Showing posts with label Holiday. Show all posts
Showing posts with label Holiday. Show all posts

Wednesday, February 20, 2013

Makan di Hello Kitty ;)


Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum w.b.t.
Selamat memulakan kuliah untuk semua pelajar IPT. =)

Actually masa cuti hari tu mau la konon-konon, kenen-kenennya update entry baru pasal cuti semester. Mula dari first cuti, masa cuti & masa balik UMS. Tapi huhhh, satu habuk pun tiada kan. Banyak benda yang menghalang untuk aku update entry baru. Alasan yang terbaik adalah sebabnya line internet celcom sangat buruk di rumah (guna hotspot jaaaa pon =p) dan alasan paling buruk adalah sebabnya aku MALAS. MALAS dan MALAS. Hahahah. Cuti dihabiskan dengan bergaduh dengan anak-anak buah yang nakal, jalan dengan family especially abang aku dan dan Ibu guna laptop untuk main game. Kihkihkih. Mau guna Tab anak buah aku pun serabut nanti entry blog aku.


Jadi sekarang, walaupun terlambat I just want to share some of my time hanging out with my friends, spending time with them. Rindu tersangat-sangat sudah kan, jadi kalau ada kesempatan jalan bukan main lagi. Hehe. Almaklumla, ada orang tu ada kereta sendiri sudah, tapi kami juga yang selalu susahkan dia, habiskan minyak kereta dia. Sorry and thank you so much baby =p


On 2nd day of February, masa tu Jia cuti. Pagi tu jalan dengan family sampai tengahari hantar anak buah terus pegi tuisyen. Balik kejap tengahari menunaikan yang wajib dan sambung jalan balik sebab Jia bawa jumpa Wani, and bawa Wani jumpa Dey. Macam BZ betul ja kan. =p Tapi lepas tu, sampai bandar I must go with my mum sebab mau ambil HP yang di repair hari tu. So, malam baru dapat jalan balik dengan diorang bertiga ni. (Wana, Jia & Dey) Sebab Wani dihantar balik pegi tempat parentsnya, dia mesti balik B.Garam hari tu juga. Jadi bermula lah perjalanan kami yang kononnya jauh la sangat kan. Padahal cari tempat makan ja pun. 


Bila tanya dorang, "Kita makan di mana ni?" Dorang semua cakap "makan di restoran Hello Kitty." Punya main excited masa tu, sebab sebelum cuti sem hari tu my bestfriend Nabilla tag di Instagram pasal restoran tu dan aku tersangatlah mau pegi. It's located at Bandar Indah. De Little Chef nama dia. Eheeee =)

Bila masuk, semua Hello Kitty. Memandangkan aku peminat tegar Hello Kitty, senyum yang habis-habisan aku bila masuk restoran tu. Ahahaha =D Restoran tu cat putih & pink which make it suitable with the Hello Kitty theme. Teheee =) Nasiblah pinggan mangkuk, sudu garpu gelas bukan Hello Kitty mungkin sebab takut customer yang tegar minat HK macam aku ni, lepas makan masukkan dalam beg. Kahkahkah =p

                                                 











     

Yang hijau tu tempat pencungkil gigi, alas pinggan dan gelas pun Hello Kitty.
Apa lagi tempat ambil order tu pun HK. Heeee.



P/S : Sila klik gambar untuk resolusi yang lebih baik =)

Yang gambar atas tu area luar dekat kaunter. Jia cakap disitu lagi banyak aksesori makanan Hello Kitty. Aksesori sangat =p Gambar bawah tu pula area dalam tempat kami makan. Masa ni, nda ramai orang pun jadi kami berhuha huha sendiri suka hati kami ja. Kahkah.



Bila tiba masa makan,



Dan selepas makan,



Nampak frame dekat belakang tempat duduk kami tu? Semua yang tergantung di atas tu gambar-gambar sejarah Sandakan. Dari tahun 1960 something sampai 1990 rasanya. Kami nda perhatikan betul-betul pun, kami cuma excited tengok Hello Kitty ja kan. Teheee. Tapi ada juga satu frame tu kami ternampak gambar pengeboman masa zaman peperangan di Sandakan. Sekejap ja ditegur gambar tu, lepas tu kami sambung makan. Haha.

Disebabkan nda ramai orang datang masa tu, kami pun memang suka hati ja buat prop apa-apa yang ada di atas meja tu, walaupun sudah tersusun rapi. Maafkan kami ya owner restoran =p


Main tapuk-tapuk sama Hello Kitty. =p


Bukan main happy kan aku jumpa Hello Kitty. Bahahaa. =D Thanks for my sisters sebab bawa aku datang makan kesini. Ehem :3 Aku tahu aku adik bongsu yang disayangi. Cewaaaaaaaaaaahhh. =p

Till we meet again Hello Kitty ! <3








Sunday, November 4, 2012

Missing. Back to basic.



sila klik gambar ini untuk resolusi yg lebih baik. cewah !


Back to basic : Merindui family & Sandakan tercinta.

Dan juga akan merindui budak nakal & garang di atas.
Haha ;D

Macam macam gaya nya kan.
Dan yg lebih membuat saya bertambah rindu dan terharu adalah ini :')



Hasil tulisan anak buah aku Nursyuhada Mohd Zambrizal a.k.a Baby
 yang baru berumur 11 Tahun.
Dan capture gambar ni guna kamera aku. Waktu aku bg tinggal
kamera di rumah. 
Soooo Suwettt like a candy ! Acececeh ;'D

Paling mahal,
"Greatest Aunty Ever!!!"


Kbai ! :3



Tuesday, July 24, 2012

Holiday #3 , Ramadhan


"Selembut doa dalam hati, Kau mengetahui." - Aku Bersujud


Bila kamu bergembira, yakinlah bahawa Allah itu ada.
Itu akan menjamin kekuatan untuk kamu yakin, kala kamu bersedih nanti, bahawa Allah itu memang ada. - Hilal Asyraf(Official)

Jangan risau dan bimbang jika orang sakitkan hati kamu.
Yakin Allah itu ada. Jangan balas dengan sakitkan hati orang lain balik.
Bersabar. InsyaAllah ada hikmah.
Minta pada Allah kebaikan untuk diri kita, Ibu bapa dan orang lain.

dan yang paling penting,

Jangan tinggal solat :)

Semalam bila tengok Islam Itu Indah dalam TV,
Ustaz tu cakap, 
"Solat Subuh akan buat permulaan hari kita lebih teratur."


dia cakap lagi,
rebut peluang untuk mulakan hari dengan lebih baik.
Baca Al-Quran, Istighfar dengan sebanyak mungkin,
sebab Ustaz tu cakap,
solat ni lambang diri kita, macam mana kita yang sebenarnya.
(kalau saya salah sila betulkan) 


InsyaAllah juga,
dengan solat Subuh,
Allah permudahkan urusan kita.
bukan solat subuh saja, bahkan solat 5 waktu.
dan benar, aku juga pernah mengalaminya. 
Alhamdulillah, Allah permudahkan hariku. 
Lagipun, biasanya solat subuh ni yang kita paling susah untuk buat.

"Solat itu lebih baik dari tidur." 


Jadi,
sayang sayang semua,
jangan pernah tinggal solat ya,
walau sesibuk mana pun.
Jom sama sama, kita ubah diri.
Sebab hati kita ni pun senang di bolak-balikkan.
Tapi semua tu, dari diri sendiri juga. 
kan? :)

aku juga manusia yang penuh khilaf.

Salam Ramadhan. Banyakkan amalan. <3






Wednesday, July 18, 2012

Holiday #2

"Another day goes by that I don't need you in my life." (As time goes by - Yoon Mi Rae).


Apa kaitan lirik lagu ni dengan tajuk entry woii? *hentak kepala ke dinding. 
Dan, Aku pun pening kenapa guna ni tak boleh bagi center macam selalu. 
Sabar saja lah. 
Tnggu guna lappy baru bleh tukar. T_T HAHA pening aku. 


 Oh yeah, abang aku, sampai dari KL pagi tadi. :) 
Dia belikan Handphone. Yippeeee <3 
Terima kasih big brotherrrr :3 
Pegi cari macam mana Samsung Y dekat google. :p. 
 Cukuupppp Manda, melebih pula. Perlukah bagitau semua? Haha. 


Tinggal berapa hari lagi Ramadhan kan. 
Kalau kira ikut kalender Islam, Sabtu ni masuk 1 Ramadhan sudah. 
InsyaAllah. :). 
 Semoga Allah kekal berikan kesihatan untuk kita 
Untuk menjalani ibadah puasa tahun ini. 
Amin ya Rabbal Alamin :). 


 Dan pula, Dengar dengar 21hb ni keluar result selepas di tunda hari tu. 
So, UMS-ian especially UMSKAL-ian, All of you better be prepared! 
 Neves lepas baca? Aku yang taip ni lagi neves. 
Cetttt. Hihi. -,- 
 Dah lah, Jom beradu. 
Esok mungkin Wana bawa jalan lagi. Heee :) InsyaAllah. :) 


 Sebenarnya tak dapat tidur, jadi gatal lah tangan buat entry 
Yang ntah apa ni. :3 
 Baca doa sebelum tidur. 
Semoga Allah beri kesempatan untuk kita beramal ibadah lagi 
Keesokan harinya dan hari hari seterusnya. Amin ~ 
Jaga diri, hiasi peribadi, belajar dari kesilapan yang lalu. *tiba2 Hahahaha kbai! ;)

Monday, July 16, 2012

Holiday #1


Bismillahirrahmanirrahim ;)

Selamat Bercuti !

HAHA.
punya lama tak update entry ni. ni pun sebab nampak sahabat buat blog baru,
terus teringat dengan blog yang bersawang ni.
dengki betul aku ni kan.
orang update mau juga aku.
:p

nothing else I want to share with,
(walaupun sebenarnya sangat banyak.)
HAHA. tapi disebabkan lack of free time,
(aku menumpang broadband dekat rumah bestfren aku saja ni)
hihi.
selama ni kan online guna handphone ja.
update entry masa balik pun hari tu lintang pukang gara gara guna Tab pinjam
anak buah punya. ahaks ;p
*perlukah bagitau* ;p

tadi cerita cerita dengan sahabat aku, Wana.
banyak sangat cerita kan,
cerita kami dua dua ni langsung tak berhenti.
hihi.
jadi ada la benda aku cerita dengan dia,
tentang satu benda,
bila orang nilai kita & cakap benda pasal kita yang kita tak boleh terima.
faham ka? tak faham, abaikan. hihi.

bukanlah,
begini..
bila orang yang baru ja kenal dengan kau, cakap dan nilai kau
dengan sesuatu yang kau tak boleh terima,
abaikan ja lah. sangka baik yang dorang tu belum lagi kenal kau sepenuhnya.
lain lah kalau family atau sahabat sahabat kau yang memang dah lama kenal kau kan.
:)


sebab tadi, 
lepas cerita cerita,
Wana cakap macam mana aku ni bila dengan orang orang yang aku sayang.
how i treat them. :)
Alhamdulillah,
syukur sangat sangat bila ada orang yang faham aku.
jadi Manda, tak perlu marah bila ada orang 
nilai yang bukan bukan pasal kamu.
dorang memang masih belum kenal kau sepenuhnya.
Just SMILE ^_^


dah faham?
belum? kalau belum. diam diam ja lah.
HAHA.
okeylah, nanti update lagi ;)
macam ja ada orang baca kan.
mau sambung perjalanan ni dengan Wana. :3 hihi
Enjoy your Holiday ! <3

p/s : sahabat sahabat lain, cepat balik. Rindu :') dan kamu juga. :)

kbai!