Sunday, April 22, 2012

dunia.

mungkin Allah mau buat aku sedar. sedar yang selama ini aku banyak sangat khilaf.
aku selalu rasa yang aku lah orang yang paling banyak masalah di dunia ne. 
masalah sikit, mengadu dengan manusia. mengadu dengan Allah pun tak lama macam mengadu dengan manusia. 
ya Allah, sedih bila fikir pasal diri sendiri.
banyak sangat yang aku kurang. TERLALU BANYAK.
bahkan, orang yang aku rasa dia wanita solehah yang jadi idaman semua lelaki pun,
dia tetap rasa yang dia masih banyak kekurangannya.
kalau dia boleh, kenapa aku tak boleh berubah? :'(
KENAPA? perlukah aku tunggu masa lagi? 


perlahan lahan, aku mau berubah. perlahan lahan.
tolong pasang niat. ikhlaskan hati.
blog kakak ku 'Dey' (my bestfriend tapi panggil kakak) sangat sangat menyentuh hati ku ne.

"wahai wanita diluar sana,
ayuh bersama-sama aku,
kita bina hidup yang baru,
cermin diri hiasi peribadi,
agar kita sentiasa di dalam lindunganNya,
sebesar mana pun dosa yang telah kita perbuat,
minta keampunanNya,
sesungguhnya, Dia Maha Pengampun."


ya Allah, hatiku ne sangat sangat tersentuh.
aku terlalu bimbangkan orang lain, urusan dunia, tapi urusanku?
akhiratku bagaimana? :'(
ya Allah, terima kasih kerana menyedarkan aku.
terima kasih ya Allah kerana kau beri aku peluang mendampingi sahabat sahabat seperti mereka ya Allah.


syafiq pesan : "berubahlah perlahan lahan. cantik lagi kalau guna tudung labuh kan macam masa skola
menengah dulu. kurangkanlah juga bersosial."


Manda, biar tiada siapa pun dengan kau di dunia ne,
tapi ingat, Allah sentiasa ada untuk kau.
kau sedih, kawan kau sisihkan kau.
kau sedih, masalah banyak menimpa kau.
tapi kau tak pernah sekali pun fikir,
yang Allah buat begitu semua sebab Allah dah rancang baik baik
aturan perjalanan hidupmu.
INGAT ne manda, di hatimu yang paling dalam.
ALLAH SENTIASA ADA UNTUKMU.


jadi, berubahlah untukNya. untuk dirimu di akhirat sana nanti. :')
insyaAllah ya Allah, amin ~


kau berharap dengan manusia, manusia itu boleh berubah ubah.
minta dengan Allah, minta yang terbaik untukmu.
Allah TIDAK AKAN PERNAH berubah ubah.
dan Allah lebih suka jika kita sentiasa bergantung harap untuknya.
kau cintai manusia sebesar mana pun, sehebat mana pun,
jika Allah langsung tidak mengizinkannya,
tidak akan dapat juga. 
berdoalah pada Allah, bergantung haraplah padaNya.


terimalah doaku ya Allah, tetapkanlah hatiku padaMu ya Allah. :'(


dey, aku juga ingin memiliki orang yang aku cintai. tapi aku pun sedar, yang dia milik Allah. :')
kita berdoa sama sama ya. usaha sama sama ya.
terima kasih kerana menyedarkan aku.
walau kau tak tahu. aku sayang kau Siti Nurhidayah Zainol Abidin.
dan aku juga sayang dia, F.Y.A. :)


TERIMA KASIH YA ALLAH. :) <3

No comments: