Showing posts with label moment. Show all posts
Showing posts with label moment. Show all posts

Sunday, August 4, 2013

Kesayangan ❤


Salam Ramadhan ke 27 J

Bagaimana puasa kita? Adakah sekadar menahan lapar dan dahaga?
Jom muhasabah.

Hampir 3 bulan sudah berada di rumah. Dan hampir 3 bulan juga sudah berpraktikal. Salah? Memangggg. Aku memang malas kira. Hahaha. Let the time flow by itself. 

Hari kemarin, 04 Ogos 2013 adalah hari yang ditunggu tunggu (lah sangat) sebab sekian lama merancang Alhamdulillah akhirnya menjadi jua. Sempena kepulangan kesayangan, jadi kami pun plan la buka puasa sesama reramai. Sesuka hati guna kata ganda memang ketara sangat malas menaip. -___-

Inilah kesayangan yang disambut tiba kemarin dan kononnya suprise utk familylahhh sangat :p

Pertama tu, ingatkan plan nda menjadi kan kononnya. Sebab kol sana sini ada yang nda angkat la, nda reply text la, nda dapat ikut la apa la. Bikin panas la kesimpulannya, jadi lepas membuat pengiraan kami pun menjangkakan semacam 5 orang ja yang dapat datang untuk buka puasa sesama. Tapi dengan hati yang kecewa, kami terpaksa juga menggagahkan diri, ecehhh untuk berbuka puasa sesama walaupun la 5 orang. Tapi bila kumpul kumpul semua jumpa di tempat yang dijanjikan, jadi ramai la pula. Sebab yang nda sambut kol tu kononnya buat suprise untuk kami. Hmmpp siapalah tu kan pffftt =p

"Perangai memang nda pernah berubah." (Naziha, 2013)











Nda sangka 23 tahun sudah mereka semuanya sobss sobsssss except me yang baru 21. Hmmm





Pegi kedai makan yang pertama, nda ble sambung meja lah apalah. Apa barang restorann nda ble sambung meja. Kihkih. And lastly, jumpa juga tempat makan. Dan tiba masa untuk Iftar. Yeaaa weeeee :D


Tudung biru paling kuat makan. TQ

Masa Iftar tu, terjumpa dua orang kawan lama. Kina & Buyay. Nda sangka masih ingat lagi. Terharuuuu. *cross finger* =p Hehekss. Dorang dua berbuka puasa dengan family & kawan kawan. Tapi nda apala yang penting dapat jumpa selepas sekian lamanya tidak berjumpa rindu rasa hati. 

Sebelum makan, macam biasalah tiada aktiviti lain selain pot pet pot pet huha huha haaa tapi masa makan tau juga senyap. Pelik. Dan sambung lagi aktiviti huha huha selepas makan. Memang perangai nda berubah dari sekolah menengah sebab kami masih anggap restoran tu sebagai dewan makan asrama. Alangkah biadapnya. *gegeleng kepala* Nasib baiklah tiada yang memulakan aktiviti menghumban kulit tembikai selepas makan ke meja seblah. hihiksss

Dan malam pun berlalu....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

KLISE SANGAT.



And we've decided stay rumah Vannie memandangkan rumahnya yang gedabak besar itu tidak berpenghuni. =p Walaupun kesana untuk selesaikan apa yang patut, tapi tujuan asal kedua semacam tiada penghujungnya iaitu, berbincang untuk plan Hari Raya nanti. Ada yang pegi sana, ada yang pegi sini. Ahhh malaslah cerita.


Dan sebenarnya aku malas menaip.


Selesai perbincangan dan semuanya, macam biasalah kan. 
Family potrait time.


Dan untuk yang tiada dalam family potrait ni, yang nda dapat hadir tu, you'll always in our heart.
Ececececehhhhh 


Terima kasih untuk persahabatan selama 10 tahun ini atau mengkin lebih lagi, they're the best friend evahhhh. Had always been there in difficult times, precious and enjoyable time. Friends that is more than a friend as I can say like sisters to me. Aku sentiasa anggap diri aku bongsu antara dorang semua. Ihiks :3 

Although we're barely spending time together, but we will always understand each other. Kan kansss? =B
Alhamdulillah all praises to Allah because with Allah will we've meet like this. Thank you Allah. *wipe tears*
InsyaAllah ada masa, ada jodoh, ada umur panjang dengan izinNya kita akan jumpa lagi dan berkumpul lagi mungkin lebih ramai lagi. Walaupun ada la juga yang memang berkesempatan jumpa tiap tiap minggu kan sebab rumah dekat aaaangat, tapi ndapa, ayat mesti gempaks. Teheee. Dan sepatutnya banyak benda lagi yang perlu diceritakan dan diluahkan tapi we'll just keep it in our precious heart and let it be the priceless memories evahh. Padahal malas menaip. Dan dikesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya, maaf zahir dan batin. Ampun maaf dipinta untuk semua silap dan salah. So long. Jaga diri semuanyaaaa. 

Dan oh ya, 
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Nanti kita tutorial tudung lagi. Kihkih :3
xx




Friday, May 24, 2013

Cuh-rush candy crush


Hey hey there warga sekalian alam! *lambai2 tangan*

Syok sendiri. Macam ada orang baca kan. :B

Bismillahirrahmanirrahim..
Lama nda update entry kan. Heeeee. Bz memanjang kunun. Start dari FYP sampai la dekat habis semester, assignment pun nda pandai habis habis. Nda pa, lepas ni tiada sudah tu assignment kan. Jadi kenangan sudah, dirindu lagi tu lepas ni. InsyaAllah, amin :)

Dijadikan cerita,
Early this week dengan berani & tidak malunya aku gagahkan diri untuk memberi sesuatu kepada seseorang sang pria yang tidak pernah aku tegur, tidak pernah aku kenali, hanya tahu nama dan muka ja. Dan hanya tahu dia sekolah apa, kos apa, umur pun aku nda pasti. Heee.

Kalau diikutkan, tiadalah lama sangat aku perhatikan dia ni, (statement nda malu)
Biasalah, mesti ada orang yang kita minat kan. Dia ni sebenarnya, kawan aku yang suka tengok dia first tu, masa kawan aku tunjuk dia hari tu, dia cakap la si dia ni kemas la apa la kan, tapi aku ni siap ble cakap lagi, "Mata kau ni mata ka guli?" Hahahahaha. Padan muka. Sekarang kena dengan aku.

Nda tau la sejak bila aku suka pula tengok dia ni. Mungkin sebab ada satu event tu kan semester ni, tengok dia jadi Ketua Exco, rasa macam kemas ja dia ni. Macam komited ja kerja. Macamlahhhhh. Hihihi walaupun aku bukan orang yang jenis macam tu, tapi aku suka pula tengok orang kemas, komited ni. Ehem. Hihihi

Dan dan dijadikan cerita start hari tu macam selalu pula aku nampak dia ni, sebelum ni jarang pula nampak. Tapi bila start suka tengok dia terus hari hari ternampak di mana sahaja berada. Arghhh malu. Ecehhh. Pada suatu hari, aku pun terfikir untuk bagi dia sesuatu. Ingat mau bagi masa dekat Final Exam, alaahhh coklat ja pun. Saja bagi semangat sikit, tu pun kalau semangat lah lepas dapat. Hahahaha. Lepas tu selit nota, "Good Luck Final Exam akan datang." Sungguh tidak malu kan. *tampar pipi sendiri*

Ada seseorang junior tapi sebaya aku ni yang jadi orang tengah, aku siap cakap ndapayah bagitau siapa yang bagi. Atas paksaan dan dorongan bestfriend aku ni, dan disebabkan dorang terlalu berhari hari kalau kami terjumpa dia, terus nyanyikan aku lagu Judika. Benci tauuu. Cehhh padahallll :3

First tu, orang tengah aku ni pun masa aku bagitau punya main dia ketawakan aku. Hihihi yalahkan siapa sangka, aku pun rasa nda sangka dengan diri sendiri sebab aku nda pernah terfikir pun si dia ni wujud di UMSKAL ni. Kihkihkih Sorry Encik :p Lepas orang tengah ni bagi coklat tu, si dia ni pun berhabis habisanlah mau tau. Katanya. Tapi disebabkan aku cakap jangan bagitau first tu, nda la kawan aku ni bagitau. Hahahaha.

I'm afraid things became worst. Tu sebenarnya. Yalahkan, ntah la kalau dia kenal aku. Tapi for sure kalau bagitau nama konfom konfom kalau dia taip nama penuh aku di FB konfom la jumpa kan. Kami nda pernah bertegur pun walau sekali, apa lagi dua tiga kali. Senyum pun nda pernah. Setiap kali bertembung, aku rasa aku yang lari offside ke tempat lain. Hahahaa. Sebenarnya aku okey ja kalau orang tegur aku, alahhh as a friend kan. Even ada sorang budak junior tu aku suka tgk dia okey ja kami, sebab dia yang selalu tegur aku dulu. Jadi nda la rasa awkward kan. Cuma si dia ni yang nda pernah bertegur dengan aku, yalah mungkin lain sekolah kan. Tu juga mungkin nda biasa. Jangan heran, ada la lebih dari 2,3 orang aku suka tengok di kampus ni. Tapi tiadalah pula niat mau couple ka. Just rasa suka mata memandang. Hihihi. :D

Sebenarnya aku sudah fikir masak masak juga masa mau bagi coklat ni, tapi aku harungilah juga sebab bagi aku last semester sudah disini kan. Kalau things become worst pun, dia rasa annoying ka lepas tau aku yang bagi, aku nda lama lagi lari dari sini. Hihihih. Ingat mau rahsiakan la sampai habis semester, tapi aku kesian pula dengan orang tengah aku ni sebabnya si dia ni, lepas dapat coklat tu balik balik ja text orang tengah aku ni tanya siapa yang bagi. Nda maulah juga orang tengah aku ni dibebani kan. Hohohoh :0

So, aku pun bagi keizinan la dengan orang tengah ni suruh bagi klu. Hahahaha. Dan si orang tengah ni pun nda sampai hati mau bagitau nama aku sebabnya takut si dia ni nanti tambah malu. "Even masa bagi coklat tu pun Manda muka dia dah merah." Hahahahhaha. Kesian. Kesian sebab jadi mangsa aku. -,-' Jadi si orang tengah ni pun bagila klu, tahun 3, SPKAL, kalau jumpa nyanyi lagu Judika. Hahahahahah klu ketiga nda ble blah! Dan satu lagi klu, orang tengah cakap dengan si dia, "Kenal dia, tapi tak pernah bertegur." Lagi curious dia mau tau. Hihihi. Lepas tu, orang tengah bagitau aku yang si dia tu cakap, nanti dia cari sampai dapat. And I was like, "Catch me if you can annnn." :p

Salah satu sebab kenapa si dia susah mau detect facial expression ku. Ahaks

Hahahahahahah actually kalau dia ndatau pun aku rasa bagus lagi, tapi sekarang ni aku nda kisah sudah kalau orang tengah mau bagitau aku yang bagi, sebabnya aku nda mau la si orang tengah aku ni dibebankan soalan macam macam dari si dia. Hehehe. :D So, Idk what really happened next, but I really really don't care pun kalau benda ni macam ni ja. Dan kalau dia tau pun apa la ble di buat kan. Aku yang mau buat macam ni, jadi sure aku kena berani ranggung risiko. 

Jangan risau encik, kalau anda annoying dengan saya pun, saya akan keluar dari sini berapa minggu sahaja lagi. Lepas ni, nda jumpa sudah. Hikhik ! Makan coklat tu k. Jangan ragu ragu. Tiada racun pun. Ihiks :3 Dan sekarang ni memang nampak mukanya kadang macam perasan sesuatu. Tapi aku kan pelakon yang tidak bertauliah. Pandaila cover. Hahahaha. Okey jaga diri encik, dan terima kasih sangat sangat orang tengah saya. :D

Kenapa aku mau update entry ni? Sebab aku tau satu hari nanti bila aku baca balik aku akan terketawa terbahak bahak. Stay tuned la untuk cerita seterusnya kalau ada kan kan :3 Kbai semuaaaa! Bai Judika! :p



Thursday, April 18, 2013

Unspoken feelings.


Labuan! Look who's hereeeeeeee :')
There's no other words that I can express and said right now. Sekian lama aku bersabar sebab jauh dari dia, memang bagi aku terlalu lama. Paling lama dekat dengan dia pun masa sekolah menengah. Lepas sekolah menengah, kami bawa haluan masing-masing. He have he's own commitment and so do me. Walaupun masa dia study d KUIS dulu pun, dia balik cuti mana da jumpa aku. Ada pun banyak kali plan nda jadi. And then, dia di Sandakan ajar di sekolah agama Baby, anak buah aku. Tapi selama dia mengajar sana, baru sekali lah aku jumpa dia. Memang agak lama. Bagi aku memang lama bersabar, tapi akhirnya Alhamdulillah bagi hikmah sebegini. I don't want to lose him. Dia lah satu-satunya adik aku lepas arwah Kama'. Adik lelaki yang sangat sangat aku sayang. Even orang lain cakap apa pun, bagi aku dia ja lah adik lelaki yang aku ada sekarang. Walau hakikatnya ramai sangatkan adik yang nda berapa sah. Walaupun dia bukan adik kandung, but I treat him like one. Tapi dalam berapa tahun tu, aku sedar dia ada komitmem sendiri. Dia ada hidup sendiri, bukan juga menjauhkan diri cuma ndamau mengganggu kehidupan yang dia ada. In the first place, aku betul2 minta maaf kalau ada sesiapa yang sangat2 terganggu atau terkilan, terasa hati ka dengan kegembiraanku sebab keberadaan dia disini. Gembira aku, Allah sajalah yang tahu. I don't know how can I say it anymore. Kalau boleh, selama berbaki dua bulan aku berada di Labuan, I want to treat him good. Kalau ada baik untuk dia ditangga teratas, tangga tu jugalah yang ingin aku daki. Ibu, my bestfriends knows how happy I am. Yes! Extremely happy. Tapi dia pun ada komitmen untuk benda lain, utk orang lain. :) So, as your sister I don't want to make your life more miserable. I want you to be comfortable here. I'm sorry for everything. I'm not over attached. I'm just worried. :') Berdoa, semoga Allah sentiasa memudahkan urusan dunia & akhirat. Amin ya Rab. ♥

Saturday, December 29, 2012

Selamat Ulang Tahun Kelahiran ; 29 Disember 2012



Selamat Hari Ulang Tahun kelahiran sahabat,
Kamsianah Tajuddin :3
We all love yah. <3

Birthday Girl di tengah :)


Dengan ucapan dan doa,
Semoga Allah berkati kehidupan dunia & akhirat.
Semoga kita bertekad cemerlang dengan jayanya. Eheks
Semoga menjadi anak yang solehah untuk kedua Ibu Bapa dan bakal suami.
Semoga jadi sahabat yang baik untuk semua sahabat.
Semoga jadi Ibu yang baik, isteri yang baik kelak. Uiseh awal Haha.
Semoga, semoga semoga. 
Dan semoga selalu buatkan bubur berobok & bergedel untuk aku.
Hew hew :3


Saya sayang anda Lillahi Taala, dunia & akhirat. 
Muahh :* <3


Have a blast on your Birthday !
Walaupun kemarin. Ihiks :3
♪┏(・o・)┛♪┗ ( ・o・) ┓♪


Sunday, December 16, 2012

Roomate, you made me scared !


15 Disember 2012 | Sabtu | 20:09


Lepas ja balik dari pantai, (tengok entry sebelum ni)
dengan wajah lapar aku dengan Syira pun pegi kafe.
Kesian. Ihik. :D
Tunggu food yang kami order,
Tiba-tiba, roomate tersayang Dayah kol,

"Manda, mana kau? Kau ada pinjam laptopku ka?
Kau tau ka laptop ku hilang, laptop kita hilang Manda."

*sila bayangkan dia bercakap dgn nada menangis teresak-esak*

"Betul ba Dayah? Tiada orang ka di rumah? Aku letak kunci dalam ***** tadi."

Aku pun jadi panik. Sangat panik.
Sebab pagi tu baru ja ada kecurian di kawasan blok kami.
Macam macam bermain difikiran masa tu.

"Tiada Manda, aku tadi kan di rumah c Lina satu hari ni. Tu la aku fikir kau pinjam laptop ku.
Macam mana ni Manda?" *sambil nada menangis lagi*

"Okey Dayah, aku naik sekarang."

Aku bagitau Syira, Syira pun terkejut. Ya lah kan, bertambah kuat lagi kerisauan sebab pagi tu ada kes
kecurian. Aku mula fikir banyak sangat benda dalam laptop aku kalau hilang tu.
Aku terfikir, mesti c Dayah menangis nangis sudah masa tu.

Dengan kelajuan yang ada, perut sarat baru habis makan Mee Goreng Ayam,
Ihiks ! aku dengan Syira pun laju naik kerumah.
Datang rumah, tengok Dayah tiada. Pintu kunci, tiada orang dalam bilik.
Tanya housemate, housemate cakap Dayah sudah pegi sebelah nangis nangis.
Dalam hati, 'Ya Allah kesiannya Dayah.'
Aku rasa bersalah sebab aku yang simpan kunci dalam ***** tu.

Aku suruh Syira tunggu dalam rumah, aku pegi rumah sebelah.
Mungkin dia pegi rumah Lina. Tapi kenapa gelap? Kenapa berkunci pintu depan?
Pegi rumah depan dorang lagi. Tanya kalau ada Dayah, dorang cakap tiada.
Aku betul betul panik ni. (Macam wayang pula. Hahaha)
Aku fikir Dayah mesti turun bawah buat report dengan Jakmas ni. :'(

Bila keluar rumah kawan, tiba tiba rumah dorang Lina yang berkunci tadi terbuka.
.
.
.
.
.
.
.
.
"HAPPY BIRTHDAY TO YOU, HAPPY BIRTHDAY TO YOU."
Aku punya main kuat teriak terus lari balik pegi rumah yang satu lagi.
Lagu Happy Birthday dorang pun ter'pause'.
Hahahahahahahhahahahahahahhahahhahahahha.


AMANDA, YOU'RE BEING PRANK ! T^T

Fine, fine. Hahahahhah
Aku punya main risau terlibat sekali Syira risau, rupanya dorang bagi kena aku.
Yalah, befday aku 12 hari tu. Dorang buat masa 15 semalam mana la aku expect apa-apa kan.
Hehee :3

Terima kasih semua,
Terima kasih yang bertungkus lumus masak, belikan kek,
buat suprised semua. Walaupun semua agak BZ minggu ni.
Aku memahaminya. :D Walaupun, agak sedih. Eheheks
Thank you Dayah, Kams, Sheila, Zyra, Lina, Nad & my Syira (yg turut kena prank) :p

Muka excited dapat kek !

Juadah yang dimasak dan Oreo Cheese Cake yang dibeli. Nyummehhh
*lap liur*
Terharu, marah, sedih, terkejut, takut semua ada.
Terima kasih la untuk semua pelakon termasuklah housemate yang bersatu hati dengan Dayah,
bagitau aku yang Dayah menangis ke rumah sebelah. Hahahaha
Sangat tidak menyangka ini semua akan berlaku. :p
Dan Alhamdulillah, sangat kenyang !

Kams, as the main character untuk baca doa.




"Semoga persahabatan kita kekal untuk selama-lamanya." (Kams, 2012)


IBU, MAK, BAPA, ABG, KAKAK SAYA TERTIPU !
(tapi saya dapat kek. Ehem :p)

Alhamdulillah, Allah hadirkan pelangi lagi. :)
Sayang anda semua Lillahi Taala. <3 :')
*wipe tears*





Saturday, December 15, 2012

Aiskrim. Pantai. Pelangi Senja.



"Apa-apa yang membuatmu gembira, jangan lepaskan. Apa-apa yang membuatmu bersedih, tinggalkan."
- Anonymous


15 Disember 2012 : Sabtu : 1710

Memandangkan Farah meninggalkan kami terdampar di pulau,
dan dia sedang berseronok di tanah kelahirannya,
maka kami berdua pun mencuba untuk menggembirakan diri,
menghiburkan diri dan menghilangkan kesedihan untuk ke pantai.
Camwhore horror. Hahaks :3



Masa gambar Syira ni aku cakap,
"Harap2 aiskrim tu jatuh atas kepala kau Syira."
Hahahahah :D


Dan beruntungnya,
masa sampai pantai tu, kebetulan ada pelangi.
Subhanallah cantik woooo :')
And we're jakun like, "Cantiknyaaaaa huwoooo." Hehehe
Allah hadiahkan pelangi untuk kami hari tu. Alhamdulillah.
Eheks :)


Selepas pelangi mesti ada hujan kan,
dan kami pun bergegas pulang. Ecewahhh.
Bergegas apanya. Bergambar pun sempat. Pfftt
Hahahaha :3

Walaupun hujan sudah menitis ke bumi. Dan ke tudung. Ahaks :p

Terima kasih Allah,
untuk hari hari sebelumnya, hari hari sekarang & hari hari yang mendatang.
:')






Friday, December 14, 2012

12.12.12


"Showed me right from wrong, taught me to be strong, need u more than ever." 
- Sami Yusuf

It's my born-day yaww !
:)
Tapi tanpa Ibu, Family & Best friends. *Wipe tears*
Dan tanpa apa apa celebration.
Sebab semua Bz kan. Aku pun petang tu ada presentation.
Dan yang pastinya, walaupun tarikah tersangatlah cantik,
tapi semua nda macam dulu sudah. 
Sangat. Ibu dan dia bukan antara orang yang terawal.
Sedih juga lah. Tapi apa boleh buat kan.
Perasaan manusia tu, bertukar ganti. Sentiasa berubah.
I'm not talking about Ibu, I'm talking about him :')
Ibu, tertidur. Kesian kan, penat. :')
My sisters, Jia, Kakak dey, Pqa, Sara, Bern. Semua antara org yg terawal juga.
Wana, Koo2 aku tunggu tiada. Sedih jugalah.
Mungkin dorang bz kan. It's Ok. :'D

Okey, hari saya dimulakan dengan presentation yg saya rasa sangat mencabar.
Ihiks. Present saya tidak gentar. Amboi sombong. Haha
Tapi yg paling menggetarkan jiwa, kalau soalan killer yg kawan2 coursemate tnya.
Hehe. Aku bknnya pro jawab soalan.
Tapi, bernasib baik juga kami ni grouping presentation.

Para presenter mengambil tempat. Ecehh
Sesi Wan, our group leader memperkenalkan kami.
Nampak belakang tu? Tu lah tajuk presentation kami bersamaan tajuk assignment kami juga. :)
p/s : Abaikan muka kencang saya. 
Sesi ketua menyampaikan part dia. Syira kenapa buat muka mcm tu? Ihiks :3
p/s : Tudung putih di kanan tu la Dr. Chong, our Islamic Asset Management lecturer :)

Ni group yg evaluate kami masa tu, selain lecturer evaluate, kawan2 pun evaluate jg
mcm mana cara kami present, slide organize ka tidak blablabla. 
And lastly, sesi Q & A.

Alhamdulillah, our presentation goes well.
Soalan pun dapat dijawab dengan baik. Alhamdulillah Allah :)
Bangga juga lah sebab bila Dr. bagi balik Assignment,
markah pun memuaskan. Sangat memuaskan. 
FYI, Dr. Chong ni bukan jenis yang senang bagi markah tahu.
Dapat B- tu kira bertuah la sebab ada budak junior cakap dia bagi assignment utk
kelas lain paling tinggi pun C-, C+. 
Sangat susah kan capai tahap B.
Alhamdulillah ^___^
Lepas tu, Dr. Chong cakap, siapa yg datang kelas dia hari tu, dia bagi bonus mark.
Lagi la tambah tambah happy. :D


And yeah, we're done for our first presentation for that day ! :)
Saya anggap markah assignment yang memuaskan & bonus mark tu,
hadiah hari lahir dari Dr. Chong. Ihiks ! :3


Lepas tu, hari lahir saya, tarikh yang sangat cantik itu,
berakhir macam tu sahaja. :)
Walaupun, aku rasa sangat sangat bersyukur sebab Allah masih berikan peluang
untuk bernafas di bumi ni.
Sempat lagi mencapai umur 22 tahun, yang semakin dekat dengan ajal.
 It's not about party, present, birthday,
it's all about growing up, and be for who you are.
Walaupun sebenarnya sangat sedih sebab nda dapat celebrate sama sama dengan Ibu.
Tapi Ibu cakap, akan ditunda bila aku pulang ke Sandakan nanti. :')

I can't wait !
Goodbye my lovely 12.12.12.
I will remember this.
Terima kasih untuk semua yg wish, yang nyanyikan lagu, yg ingat, kol aku, even yg nda ingat pun,
Terima kasih. :)
Terima kasih Ya Allah, FOR EVERYDAY, FOR EVERYTHING <3


Friday, December 7, 2012

Random #4



"There will always be people for and against you, and it's pointless
wasting time trying to win some people who are against you. 
Spend time with people who are for you.
Those relationships are worth it."

(Gossip Girl, 2012)

Sunday, November 4, 2012

Missing. Back to basic.



sila klik gambar ini untuk resolusi yg lebih baik. cewah !


Back to basic : Merindui family & Sandakan tercinta.

Dan juga akan merindui budak nakal & garang di atas.
Haha ;D

Macam macam gaya nya kan.
Dan yg lebih membuat saya bertambah rindu dan terharu adalah ini :')



Hasil tulisan anak buah aku Nursyuhada Mohd Zambrizal a.k.a Baby
 yang baru berumur 11 Tahun.
Dan capture gambar ni guna kamera aku. Waktu aku bg tinggal
kamera di rumah. 
Soooo Suwettt like a candy ! Acececeh ;'D

Paling mahal,
"Greatest Aunty Ever!!!"


Kbai ! :3



Sunday, September 23, 2012

September :)


Assalamualaikum wbt. :)

Sudah hampir penghujung September. <3

Alhamdulillah,
barang semua sudah di bawa masuk dalam Kolej Kediaman Beta. :)
Walaupun susah payahnya,
nasib my Sheila sayang tolong saya.
Thanks sangat sangat sayang. :')
*hugs*


Dan,
Selamat Hari Lahir untuk dua SAHABAT,
Vannie Pallao & Muhammad J Sufri Jefri
on 22th of September kemarin :)
Semoga Allah berkati kehidupan dunia & akhirat.
amin ~
Sayang anda berdua. :D


Today. 23th of September 2012.
Selamat Hari Lahir juga untuk seseorang sahabat.
Mohd. Firdaus Mohd. Yaakub. :')
dan juga,
Fatimah Az-Zahra Hashim.
Allah berkati setiap apa yang anda lakukan.
amin ~

26th of September nanti, Kakak Dey. :D
27th of September pula, IBU yg tersayang, tercinta <3 :D
29th of September, abang Razali Lokman yg tersayang
(ambil hati)
kekekekkeek.


Nda sabar rasanya !
Walaupun masa ni, semua orang yang sambut hari lahir ni bukan
dekat dengan aku.
Tapi, aku excited sebab bulan September ja sudah ramai
hari lahir orang yang terpenting & tersayang :)


Mana yang terlepas pandang tu,
minta maaflah.
Tapi harap harap tiadalah kan :)


Walau apa pun,
untuk hari ini,
Selamat Hari Lahir yang ke 22 tahun.
InsyaAllah, doa ku akan sentiasa mengiringi anda.
Akan sentiasa mendoakan anda. :)
Allah berkati kehidupan dunia & akhirat,
Allah memberkati setiap apa yang anda lakukan,
di mana mana sahaja.
Alhamdulillah, kerana Allah mempertemukan kita sebagai sahabat.
:')
Jaga diri, jaga hati ya.
Jangan lupa, selalu contact beliau okey !
Minta maaf kerana tidak menghubungi.
Harap harap anda membaca post ini. :D
Terima kasih & minta maaf untuk segala galanya.



~~ SELINGAN ~~
 Ibu sms semalam, "Siapa befday esok? Abg Ali 29 kan."
Aku jawab, "Oh c *** la tu mungkin. Hari ni c J ngan Vannie, 26 ni c Dey."
Ibu, "ohh, ramai juga. Jangan lupa 27."
Aku, "Ya, nda kan di lupa." :)

HP lama aku Ibu yang guna, jadi lupa padam segala REMINDER befday.
Sebab tu ibu tanya aku. Kantoi la kan. :p


Kbai !

Monday, June 11, 2012

tawaran temuduga :)


bismillahirrahmanirrahim..

bangun pagi ja,
dapat SMS.


"Sila buat semakan untuk mendapatkan tarikh & tempat
temu duga bagi jawatan Pembantu Tadbir (P/O) Gred N17
di laman web / Portal SPA www.spa.gov.my/ .
Rujuk Senarai Penjadualan Temuduga dan klik link tersebut.
SPA MALAYSIA merujuk kepada Surat Panggilan
Temu Duga PTPO N17 (sesi temuduga 18 Jun - 6 Julai)
dimaklumkan bahawa urusan pengambilan ini adalah
bagi Kementerian Kesihatan Malaysia dan Jabatan
Perkhidmatan Awam Malaysia."


(masa aku taip balik SMS ni baru aku baca sampai habis pun)
HAHA.
tebeliak biji mata aku.
biar betul? senyum dah aku.
dari SPA lah. aku tak baca sampai abis pun.
tau sms ni dari SPA, aku terus buka website SPA, 
aku semak status pendaftaran.
aku tengok Alhamdulillah, aku dapat juga.
ada juga sangkut temuduga untuk satu jawatan ni.
hihihi hepi :)
jadi, aku kena bersedialah.
jangan jadi macam temuduga yang first sekali tu,
(first sekali temuduga untuk Pembantu Perubatan tapi GAGAL)
hihihi. :D takpalah mungkin bukan rezeki.
aku risau risau juga kalau tarikh temuduga tu timing dia tak ngam.
nasiblah juga dua hari lepas sampai SANDAKAN.
26 Jun 2012 dan di Sandakan tercinta ku juga.




see? hihihihi. 
actually mmg nda mau bgtau siapa siapa dulu pun dekat UMSKAL tu,
especially abg giga. sebab benda ni tak konfom lagi kan.
tapi tunggulah memang akan ter bagitahu juga dia ni nanti. :p
cuma adalah beberapa orang bertuah aku dah tanyakan pendapat,
apa yg patut aku buat kalau aku dapat kerja ni.
hmm yalah, even tak tahu lagi,
tapi aku mahu rancang sebaik baiknya.
tapi siapa siapa kawan kawan aku budak UMSKAL 
yang follow blog aku ni (adakah?) tau la tu.
diam diam sudah k, shhh shh :p
doa doakan lah aku dapat ya.
aku pun berharap harap sangat dah ni.
aku sudah tidak mahu susahkan Ibu, bebankan Ibu lagi.
kalau boleh biar lah ibu yang berehat, aku lagi bekerja.
amin amin amin ya Allah. :')


tapi kalau tak dapat tu, tak pa lah. 
mungkin bukan rezeki lagi kan.
tapi kalau dah dapat, bersyukur sangat sangat aku.


doakan semoga Allah permudahkan urusan aku nanti 
masa temuduga tu. amin ~

sekian, kbai !


Thursday, May 24, 2012

moment #2



happy for someone else sadness?
NO !
i really really don't like that.
because what goes around comes around,
 manda.


truly from,
yourself. :'(


and i don't know why, i just miss someone suddenly nowadays.
fighting, arguing, laughing, story telling until midnight,
and playing guitar to our favorite songs.
and still, not yet Halal for us.
mungkin sebab tu Allah berikan sebab begitu.
reason we've often contact each other.
for whatever he do, i just hoping the best for him
and get bless from Him. :')



TIBA TIBA TERJIWANG --"
HAHA ;)





Monday, May 21, 2012

moment #1



"that moment when you think 
a boy or your crush likes you, 
you think his status and post is about you,
but suddenly it is about another girl, who is
more prettier than you."


MONOLOG DALAMAN

"i just don't deserved it. chill baybeh !" *sedapkn hati sndri.*
"lalalalala ~"

"panggg ! pipi sendiri." :'D


kbai ! *tahan malu*