Showing posts with label nasihat. Show all posts
Showing posts with label nasihat. Show all posts

Tuesday, July 24, 2012

Holiday #3 , Ramadhan


"Selembut doa dalam hati, Kau mengetahui." - Aku Bersujud


Bila kamu bergembira, yakinlah bahawa Allah itu ada.
Itu akan menjamin kekuatan untuk kamu yakin, kala kamu bersedih nanti, bahawa Allah itu memang ada. - Hilal Asyraf(Official)

Jangan risau dan bimbang jika orang sakitkan hati kamu.
Yakin Allah itu ada. Jangan balas dengan sakitkan hati orang lain balik.
Bersabar. InsyaAllah ada hikmah.
Minta pada Allah kebaikan untuk diri kita, Ibu bapa dan orang lain.

dan yang paling penting,

Jangan tinggal solat :)

Semalam bila tengok Islam Itu Indah dalam TV,
Ustaz tu cakap, 
"Solat Subuh akan buat permulaan hari kita lebih teratur."


dia cakap lagi,
rebut peluang untuk mulakan hari dengan lebih baik.
Baca Al-Quran, Istighfar dengan sebanyak mungkin,
sebab Ustaz tu cakap,
solat ni lambang diri kita, macam mana kita yang sebenarnya.
(kalau saya salah sila betulkan) 


InsyaAllah juga,
dengan solat Subuh,
Allah permudahkan urusan kita.
bukan solat subuh saja, bahkan solat 5 waktu.
dan benar, aku juga pernah mengalaminya. 
Alhamdulillah, Allah permudahkan hariku. 
Lagipun, biasanya solat subuh ni yang kita paling susah untuk buat.

"Solat itu lebih baik dari tidur." 


Jadi,
sayang sayang semua,
jangan pernah tinggal solat ya,
walau sesibuk mana pun.
Jom sama sama, kita ubah diri.
Sebab hati kita ni pun senang di bolak-balikkan.
Tapi semua tu, dari diri sendiri juga. 
kan? :)

aku juga manusia yang penuh khilaf.

Salam Ramadhan. Banyakkan amalan. <3






Monday, May 7, 2012

hikmah Allah untuk diri dan hati kecil ini.


Assalamualaikum w.b.t,

p/s : BEWARE ! entry ini agak panjang dan ada unsur unsur jiwang :p

selamat pagi. :) hihi
bangun subuh hari ini, tiba tiba jadi rajin.
terus masak. hehe. untunglah bakal suami aku nnti.
puii :p
itu pun masak sebab ada lebih nasi kosong semalam pas buka puasa.
hihi. lagipun ada la beli beberapa bahan masak kemarin. :)

hari ni ada kelas, presentation lagi.
subjek Study Skill. 
semoga Allah permudahkan urusan kami hari ni. amin ~ 
esok pun presentation lagi. dua presentation. plus test.
awesome kan? T_T

banyak benda yang ingin di ceritakan sebenarnya.
tapi tak tau mula dari mana. :')
lately, aku dah mula berkawan dengan seorang kawan
yang dulunya, not enemies. but, atas certain certain sebab kami
tak ok. bergaduh. :'(
sedihkan, jahatkan saya.
itu pun sebab masing masing ada rasa cemburu mungkin.
terutamanya aku. mungkin juga aku yang memulakan dulu.

sebenarnya dia ok. tak jahat pun. tapi mungkin sebab aku 
fikir negative, negative ja. aku pun rasa macam "jahatnya dia dengan aku."
dan kerana tu pun, kami gaduh gara gara seorang lelaki.
SO USELESS KAN.
what the facebook is that all about. -,-
Alhamdulillah, sekarang ne dah okey.
aku berharap semoga kekal begini.

semalam, dia tanya aku.
"ada kontek si ..... ?"
aku bagitaulah, ada.
means lelaki yang kami gaduhkan dulu tu.
lepas tu dia pun luahkan dengan aku apa yang dia rasa.
bila lelaki tu tak reply msg dia, dan dia pun rasa tak mau kacau lelaki tu.
"bukan tak mau kontek dia, just aku tak mau kacau dia."

aku cakap dengan dia,
"ntahla. dia tu, semakin aku bagi ruang, semakin tu jugalah dia cari aku.
kontek aku."
memang, lelaki ne tak boleh dipaksa.
dan dia cakap,
"hari tu aku ada cakap dengan dia, sal masa depan.
tapi lain yang jadi."
bagi aku, c F.Y.A ne bukan jenis yang suka cakap sal benda benda tu
melainkan dia yang tanya sendiri.

serius aku cakap,
i'm still and still have a feeling on him.
bagi aku, biarlah si dia tu tak tau.
dan aku try to pretend to ignore him.
aku belajar mula tak fikir sal dia, tak jeles bila dia dengan perempuan lain
komen sana sini di muka buku.
banyak benda yang kakak Dey aku ajar,
Alhamdulillah aku praktikkan.
kadang kadang aku rasa, "pudarkah sudah perasaan aku dengan dia ne?"
kadang kadang aku rasa begitu,
tapi hati kecil aku cakap, TIDAK.
Alhamdulillah, setakat ni tidak.
ada dua tiga lelaki yang baik dengan aku, (bajet popular)
tapi tiada satu pun hatiku 'sangkut' dengan dorang tu kan.
sekarang aku mahu cuba perbaiki diri.
aku mahu sentiasa berfikiran positif. bukan juga sebab kasih & sayangku terhadap dia.
tapi juga terhadap Dia. ini yang penting.
bila kau memandang semuanya dalam sudut positif,
insyaAllah, hatimu tidak akan sakit. hatimu akan tenang.
walaupun ramai orang sebenarnya menyakitkan hatimu.
buatmu terluka.
fikir semua tu dari Allah, dan kasih sayangNya terhadap kita yang tak bertepi.


betul. serius aku cakap.
ini terjadi dengan aku sendiri. BERKALI KALI.
malahan bukan sekali. tapi, aku sebagai hamba Allah yang sentiasa khilaf dan alpa
selalu lupa dengan Allah.

biar aku cerita,
sesuatu berlaku kemarin pada aku.
ramai kawan kawan yang aku sms, kol.
minta teman pergi kedaikan. aku puasa kan kemarin.
jadi beli lauk lah untuk buka puasa and some sort of things.
jadi, kedai taklah jauh. cuma mungkin agak janggal juga kan kalau pergi sorang.
sebab kedai tu di bahagian belakang.
semua kawan kawan bz. 
aku tak marah, aku faham. tak semua orang ada masa untuk kita. 
semua bz untuk diri sendiri juga. :)
at last, aku buat keputusan untuk pergi sendiri dengan sepantas kilatnya. hehe
bila aku pergi kedai, tiba tiba aku terjumpa kawan aku Sheila.
dia pun offer aku ikut dia balik sebab masa tu dia dari bandar sewa kereta.
Alhamdulillah, untungkan aku? 
bila aku fikir fikir, kawan aku tu jadi asbab Allah beri kasih sayangNya kepadaku.
kenapa?
inilah hikmah Allah yang sama ada kita sedar atau pun tidak.
sebab bila kau rasa tiada siapa masa tu yang boleh luangkan masa temankan kau,
Allah bagi kau kesenangan yang kau tak jangkakan.
senang cerita,
kau tiada kawan pergi ke kedai masa tu,
tapi bila kau bersabar dengan dugaan dan kau rasakan itu dugaan Allah,
Allah beri kau bukan setakat kawan untuk temankan,
malahan tak perlu lagi kau balik berjalan kaki.
kau naik kereta kan. 

kerana Allah permudahkanmu.
Alhamdulillah.

dan bila aku berdoa masa buka puasa tu, aku menangis.
menangis terharu, sedih dan gembira. menangis tanda kesyukuran.
terfikir akan kasih sayang Allah kepadaku yang tiada bertepi.
walaupun aku selalu lupa dan alpa kepadaNya.
ampuni aku ya Allah. :'(

jadi, apa yang ingin aku sampaikan disini.
aku sekadar ingin berkongsi.
untuk kita semua mengambil iktibar. :')
apabila ada yang membuat kau susah hati, sakit hati,
bila kau rasa keseorangan.
Allah ada. Allah timpakan keatasmu semua tu supaya Allah suruh kita
hayati akan kebesaran Allah & kasih sayang Allah kepada kita.

dan betul juga, 
bila aku tak hanya berharap pada cinta manusia,
Allah lapangkan dadaku menerima apa saja yang kemungkinan akan berlaku.
biarpun aku masih sayangkan dia. 
dia, F.Y.A. :')
biar kau rasa kamu jauh, tapi hatimu rasa kamu dekat.
macam yang sahabat dan juga kakak ku Dey cakap hari tu.
bila kawan aku meluah pasal dia,
aku tak dapat rasakan perasaan cemburu tu lagi.
bukan sebab tiada kasih dan sayangku kepadanya lagi.
tapi aku mahu kasih sayangku didahulukan kepada Dia sahaja dahulu.
lepas tu baru kamu.
ada jodoh, aku bersyukur pada Allah.
tapi jika tiada. aku berharap kita di pertemukan di syurga Allah.
walaupun aku merasa diri ini tidak layak untuk mendapatkan syurga Allah.
kerana aku berharap kau menjadi yang terakhir untukku. :')
amin ~


"It's not because I hate him, it's because I LOVE HIM.
that i don't want even my mind touch him as it still
HARAM for us." :')


Friday, May 4, 2012

amalan 24 jam wanita haid.


assalamualaikum w.b.t,

sebelum tu, entry ni khas untuk perempuan/wanita sahaja. :3 hihi
tapi, kalau ada sesiapa kaum adam yang terbaca, open lah. hehe
mana tau boleh kongsi dengan ibu, adik adik, kakak kakak dan saudara mara
perempuan/wanita kan. :)


aku ada satu buku ni,
aku beli masa jalan di KK dengan sahabat aku, Wana.
tajuk buku tu,
Amalan 24 Jam Wanita Haid. :)


aku perasan adanya buku ni masa Wana beli hari tu.
aku pinjam buku dia, aku pun ada baca sikit sikit.
dan macam sangat best, sangat berguna, sangat bermanfaat dan sangat berminat. :)
jadi, bila aku pergi Wisma Muis sebelum balik labuan hari tu,
Alhamdulillah terjumpa juga buku ni. 
jadi aku belilah.
seriously, rugi siapa tak beli.


aku ceritakan serba sedikit kandungan dalam buku ni.

Ada 7 bab kesemuanya :

1. Haid pada pandangan Islam.
2. Haid dari sudut perubatan.
3. Larangan untuk wanita ketika haid.
4. Mengapa berlaku penurunan iman ketika haid.
5. Cara meningkatkan keimanan ketika haid.
6. Persediaan menghadapi haid.
7. Amalan pilihan ketika haid.

dari penulis :
"Padahal, haid bukan masa 'bercuti' daripada mengerjakan ibadah.
Kewajipan ibadah secara umum tidak gugur disebabkan haid.
Dalam masa 24 jam sehari, hanya sedikit ibadah yang tidak boleh
dilakukan oleh wanita haid."


memang amat berguna kan,
dulu masa sebelum aku baca buku ni,
aku fikirkan bila wanita haid, banyak amal ibadah tersekat la kan.
pernah juga masa aku sekolah asrama dulu ustazah dan ustaz
cakap perempuan yang haid boleh baca Al-Ma'thurat.
tapi, lepas baca buku ni, rupa rupanya banyak lagi amalam 
yang boleh kita wanita ni sempurnakan ketika haid.

Contohnya (aku ceritakan serba sedikit):

Ada 3 pilihan amalan untuk wanita haid :

1. Amalan Hati.
a) Menghadirkan keikhlasan.
b) Berasa diawasi Allah.
c) Muhasabah diri.
d) Mujahadah.
e) Meniatkan rutin hari sebagai Ibadah.

