah menangis ke rumah sebelah. Hahahaha
Sangat tidak menyangka ini semua akan berlaku. :p
Dan Alhamdulillah, sangat kenyang !

Kams, as the main character untuk baca doa.




"Semoga persahabatan kita kekal untuk selama-lamanya." (Kams, 2012)


IBU, MAK, BAPA, ABG, KAKAK SAYA TERTIPU !
(tapi saya dapat kek. Ehem :p)

Alhamdulillah, Allah hadirkan pelangi lagi. :)
Sayang anda semua Lillahi Taala. <3 :')
*wipe tears*





Friday, December 14, 2012

12.12.12


"Showed me right from wrong, taught me to be strong, need u more than ever." 
- Sami Yusuf

It's my born-day yaww !
:)
Tapi tanpa Ibu, Family & Best friends. *Wipe tears*
Dan tanpa apa apa celebration.
Sebab semua Bz kan. Aku pun petang tu ada presentation.
Dan yang pastinya, walaupun tarikah tersangatlah cantik,
tapi semua nda macam dulu sudah. 
Sangat. Ibu dan dia bukan antara orang yang terawal.
Sedih juga lah. Tapi apa boleh buat kan.
Perasaan manusia tu, bertukar ganti. Sentiasa berubah.
I'm not talking about Ibu, I'm talking about him :')
Ibu, tertidur. Kesian kan, penat. :')
My sisters, Jia, Kakak dey, Pqa, Sara, Bern. Semua antara org yg terawal juga.
Wana, Koo2 aku tunggu tiada. Sedih jugalah.
Mungkin dorang bz kan. It's Ok. :'D

Okey, hari saya dimulakan dengan presentation yg saya rasa sangat mencabar.
Ihiks. Present saya tidak gentar. Amboi sombong. Haha
Tapi yg paling menggetarkan jiwa, kalau soalan killer yg kawan2 coursemate tnya.
Hehe. Aku bknnya pro jawab soalan.
Tapi, bernasib baik juga kami ni grouping presentation.

Para presenter mengambil tempat. Ecehh
Sesi Wan, our group leader memperkenalkan kami.
Nampak belakang tu? Tu lah tajuk presentation kami bersamaan tajuk assignment kami juga. :)
p/s : Abaikan muka kencang saya. 
Sesi ketua menyampaikan part dia. Syira kenapa buat muka mcm tu? Ihiks :3
p/s : Tudung putih di kanan tu la Dr. Chong, our Islamic Asset Management lecturer :)

Ni group yg evaluate kami masa tu, selain lecturer evaluate, kawan2 pun evaluate jg
mcm mana cara kami present, slide organize ka tidak blablabla. 
And lastly, sesi Q & A.

Alhamdulillah, our presentation goes well.
Soalan pun dapat dijawab dengan baik. Alhamdulillah Allah :)
Bangga juga lah sebab bila Dr. bagi balik Assignment,
markah pun memuaskan. Sangat memuaskan. 
FYI, Dr. Chong ni bukan jenis yang senang bagi markah tahu.
Dapat B- tu kira bertuah la sebab ada budak junior cakap dia bagi assignment utk
kelas lain paling tinggi pun C-, C+. 
Sangat susah kan capai tahap B.
Alhamdulillah ^___^
Lepas tu, Dr. Chong cakap, siapa yg datang kelas dia hari tu, dia bagi bonus mark.
Lagi la tambah tambah happy. :D


And yeah, we're done for our first presentation for that day ! :)
Saya anggap markah assignment yang memuaskan & bonus mark tu,
hadiah hari lahir dari Dr. Chong. Ihiks ! :3


Lepas tu, hari lahir saya, tarikh yang sangat cantik itu,
berakhir macam tu sahaja. :)
Walaupun, aku rasa sangat sangat bersyukur sebab Allah masih berikan peluang
untuk bernafas di bumi ni.
Sempat lagi mencapai umur 22 tahun, yang semakin dekat dengan ajal.
 It's not about party, present, birthday,
it's all about growing up, and be for who you are.
Walaupun sebenarnya sangat sedih sebab nda dapat celebrate sama sama dengan Ibu.
Tapi Ibu cakap, akan ditunda bila aku pulang ke Sandakan nanti. :')

I can't wait !
Goodbye my lovely 12.12.12.
I will remember this.
Terima kasih untuk semua yg wish, yang nyanyikan lagu, yg ingat, kol aku, even yg nda ingat pun,
Terima kasih. :)
Terima kasih Ya Allah, FOR EVERYDAY, FOR EVERYTHING <3


Monday, October 8, 2012

Happy Tuesday !



Selamat Hari Selasa ! :)
Semoga hari ini lebih baik dari semalam. 
Amin ~


15 days to come
going to hometown
for Hari Raya Qurban.
*smiling widely*

And someone special birthday ! 
^_^ <3

ngehh ngehh :p
Just wait and see.


Okeylah,
Mau g bandar. 
Tu ja sebenarnya. Hahahahha Kbai ! :D


p/s : I'm not saying that I'm in love, I'm just saying that lately, he's been all I can think about.


Sunday, September 23, 2012

September :)


Assalamualaikum wbt. :)

Sudah hampir penghujung September. <3

Alhamdulillah,
barang semua sudah di bawa masuk dalam Kolej Kediaman Beta. :)
Walaupun susah payahnya,
nasib my Sheila sayang tolong saya.
Thanks sangat sangat sayang. :')
*hugs*


Dan,
Selamat Hari Lahir untuk dua SAHABAT,
Vannie Pallao & Muhammad J Sufri Jefri
on 22th of September kemarin :)
Semoga Allah berkati kehidupan dunia & akhirat.
amin ~
Sayang anda berdua. :D


Today. 23th of September 2012.
Selamat Hari Lahir juga untuk seseorang sahabat.
Mohd. Firdaus Mohd. Yaakub. :')
dan juga,
Fatimah Az-Zahra Hashim.
Allah berkati setiap apa yang anda lakukan.
amin ~

26th of September nanti, Kakak Dey. :D
27th of September pula, IBU yg tersayang, tercinta <3 :D
29th of September, abang Razali Lokman yg tersayang
(ambil hati)
kekekekkeek.


Nda sabar rasanya !
Walaupun masa ni, semua orang yang sambut hari lahir ni bukan
dekat dengan aku.
Tapi, aku excited sebab bulan September ja sudah ramai
hari lahir orang yang terpenting & tersayang :)


Mana yang terlepas pandang tu,
minta maaflah.
Tapi harap harap tiadalah kan :)


Walau apa pun,
untuk hari ini,
Selamat Hari Lahir yang ke 22 tahun.
InsyaAllah, doa ku akan sentiasa mengiringi anda.
Akan sentiasa mendoakan anda. :)
Allah berkati kehidupan dunia & akhirat,
Allah memberkati setiap apa yang anda lakukan,
di mana mana sahaja.
Alhamdulillah, kerana Allah mempertemukan kita sebagai sahabat.
:')
Jaga diri, jaga hati ya.
Jangan lupa, selalu contact beliau okey !
Minta maaf kerana tidak menghubungi.
Harap harap anda membaca post ini. :D
Terima kasih & minta maaf untuk segala galanya.



~~ SELINGAN ~~
 Ibu sms semalam, "Siapa befday esok? Abg Ali 29 kan."
Aku jawab, "Oh c *** la tu mungkin. Hari ni c J ngan Vannie, 26 ni c Dey."
Ibu, "ohh, ramai juga. Jangan lupa 27."
Aku, "Ya, nda kan di lupa." :)

HP lama aku Ibu yang guna, jadi lupa padam segala REMINDER befday.
Sebab tu ibu tanya aku. Kantoi la kan. :p


Kbai !

Wednesday, August 29, 2012

Indeed, Allah know's best.





kadang-kadang memang susah mahu memahami semuanya.
tapi untuk apa kita persoalkan lagi?

ada hikmah nanti.

:')


Wednesday, July 18, 2012

Holiday #2

"Another day goes by that I don't need you in my life." (As time goes by - Yoon Mi Rae).


Apa kaitan lirik lagu ni dengan tajuk entry woii? *hentak kepala ke dinding. 
Dan, Aku pun pening kenapa guna ni tak boleh bagi center macam selalu. 
Sabar saja lah. 
Tnggu guna lappy baru bleh tukar. T_T HAHA pening aku. 


 Oh yeah, abang aku, sampai dari KL pagi tadi. :) 
Dia belikan Handphone. Yippeeee <3 
Terima kasih big brotherrrr :3 
Pegi cari macam mana Samsung Y dekat google. :p. 
 Cukuupppp Manda, melebih pula. Perlukah bagitau semua? Haha. 


Tinggal berapa hari lagi Ramadhan kan. 
Kalau kira ikut kalender Islam, Sabtu ni masuk 1 Ramadhan sudah. 
InsyaAllah. :). 
 Semoga Allah kekal berikan kesihatan untuk kita 
Untuk menjalani ibadah puasa tahun ini. 
Amin ya Rabbal Alamin :). 


 Dan pula, Dengar dengar 21hb ni keluar result selepas di tunda hari tu. 
So, UMS-ian especially UMSKAL-ian, All of you better be prepared! 
 Neves lepas baca? Aku yang taip ni lagi neves. 
Cetttt. Hihi. -,- 
 Dah lah, Jom beradu. 
Esok mungkin Wana bawa jalan lagi. Heee :) InsyaAllah. :) 


 Sebenarnya tak dapat tidur, jadi gatal lah tangan buat entry 
Yang ntah apa ni. :3 
 Baca doa sebelum tidur. 
Semoga Allah beri kesempatan untuk kita beramal ibadah lagi 
Keesokan harinya dan hari hari seterusnya. Amin ~ 
Jaga diri, hiasi peribadi, belajar dari kesilapan yang lalu. *tiba2 Hahahaha kbai! ;)

Thursday, June 28, 2012

Ho Ho Ho liday yeah! :)


Assalamualaikum w.b.t shemuaaaa *bajet comel jap* :p

it's holiday baybeh.
Alhamdulillah, everything goes smoothly.
tapi adala perkara dan kejadian yg tidak best berlaku sebelum balik tu. :(

1stly, 
masa dorg hantar aku blik, 
aku TERpecahkn perfume dkt Skypark. dan dan aku kena byr RM 20.
 :'(
nilai tu boleh dah aku beli Takoyaki di KK 6 box kan. pffftt.
ndapa lah. ada hikmah juga. huwuwuwu

and then, I think it'll be the last time for us.
okey, shut the storiesss !
nda mau ingat lagi :')

aku balik rumah Alhamdulillah 24hb tu, 
*even tiada yg tanya pun* :p
tengahari naik feri xpress, malam flught dalam jam 1950.
aisehmen. guna 24 hours skit :p
waktu dalam flight tu,
Ya Allah, perasaan tu hanya aku dan Allah ja yang tahu.
tiba tiba sampai dkt area Beluran atau Kinabatangan mcm tu
cuaca sangat buruk.
kilat sabung menyabung dan awan hitam bearak.
*tak payah puitis sangat* :p

yalahhh, kapal terbang masa tu bergegar semacam ja.
lampu pun dimatikan. 
baby dekat sebelah aku pun menangis.
apa lagi kanak kanak yg ada depan aku.
tak kah kau rasa macam dalam filem Final Destination?
huwuwuu
tapi, Alhamdulillah Alhamdulillah Allah masih berikan aku
dan kami semua yang ada dalam flight tu hidup dan bernyawa,
berkesempatan lagi untuk aku peluk Ibu, family, cium anak-anak buah kesayangan
dan Allah beri peluang utk bertaubat dan beribadah kepadanya.
Alhamdulillah, terima kasih ya Allah.
dalam flight masa tu, aku baca ja tak henti henti
mohon Allah lindungi kami.
Allah makbulkan doaku, Alhamdulillah :)
walaupun rasa trauma dah ni. -,-

lepas tu pula, 
Allah bagi rezeki. hihi
balik balik ja makanan terhidang dengan banyaknya.
Alhamdulillah :)
muahahahahahaha *evil laugh*
kebetulan kan, family baru habis buat kenduri.
apa lagi. ngehngehnegh.
penantian lepas sebulan makan megi, bubur kosong ja. huhu :p


okeyla, nnt la crita panjang panjang lagi.
tu pun kalau ada orang mau baca lah,
adakah? maybe a stalker?
hihihi. sebab even aku tak post d Facebook pun masih ada juga org yg baca kan.
lepas ni, post dkat FB lah. 
bahahahahahahah. supaya supaya kan :p
harap harap tiadalah lagi yang sakit hati dengan post aku ni :)
walaupun aku tiada niat sebenarnya sakitkan hati siapa siapa.
aku pun pelik, kalau butthurt, tak payah stalk,
TAK PAYAH BACA. ngeheeee.
my own blog, suka hati apa aku mahu post kn? :3

okey stop.
nanti ada tak puas hati :p
act, bnyak lagi benda ingin di ceritakan.
about my interview lagi kan? tapi, nnt lah  :)
but i'm really glad that he still ask and care about that.
even dia mmg suka sms seciput ja kan. bahahahah

okeylah. tu ja. bai ! ;p


Monday, June 11, 2012

tawaran temuduga :)


bismillahirrahmanirrahim..

bangun pagi ja,
dapat SMS.


"Sila buat semakan untuk mendapatkan tarikh & tempat
temu duga bagi jawatan Pembantu Tadbir (P/O) Gred N17
di laman web / Portal SPA www.spa.gov.my/ .
Rujuk Senarai Penjadualan Temuduga dan klik link tersebut.
SPA MALAYSIA merujuk kepada Surat Panggilan
Temu Duga PTPO N17 (sesi temuduga 18 Jun - 6 Julai)
dimaklumkan bahawa urusan pengambilan ini adalah
bagi Kementerian Kesihatan Malaysia dan Jabatan
Perkhidmatan Awam Malaysia."


(masa aku taip balik SMS ni baru aku baca sampai habis pun)
HAHA.
tebeliak biji mata aku.
biar betul? senyum dah aku.
dari SPA lah. aku tak baca sampai abis pun.
tau sms ni dari SPA, aku terus buka website SPA, 
aku semak status pendaftaran.
aku tengok Alhamdulillah, aku dapat juga.
ada juga sangkut temuduga untuk satu jawatan ni.
hihihi hepi :)
jadi, aku kena bersedialah.
jangan jadi macam temuduga yang first sekali tu,
(first sekali temuduga untuk Pembantu Perubatan tapi GAGAL)
hihihi. :D takpalah mungkin bukan rezeki.
aku risau risau juga kalau tarikh temuduga tu timing dia tak ngam.
nasiblah juga dua hari lepas sampai SANDAKAN.
26 Jun 2012 dan di Sandakan tercinta ku juga.




see? hihihihi. 
actually mmg nda mau bgtau siapa siapa dulu pun dekat UMSKAL tu,
especially abg giga. sebab benda ni tak konfom lagi kan.
tapi tunggulah memang akan ter bagitahu juga dia ni nanti. :p
cuma adalah beberapa orang bertuah aku dah tanyakan pendapat,
apa yg patut aku buat kalau aku dapat kerja ni.
hmm yalah, even tak tahu lagi,
tapi aku mahu rancang sebaik baiknya.
tapi siapa siapa kawan kawan aku budak UMSKAL 
yang follow blog aku ni (adakah?) tau la tu.
diam diam sudah k, shhh shh :p
doa doakan lah aku dapat ya.
aku pun berharap harap sangat dah ni.
aku sudah tidak mahu susahkan Ibu, bebankan Ibu lagi.
kalau boleh biar lah ibu yang berehat, aku lagi bekerja.
amin amin amin ya Allah. :')


tapi kalau tak dapat tu, tak pa lah. 
mungkin bukan rezeki lagi kan.
tapi kalau dah dapat, bersyukur sangat sangat aku.


doakan semoga Allah permudahkan urusan aku nanti 
masa temuduga tu. amin ~

sekian, kbai !