Tuesday, April 24, 2012

aku, kamu, asrama, sekolah dan kenangan lalu.


aku rindu sekolah.
aku rindu asrama.
aku rindu cikgu cikgu.
aku rindu kawan kawan.
aku rindu bila kita kumpul ramai ramai.
aku rindu mandi tangki.
basuh baju ramai ramai, nila baju terang terang.
aku rindu potong barisan junior junior dalam dewan makan.
aku rindu makan aiskrim dan ayam goreng hari jumaat.
aku rindu buka puasa sama sama.
aku rindu mee sosej.
aku rindu tidur masa prep.
tidur dalam kelas.
aku rindu bila kita buat bilik TV & bilik belajar tu macam kita punya.
aku rindu bila kita stay up malam malam untuk makan megi,
cerita hantu, cerita pasal macam macam benda & minta makanan junior. :p
apa lagi untuk 'memaling' (mengintai). 
apa lagi untuk hari jumaat, sasaran utama bilik jia tengok aspura pergi solat jumaat.
haha. gatal :p
aku rindu kita gotong royong walau hakikatnya kita goyang kaki di bilik, 
junior yang pergi bergotong royong.
aku rindu kita keluar bandar sama sama biarpun guna baju sekolah
sebab bagi kita, kita rasa bebas sudah bila dapat keluar atau balik kampung.
aku rindu kawan kawan aku yang tinggal jauh ikut aku balik kampung,
tidur rumah aku.
aku rindu kita buat buku lagu.
kita sambut frenship day.
kita sambut befday kawan kawan sama sama.
aku rindu bila kita buat usrah, sebab masa tu kita ble luahkan apa saja yang kita rasa.
kita berkumpul, berbincang kalau ada benda yang tak puas hati.
kita orientasi sama sama dari Form 1 sampai Form 3.
sebab batch kita paling teruk masa Form 3.
tapi bila kita form 4, kita pula balas dendam kan.
buat hari aspuri macam hari mendera.
tapi, tetap mereka tetap rasa 'best', 'fun'. :)
aku rindu bila kita buat rollcall tapi kita jadi penghibur 
di hadapan dan belakang waktu orang bercakap di depan.
aku rindu kita lepak lepak di kelas bercerita waktu cikgu tiada.
aku rindu bila kita 'jahanamkan' bilik dj asrama & buat permintaan lagu banyak banyak
macam bilik tu kita yang punya.
aku rindu cikgu rotan kita, tegur kita, marah kita sebab kita ;
lambat pergi surau atau tak pergi langsung, 
lambat pergi prep malam & prep petang.
lambat turun rollcall.
lambat pergi sekolah atau pun, tak pergi langsung. HAHA
aku rindu, 
rindu bila kita sudah gaduh dengan aspura atau siapa siapa sahaja
disebabkan hal kecil.
kita selalu rasa yang kita betulkan.
kadang kadang peraturan pun kita salahkan.
aku rindu, rindu tengok gelagat kawan kawan bila bawa benda 'haram'.
sebab banyak idea kita masa tu untuk sembunyikan semua benda 'haram' tu.
tapi, memang aku paling rindu bila Handphone kamu dihumban dari atas bilik. ;p
ke bawah.
HAHA.
aku rindu bila, sorang ibu melawat, 
kamu pun ikut. macam adik beradik kan. datang beramai ramai.
walau itu hanya ibu aku sorang. :')
aku rindu beradik beradik angkat.
dan aku rindu arwah kama'.
aku rindu juga dengan adik adik.
biarpun orang ramai tak suka, perli aku bila aku ramai adik angkat.
but who cares. at least, ada orang yang care masa tu sampailah masa ni.
biarpun jauh.
aku juga rindu, Cadbury Black Forest. :')
banyak yang aku rindu, aku rindu itu, aku rindu ini.
macam macam lagi lah.
diluahkan semua, sampai ke tua tidak akan habis.
tapi kalau bukan sebab sekolah tu, asrama tu.
aku takkan pernah belajar untuk berdikari,
sampai hari ini.
dan yang penting, NILAI AKHLAK & AGAMA.
walaupun nakal kau masa tu, sampai orang tak tahan. :p
betul, aku tak tipu. 
kau cubalah, bila kau hidup sendiri dan tinggal sama sama dengan kawan kawan kau,
bila kau berpisah, barulah kau akan menghargai masa tu.



Trust Me.  <3 :')


SMAS Qi 2003 ~ 2007

No comments: