Showing posts with label Disember. Show all posts
Showing posts with label Disember. Show all posts

Friday, December 28, 2012

Goodbye 2012.



Amboihh.
Awal betul mengucapkan selamat tinggal kepada 2012.
More 3 days we're going to 2013.
Biarlah awal, goodbye in advance. Ihiks.

Sepanjang 2012,
aku pun mau juga tumpang sekaki menceritakan bagaimana 2012 aku kan kan :3
Tiada apa yang menarik, cuma yang paling menarik
sebab tarikh hari lahir aku untuk tahun ni cantik ; 12.12.12
Cantikkan? Ehem. 

Tapi tiada apa lah yang menariknya masa hari tu.
Masa birthday pun masih di Labuan dan Ibu jauh berada di Sandakan. :')

2012,
Banyak sangat benda yang mengajar aku untuk jadi lebih kuat,
lebih memahami erti hidup. (Ayat skema :p)
Tapi, seriously..
Banyak masalah dan benda yang jadi buat aku belajar, berfikir dan kalau boleh nda mau
mengulangi kesilapan yang sama dengan aku.
Walaupun benda tu jadi dengan orang lain.
Nauzubillahminzalik.

All of my past are getting happier w/o me,
I've learned that, even though you feel like you are the most pathetic person in the world,
you've got many problems, but one day Allah will make you realize
that another person having a bigger problem than you.
Bila kau ada masalah kau rasa kau lah orang yang paling sedih di dunia,
paling malang, paling kesian kan, tiada kawan yg mau membantu, 
tiada orang yang mau dengar masalah kau.
Tapi, kita langsung nda sedar yang ada lagi orang lebih memerlukan simpati dari kita.
Masalah orang lain lebih besar berbanding masalah kita. Sangat besar.
Tapi dia boleh boleh lagi tersenyum, ketawa, walaupun dalam hati menangis.
Yang kita? Masalah sekecil zarah pun kita rasakan telampau berat sampai makan pun nda selera.
FTW.

Ingat ni?

"Allah tidak akan menguji kita dengan ujian yang kita tidak mampu tangani."

Bila ada masalah, ada jalan penyelesaian.
Allah tahu kita mampu. Tu sebabnya Allah mahu menguji.
Semua ni banyak mengajar aku, 2012.
Bila aku tahu kawan aku ada masalah yg lebih besar dari aku, aku menangis.
Bukan menangiskan masalah aku, masalah dia.
Tapi aku menyesal sebab redha untuk Qada' & Qadar Allah ku di mana waktu itu?
:') Sedih bila ingat balik.


Semakin meningkat umur, walaupun mungkin aku semakin manja dengan Ibu, Mama, Bapa, Abg, Kakak
dan anak anak buah. Eheks :3
Tapi banyak sangat benda yg dulu langsung aku nda tahu dari langsung tahu.
Dan tu semua dari kau saja mau menerima atau tidak.
Orang tegur silap kita, kita terima.
Orang puji tentang kita, kita terima.
Sebab sejauh mana Allah mahu lihat kita.


Walaupun mungkin, tahun 2012 ini, hari ini saat ini,
tidak sama lagi seperti tahun tahun sebelumnya pada hari ini, saat ini.
Walaupun kau rasa orang yang paling kau sayang, kawan paling kau sayang
sudah tidak seperti dahulu, seperti sebelumnya.
Allah tetap ada. Ada hikmah. 
Sebab Allah yang benarkan semua tu terjadi, 
Allah juga yang akan merubah segala,
mungkin bagi kita buruk, tapi mungkin hikmah Allah benda itu jadi baik.
Siapa tahu? 
Hikmah Allah itu kan pasti :)


Melepaskan manusia mungkin sakit,
Meninggalkan manusia mungkin pedih,
Tapi, Allah tetap sentiasa ada di sisi.

Apa apa pun, selamat tinggal 2012.
Semakin meningkat umur, semakin dekat kita kepada kematian.

"Letting go means you come to the realization that some people are just
a part of your history, but not a part of your destiny." - Gossip Girl

P/S : My entry this time iz too seriousss u olls ! Ihiks.
Imma 22 years now. ヽ(´ー`)人(´∇`)人 Ecewahhh :3

Wednesday, December 19, 2012

Why?



Aku pun kurang faham kenapa dengan kau ni?
Sangat. 
Bila aku try contact kau nda layan langsung.
Tapi bila aku nda peduli kau, cakap pula aku sombong.
Siap post di laman sosial aku.
Lepas tu, bila face to face aku tanya cakap tiada. 
Peliks. -,-'
Dan dan aku baru tengok post kau dekat Youtube,
"Happy Belated Befday. Kekekekke."

MOTIF?

Okey 1stly, thank you so much sebab wish.
Walaupun sudah terlewat 6 hari.
Nda kisah lah.
First first di akui memang rasa sedih juga lah.
Ya lah, orang yang kita pernah ambil berat kan.
Nda ingat nda pa,
tapi ni masa malam tu, tengok pun dengan aku nda.
Padahal c A* sudah jerit jerit panggil nama kau dekat cafe.

BIARKANLAH. 

Apa-apa pun jaga diri ja.
Kalau boleh, jangan cari masalah dengan siapa siapa pun.
Nda marah ni, cuma mau menyuarakan kepelikan dan ketidakfahaman pasal kamu.
Yg pernah saya panggil & anggap, Abang. :)

Good Luck Final Year ! 

P/S : Sorry kalau ayat ayat first dalam entry macam kurang senang.
Tapi ini apa yang disuarakan dari fikiran. Ecewah. :3


Sunday, December 16, 2012

Roomate, you made me scared !


15 Disember 2012 | Sabtu | 20:09


Lepas ja balik dari pantai, (tengok entry sebelum ni)
dengan wajah lapar aku dengan Syira pun pegi kafe.
Kesian. Ihik. :D
Tunggu food yang kami order,
Tiba-tiba, roomate tersayang Dayah kol,

"Manda, mana kau? Kau ada pinjam laptopku ka?
Kau tau ka laptop ku hilang, laptop kita hilang Manda."

*sila bayangkan dia bercakap dgn nada menangis teresak-esak*

"Betul ba Dayah? Tiada orang ka di rumah? Aku letak kunci dalam ***** tadi."

Aku pun jadi panik. Sangat panik.
Sebab pagi tu baru ja ada kecurian di kawasan blok kami.
Macam macam bermain difikiran masa tu.

"Tiada Manda, aku tadi kan di rumah c Lina satu hari ni. Tu la aku fikir kau pinjam laptop ku.
Macam mana ni Manda?" *sambil nada menangis lagi*

"Okey Dayah, aku naik sekarang."

Aku bagitau Syira, Syira pun terkejut. Ya lah kan, bertambah kuat lagi kerisauan sebab pagi tu ada kes
kecurian. Aku mula fikir banyak sangat benda dalam laptop aku kalau hilang tu.
Aku terfikir, mesti c Dayah menangis nangis sudah masa tu.

Dengan kelajuan yang ada, perut sarat baru habis makan Mee Goreng Ayam,
Ihiks ! aku dengan Syira pun laju naik kerumah.
Datang rumah, tengok Dayah tiada. Pintu kunci, tiada orang dalam bilik.
Tanya housemate, housemate cakap Dayah sudah pegi sebelah nangis nangis.
Dalam hati, 'Ya Allah kesiannya Dayah.'
Aku rasa bersalah sebab aku yang simpan kunci dalam ***** tu.

Aku suruh Syira tunggu dalam rumah, aku pegi rumah sebelah.
Mungkin dia pegi rumah Lina. Tapi kenapa gelap? Kenapa berkunci pintu depan?
Pegi rumah depan dorang lagi. Tanya kalau ada Dayah, dorang cakap tiada.
Aku betul betul panik ni. (Macam wayang pula. Hahaha)
Aku fikir Dayah mesti turun bawah buat report dengan Jakmas ni. :'(

Bila keluar rumah kawan, tiba tiba rumah dorang Lina yang berkunci tadi terbuka.
.
.
.
.
.
.
.
.
"HAPPY BIRTHDAY TO YOU, HAPPY BIRTHDAY TO YOU."
Aku punya main kuat teriak terus lari balik pegi rumah yang satu lagi.
Lagu Happy Birthday dorang pun ter'pause'.
Hahahahahahahhahahahahahahhahahhahahahha.


AMANDA, YOU'RE BEING PRANK ! T^T

Fine, fine. Hahahahhah
Aku punya main risau terlibat sekali Syira risau, rupanya dorang bagi kena aku.
Yalah, befday aku 12 hari tu. Dorang buat masa 15 semalam mana la aku expect apa-apa kan.
Hehee :3

Terima kasih semua,
Terima kasih yang bertungkus lumus masak, belikan kek,
buat suprised semua. Walaupun semua agak BZ minggu ni.
Aku memahaminya. :D Walaupun, agak sedih. Eheheks
Thank you Dayah, Kams, Sheila, Zyra, Lina, Nad & my Syira (yg turut kena prank) :p

Muka excited dapat kek !

Juadah yang dimasak dan Oreo Cheese Cake yang dibeli. Nyummehhh
*lap liur*
Terharu, marah, sedih, terkejut, takut semua ada.
Terima kasih la untuk semua pelakon termasuklah housemate yang bersatu hati dengan Dayah,
bagitau aku yang Dayah menangis ke rumah sebelah. Hahahaha
Sangat tidak menyangka ini semua akan berlaku. :p
Dan Alhamdulillah, sangat kenyang !

Kams, as the main character untuk baca doa.




"Semoga persahabatan kita kekal untuk selama-lamanya." (Kams, 2012)


IBU, MAK, BAPA, ABG, KAKAK SAYA TERTIPU !
(tapi saya dapat kek. Ehem :p)

Alhamdulillah, Allah hadirkan pelangi lagi. :)
Sayang anda semua Lillahi Taala. <3 :')
*wipe tears*





Saturday, December 15, 2012

Aiskrim. Pantai. Pelangi Senja.



"Apa-apa yang membuatmu gembira, jangan lepaskan. Apa-apa yang membuatmu bersedih, tinggalkan."
- Anonymous


15 Disember 2012 : Sabtu : 1710

Memandangkan Farah meninggalkan kami terdampar di pulau,
dan dia sedang berseronok di tanah kelahirannya,
maka kami berdua pun mencuba untuk menggembirakan diri,
menghiburkan diri dan menghilangkan kesedihan untuk ke pantai.
Camwhore horror. Hahaks :3



Masa gambar Syira ni aku cakap,
"Harap2 aiskrim tu jatuh atas kepala kau Syira."
Hahahahah :D


Dan beruntungnya,
masa sampai pantai tu, kebetulan ada pelangi.
Subhanallah cantik woooo :')
And we're jakun like, "Cantiknyaaaaa huwoooo." Hehehe
Allah hadiahkan pelangi untuk kami hari tu. Alhamdulillah.
Eheks :)


Selepas pelangi mesti ada hujan kan,
dan kami pun bergegas pulang. Ecewahhh.
Bergegas apanya. Bergambar pun sempat. Pfftt
Hahahaha :3

Walaupun hujan sudah menitis ke bumi. Dan ke tudung. Ahaks :p

Terima kasih Allah,
untuk hari hari sebelumnya, hari hari sekarang & hari hari yang mendatang.
:')