2. Amalan Lisan.
a) Membaca zikir mutlak. 
b) Membaca zikir Muqayyad.
c) Berkata yang baik.

3. Amalan Badan.
a) Senyum.
b) Membantu orang lain.
c) Menghadiri majlis ilmu.
d) Taat kepada suami.
e) Bercinta dengan suami.
f) Menjauhi perbuatan yang tidak bermanfaat.


jadi secara kesimpulannya,
bagi pendapat aku, kita sebagai wanita ni memang Allah ciptakan
pelbagai keistimewaan kepada kita. (ayat skema :p)
Haid juga salah satu keistimewaan kepada wanita.
banyak hikmah daripadanya. :)
jadi, terpulang pada kita untuk gunakan hari kita sebaik baiknya
selama mana kita haid kan. 
bagi aku, bila kita fikir dan selami kenapa Allah ciptakan
tiap tiap sesuatu itu kepada manusia,
automatically kita akan rasa kagum & bersyukur dengan 
apa yang Allah telah berikan kepada kita selama ni.
walaupun, kadang kadang haid ni buat kita rasa sakitlah,
malaslah, PMS lah dan whateverlah kan,
tapi, kan kesakitan tu insyaAllah akan menghapuskan dosa dosa kecil kita.
kan kan? :)
jadi, tak payah merungut.
kerana Allah itu Maha Hebat dalam merancang sesuatu.


oh yeah,
buku ni tak juga mahal. memang affordable juga kalau mau beli.
Utk Semenanjung Malaysia : RM 6.50
Utk Sabah/Sarawak : RM 7.50

belilah, insyaAllah bermanfaat bagi wanita. :)
dan bila dah beli, praktikkan lah.
peringatan untuk saya dan wanita wanita diluar sana. hehe
sama sama kita kumpul saham akhirat. :D
amin ~





Sunday, April 22, 2012

dunia.

mungkin Allah mau buat aku sedar. sedar yang selama ini aku banyak sangat khilaf.
aku selalu rasa yang aku lah orang yang paling banyak masalah di dunia ne. 
masalah sikit, mengadu dengan manusia. mengadu dengan Allah pun tak lama macam mengadu dengan manusia. 
ya Allah, sedih bila fikir pasal diri sendiri.
banyak sangat yang aku kurang. TERLALU BANYAK.
bahkan, orang yang aku rasa dia wanita solehah yang jadi idaman semua lelaki pun,
dia tetap rasa yang dia masih banyak kekurangannya.
kalau dia boleh, kenapa aku tak boleh berubah? :'(
KENAPA? perlukah aku tunggu masa lagi? 


perlahan lahan, aku mau berubah. perlahan lahan.
tolong pasang niat. ikhlaskan hati.
blog kakak ku 'Dey' (my bestfriend tapi panggil kakak) sangat sangat menyentuh hati ku ne.

"wahai wanita diluar sana,
ayuh bersama-sama aku,
kita bina hidup yang baru,
cermin diri hiasi peribadi,
agar kita sentiasa di dalam lindunganNya,
sebesar mana pun dosa yang telah kita perbuat,
minta keampunanNya,
sesungguhnya, Dia Maha Pengampun."


ya Allah, hatiku ne sangat sangat tersentuh.
aku terlalu bimbangkan orang lain, urusan dunia, tapi urusanku?
akhiratku bagaimana? :'(
ya Allah, terima kasih kerana menyedarkan aku.
terima kasih ya Allah kerana kau beri aku peluang mendampingi sahabat sahabat seperti mereka ya Allah.


syafiq pesan : "berubahlah perlahan lahan. cantik lagi kalau guna tudung labuh kan macam masa skola
menengah dulu. kurangkanlah juga bersosial."


