Wednesday, January 16, 2013

Memaafkan dan Melupakan.


"Aku maafkan kamu, tak perlu kita bertemu cukup kau tahu,
yang aku maafkan kamu, tolong teruskn hidup, jangan sebut namaku." 

- Jamal Abdillah feat Malique.


Melupakan bukan sesuatu yang mudah untuk dilaksanakan.
Berapa kali mulut berkata, tapi hati sebenarnya menidakkan.
Dalam hati akan terdetik pelbagai benda yang menghalang kita untuk melupakan.
Terpulang kita, bersungguh mahu melupakan atau tidak.

Ya. Melupakan juga bukan semudah yang dijangka.
Walaupun kau merasa sakit dengan apa yang kau rasakan saat ini,
tapi tidak mungkin kau boleh melupakan sesuatu yang indah bagi kau.
Dalam satu masa yang singkat.

Hanya hati, akal fikiran dan kekuatan diri yang perlu.
Jika kita bersungguh ingin melupa.

Maafkan mereka. Lupakan mereka.
Apa-apa yang membuatmu sedih, tinggalkan.
Apa-apa yang membuatmu gembira, kekalkan.

Walaupun perit,
In sha Allah dengan izin Allah.
Mungkin ada hikmah segala ini terjadi.
Mohon kekuatan padaNya, Yang Satu. 


No comments: