Friday, January 4, 2013

Hadiah Celcom sempena Tahun Baru.


04 Januari 2013 ; Jumaat

Hariku dimulakan dengan Peperiksaan Akhir Semester 1 2012/2013
bagi subjek Islamic Asset Management.
Mahu dikatakan susah, tidak juga. Mahu dikatakan senang, tidak juga.
Yang penting, bayangkan macam mana cara budak study last minit menjawab soalan?
Dapat bayangkan? Bagus! Tepuk tangan utk diri sendiri. T^T

Dan dari malam semalamnya HP aku Samsung yg comel itu mengalami masalah.
Matikan nda boleh, mesti cabut dari battery & bila hidupkan, restart ja sampai lemas. 
Memang cari pasal awal pagi.
Nasiblah. Memang nasib.
Memang speechless tapi disembunyikan tekanan itu dengan senyuman. Ahaks :)

Lantas aku pun menghubungi abang tersayang dengan HP spare part, 
bodek sikit. (Manatau balik Sandakan nanti dapat HP baru dengan rebate. Hahaha)
Aku pun bagitau la, HP rosak blablablabla.
Jawapannya pun, 
"Jadi mau buat macam mana? Sabarlah. Nda lama lagi balik, nanti balik kita bawa p kedai."
Agak cantik juga jawapan di situ. Hohoho
Alaaahh, nda dapat la online. Tiadalah tathering hotspot. Tiadalah Instagram.
(Mengada)
Walhal sekarang online pinjam modem Dayah. 
Bertungkus lumus masukkan simkad pegi modem.
Ihiks :3
Tapi dihujung ayat abang aku tu,
"Nda palah, sabarlah. Nanti aku top up kan kredit celcom mu."
Hoyeah ! Hehehehe.

Nak dijadikan cerita, (ewahh)
Baru ja tadi, disebabkan abang aku BZ kerja, dia baru bagi nombor top up tadi.
Dan aku pun dengan semangatla top up kan. :)

Abg I baik tau u olls :3
Okey lepas tu, celcom pun menghantar SMS berbunyi begini :


Bila aku nampak FREE RM5 mata aku pun bukan main bersinar sinar sebab nampak benda free kan.
Bab free free ni aku sangat pantang. Hahahaha.
Done, lepas tu aku pun taip la apa yang dia suruh tu.



Kalau diikutkan dalam kiraan aku yang tamak ini (ihiks),
baki akaun kredit aku ada la dalam duapuluhsaturinggit lebih macam tu kan.
Tapi lepas aku selesai mengikuti semua prosedur yang telah ditetapkan oleh Celcom,
dia jadi macam ni :


Aku pun terkejut, mata terbeliak (sangat) sebab mana pergi sepuluh ringgit yang baru abang aku top up tadi?
Aku pun jadi risau, sedih, murung, tekanan, ok tipu. Hehe
Rupa-rupanya,
Jeng jeng jenggggg..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Dia masuk dalam bonus balance kita, setiap pengguna Celcom mesti tau kan bila kita top up,
setiap bulan kita akan dapat bonus kredit dari Celcom. 
Depend on berapa peratus daripada top up bulanan kita la. 
Rupanya yang sepuluhringgit baru top up tadi terus masuk bonus balance. 
Nampak RM 5 credit dekat bawah tu? Tu la percuma RM 5 yang dia mau bagi tu.

Tapi, yang tapi nya. 
Bila kita guna kredit untuk SMS, MAKE A CALL atau MELAYARI INTERNET,
actual kredit kita, means yang aku punya RM 6 lebih tadi tu sikit nda gerak pun. 
Yang gerak RM 10 baru aku top up tadi tu la. 
Maksudnya habiskan dulu RM 10 tu lepas tu baru boleh guna RM 5 free yang Celcom bagi tu.
Dan RM 5 tu dalam masa 5 hari ja tahu?
Nampak permainannya di situ?
Celcom celcom. Bijak sungguh. Hehehe
Faham ka nda ayat aku ni? Nda faham? Okey, pandai pandailah memahami. Heheks :p

Actually, itu lah bila tengok benda free sangat teruja kan.
Rupa rupanya ada juga yang nda bestnya. Hoho.
Macam mana la aku mau habiskan dulu RM 10 tu baru guna RM 5 tu?
Kalau boleh RM 10 ni aku share merata sudah aku share.
Sharing kan is caring *wink* (konon)
Bukannya kol siapa siapa pun.
Paling paling Ibu, Abang, Family d rumah. Tu pun nda lama.
Al maklum la, tiada siapa lagi untuk dihubungi.
Hew hew :3


Kalau tahu baik aku kekalkan ja tadi dalam baki akaun aku RM 16 lebih tu lepas top up kan.
Apa-apa pun bersyukurlah dengan nikmat yang telah diberikan. Alhamdulillah. :)

Lepas mengeluh baru bersyukur. Cantik Manda. Cantik. -,-'

Siapa rasa mau kredit free selepas top up RM 10, silalah langgan.
Kalau rasa rasa tidak akan menyesal lah.
Kalau kaki gayut telefon tu konfom nda menyesal sebab ada banyak kredit.
Boleh cakap lama lama. (Iklan)

Entry ini sekadar untuk berkongsi.
Kongsi kredit pun boleh. RQ ja anytime.
InsyaAllah, KALAU DILAYAN :3 Kekekeke

Kbai ! 
I know you miss me, xxyyzz <3




No comments: