Showing posts with label random. Show all posts
Showing posts with label random. Show all posts

Friday, May 24, 2013

Cuh-rush candy crush


Hey hey there warga sekalian alam! *lambai2 tangan*

Syok sendiri. Macam ada orang baca kan. :B

Bismillahirrahmanirrahim..
Lama nda update entry kan. Heeeee. Bz memanjang kunun. Start dari FYP sampai la dekat habis semester, assignment pun nda pandai habis habis. Nda pa, lepas ni tiada sudah tu assignment kan. Jadi kenangan sudah, dirindu lagi tu lepas ni. InsyaAllah, amin :)

Dijadikan cerita,
Early this week dengan berani & tidak malunya aku gagahkan diri untuk memberi sesuatu kepada seseorang sang pria yang tidak pernah aku tegur, tidak pernah aku kenali, hanya tahu nama dan muka ja. Dan hanya tahu dia sekolah apa, kos apa, umur pun aku nda pasti. Heee.

Kalau diikutkan, tiadalah lama sangat aku perhatikan dia ni, (statement nda malu)
Biasalah, mesti ada orang yang kita minat kan. Dia ni sebenarnya, kawan aku yang suka tengok dia first tu, masa kawan aku tunjuk dia hari tu, dia cakap la si dia ni kemas la apa la kan, tapi aku ni siap ble cakap lagi, "Mata kau ni mata ka guli?" Hahahahaha. Padan muka. Sekarang kena dengan aku.

Nda tau la sejak bila aku suka pula tengok dia ni. Mungkin sebab ada satu event tu kan semester ni, tengok dia jadi Ketua Exco, rasa macam kemas ja dia ni. Macam komited ja kerja. Macamlahhhhh. Hihihi walaupun aku bukan orang yang jenis macam tu, tapi aku suka pula tengok orang kemas, komited ni. Ehem. Hihihi

Dan dan dijadikan cerita start hari tu macam selalu pula aku nampak dia ni, sebelum ni jarang pula nampak. Tapi bila start suka tengok dia terus hari hari ternampak di mana sahaja berada. Arghhh malu. Ecehhh. Pada suatu hari, aku pun terfikir untuk bagi dia sesuatu. Ingat mau bagi masa dekat Final Exam, alaahhh coklat ja pun. Saja bagi semangat sikit, tu pun kalau semangat lah lepas dapat. Hahahaha. Lepas tu selit nota, "Good Luck Final Exam akan datang." Sungguh tidak malu kan. *tampar pipi sendiri*

Ada seseorang junior tapi sebaya aku ni yang jadi orang tengah, aku siap cakap ndapayah bagitau siapa yang bagi. Atas paksaan dan dorongan bestfriend aku ni, dan disebabkan dorang terlalu berhari hari kalau kami terjumpa dia, terus nyanyikan aku lagu Judika. Benci tauuu. Cehhh padahallll :3

First tu, orang tengah aku ni pun masa aku bagitau punya main dia ketawakan aku. Hihihi yalahkan siapa sangka, aku pun rasa nda sangka dengan diri sendiri sebab aku nda pernah terfikir pun si dia ni wujud di UMSKAL ni. Kihkihkih Sorry Encik :p Lepas orang tengah ni bagi coklat tu, si dia ni pun berhabis habisanlah mau tau. Katanya. Tapi disebabkan aku cakap jangan bagitau first tu, nda la kawan aku ni bagitau. Hahahaha.

I'm afraid things became worst. Tu sebenarnya. Yalahkan, ntah la kalau dia kenal aku. Tapi for sure kalau bagitau nama konfom konfom kalau dia taip nama penuh aku di FB konfom la jumpa kan. Kami nda pernah bertegur pun walau sekali, apa lagi dua tiga kali. Senyum pun nda pernah. Setiap kali bertembung, aku rasa aku yang lari offside ke tempat lain. Hahahaa. Sebenarnya aku okey ja kalau orang tegur aku, alahhh as a friend kan. Even ada sorang budak junior tu aku suka tgk dia okey ja kami, sebab dia yang selalu tegur aku dulu. Jadi nda la rasa awkward kan. Cuma si dia ni yang nda pernah bertegur dengan aku, yalah mungkin lain sekolah kan. Tu juga mungkin nda biasa. Jangan heran, ada la lebih dari 2,3 orang aku suka tengok di kampus ni. Tapi tiadalah pula niat mau couple ka. Just rasa suka mata memandang. Hihihi. :D

Sebenarnya aku sudah fikir masak masak juga masa mau bagi coklat ni, tapi aku harungilah juga sebab bagi aku last semester sudah disini kan. Kalau things become worst pun, dia rasa annoying ka lepas tau aku yang bagi, aku nda lama lagi lari dari sini. Hihihih. Ingat mau rahsiakan la sampai habis semester, tapi aku kesian pula dengan orang tengah aku ni sebabnya si dia ni, lepas dapat coklat tu balik balik ja text orang tengah aku ni tanya siapa yang bagi. Nda maulah juga orang tengah aku ni dibebani kan. Hohohoh :0

So, aku pun bagi keizinan la dengan orang tengah ni suruh bagi klu. Hahahaha. Dan si orang tengah ni pun nda sampai hati mau bagitau nama aku sebabnya takut si dia ni nanti tambah malu. "Even masa bagi coklat tu pun Manda muka dia dah merah." Hahahahhaha. Kesian. Kesian sebab jadi mangsa aku. -,-' Jadi si orang tengah ni pun bagila klu, tahun 3, SPKAL, kalau jumpa nyanyi lagu Judika. Hahahahahah klu ketiga nda ble blah! Dan satu lagi klu, orang tengah cakap dengan si dia, "Kenal dia, tapi tak pernah bertegur." Lagi curious dia mau tau. Hihihi. Lepas tu, orang tengah bagitau aku yang si dia tu cakap, nanti dia cari sampai dapat. And I was like, "Catch me if you can annnn." :p

Salah satu sebab kenapa si dia susah mau detect facial expression ku. Ahaks

Hahahahahahah actually kalau dia ndatau pun aku rasa bagus lagi, tapi sekarang ni aku nda kisah sudah kalau orang tengah mau bagitau aku yang bagi, sebabnya aku nda mau la si orang tengah aku ni dibebankan soalan macam macam dari si dia. Hehehe. :D So, Idk what really happened next, but I really really don't care pun kalau benda ni macam ni ja. Dan kalau dia tau pun apa la ble di buat kan. Aku yang mau buat macam ni, jadi sure aku kena berani ranggung risiko. 

Jangan risau encik, kalau anda annoying dengan saya pun, saya akan keluar dari sini berapa minggu sahaja lagi. Lepas ni, nda jumpa sudah. Hikhik ! Makan coklat tu k. Jangan ragu ragu. Tiada racun pun. Ihiks :3 Dan sekarang ni memang nampak mukanya kadang macam perasan sesuatu. Tapi aku kan pelakon yang tidak bertauliah. Pandaila cover. Hahahaha. Okey jaga diri encik, dan terima kasih sangat sangat orang tengah saya. :D

Kenapa aku mau update entry ni? Sebab aku tau satu hari nanti bila aku baca balik aku akan terketawa terbahak bahak. Stay tuned la untuk cerita seterusnya kalau ada kan kan :3 Kbai semuaaaa! Bai Judika! :p



Thursday, December 20, 2012

Random #5





Wanita mencintai laki-laki yang menyakitinya.
Laki-laki menyakiti wanita yang mencintainya.

Source : Twitter

</3

Wednesday, December 19, 2012

Why?



Aku pun kurang faham kenapa dengan kau ni?
Sangat. 
Bila aku try contact kau nda layan langsung.
Tapi bila aku nda peduli kau, cakap pula aku sombong.
Siap post di laman sosial aku.
Lepas tu, bila face to face aku tanya cakap tiada. 
Peliks. -,-'
Dan dan aku baru tengok post kau dekat Youtube,
"Happy Belated Befday. Kekekekke."

MOTIF?

Okey 1stly, thank you so much sebab wish.
Walaupun sudah terlewat 6 hari.
Nda kisah lah.
First first di akui memang rasa sedih juga lah.
Ya lah, orang yang kita pernah ambil berat kan.
Nda ingat nda pa,
tapi ni masa malam tu, tengok pun dengan aku nda.
Padahal c A* sudah jerit jerit panggil nama kau dekat cafe.

BIARKANLAH. 

Apa-apa pun jaga diri ja.
Kalau boleh, jangan cari masalah dengan siapa siapa pun.
Nda marah ni, cuma mau menyuarakan kepelikan dan ketidakfahaman pasal kamu.
Yg pernah saya panggil & anggap, Abang. :)

Good Luck Final Year ! 

P/S : Sorry kalau ayat ayat first dalam entry macam kurang senang.
Tapi ini apa yang disuarakan dari fikiran. Ecewah. :3


Monday, December 17, 2012

Keinginan Hati


Mampukah aku menjadi seperti Khadijah, agung cintanya pada Allah dan Rasulullah.
Hartanya diperjuangkan ke jalan Fisabilillah, penawar hati kekasih Allah,
Susah senang rela bersama.

Dapatkah kudidik jiwa seperti Aishah?
Isteri Rasulullah yang bijaksana, pendorong tatkala kesusahan dan penderitaan.
Tiada sukar untuk dilaksanakan, lantaran keikhlasan yang sentiasa bersenang.

Mengalir air mataku, melihat pengorbanan solehah Fatimah,
Akur dalam setiap perintah, taat pada ayahandanya yang sentiasa berjuang.
Tiada sebarang harta dunia, layaklah dia penghulu wanita syurga.

Ketika aku marah inginku intip serpihan sabar, dari catatan hidup Siti Sarah.
Mampukah aku menjadi wanita solehah seperti mereka?
Mati dalam keunggulan iman, bersinar indah, harum tersebar,
Bagai wanginya pusara Masyitah..

*copypaste*

Allah :')


Friday, December 7, 2012

Random #4



"There will always be people for and against you, and it's pointless
wasting time trying to win some people who are against you. 
Spend time with people who are for you.
Those relationships are worth it."

(Gossip Girl, 2012)