Manda, biar tiada siapa pun dengan kau di dunia ne,
tapi ingat, Allah sentiasa ada untuk kau.
kau sedih, kawan kau sisihkan kau.
kau sedih, masalah banyak menimpa kau.
tapi kau tak pernah sekali pun fikir,
yang Allah buat begitu semua sebab Allah dah rancang baik baik
aturan perjalanan hidupmu.
INGAT ne manda, di hatimu yang paling dalam.
ALLAH SENTIASA ADA UNTUKMU.


jadi, berubahlah untukNya. untuk dirimu di akhirat sana nanti. :')
insyaAllah ya Allah, amin ~


kau berharap dengan manusia, manusia itu boleh berubah ubah.
minta dengan Allah, minta yang terbaik untukmu.
Allah TIDAK AKAN PERNAH berubah ubah.
dan Allah lebih suka jika kita sentiasa bergantung harap untuknya.
kau cintai manusia sebesar mana pun, sehebat mana pun,
jika Allah langsung tidak mengizinkannya,
tidak akan dapat juga. 
berdoalah pada Allah, bergantung haraplah padaNya.


terimalah doaku ya Allah, tetapkanlah hatiku padaMu ya Allah. :'(


dey, aku juga ingin memiliki orang yang aku cintai. tapi aku pun sedar, yang dia milik Allah. :')
kita berdoa sama sama ya. usaha sama sama ya.
terima kasih kerana menyedarkan aku.
walau kau tak tahu. aku sayang kau Siti Nurhidayah Zainol Abidin.
dan aku juga sayang dia, F.Y.A. :)


TERIMA KASIH YA ALLAH. :) <3

Monday, April 16, 2012

cerita cinta.

tajuk entry sangat nda ble blahhhh. ;D


pnjm gambarrr. ehehe :p

entry ini dibuat setelah perasaan jeles kepada teman dan rakan coursemate aku yg baru saja kahwin. ohhh. :p nda malunya sayaaa. :D


"kami tidak akan ucapkan perkataan 'cinta' kepada mana-mana lelaki ajnabi kerana.. kami simpan perkataan itu untuk diucapkan kepada bakal suami kami." - Farah Lee :)

tidak akan. tidak akan. tidak akan LAGI. insyaAllah. :)
cukup dalam diam. atau pinang trus? HAHA. bongek.
hurmm. ada jodoh, insyaAllah takkan kemana. 
kerana perancangan Allah itulah yang terbaik. ^_^


tapi ingat, yang paling penting sekali :
1. Agamanya
2. Rupa parasnya
3. Hartanya
4. Keturunannya

Agama. SANGAT PENTING kan. :) 

sumber : mukabuku

bercinta, bukan nafsu semata mata. bukan sentuh sana sini semata mata. 
aku, cukuplah dulu. bukan mengaibkan diri sendiri, tp untuk anda anda semua ambil pengajaran. cukuplah ber'couple'. alhamdulillah even tiada buat apa-apa yang terlampau pun, nauzubillahminzalik. tapi menyesal tiada kesudahannya sampai sekarang. hari hari jumpa, balik sekolah sama sama, duduk dalam bas sama sama. astaghfirullahalazim. :'( sedih bila ingat balik diri masa tu. nda pa la, past is past. now, we look ahead to the future and try to be better to ourselves. 

nauzubillahminzalik, nauzubillahminzalik, nauzubillahminzalik.

ya Allah, 
mudah mudahan aku menjadi orang yang menepati segala percakapanku. amin.
aku takut jika aku mengingkari segala janjiku kepadaMu ya Allah. :')


sekarang, cintai orang pun dalam diam.
cececece. biarlah bersahabat dulu. :D
enough la. malu pla aku cerita benda benda begini. tehihihhi :p

semoga kita sentiasa berada didalam lindunganNya. amin ~ :)

SELAMAT PENGANTIN BARU UNTUK RAKAN SAYA. 
Barakallahufik <3



besiap. pegi kelas ! :)

# aku termimpi arwah kama' semalam. Al-fatihah. :')



Sunday, April 15, 2012

ALLAH sayang kita. :)

bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah, Allah masih beri kesempatan untuk kita bernafas lagi kali ini.


semalam buatkan aku memahami beberapa perkara yang mungkin Allah buat semua tu, jadikan musibah tu untuk aku, dia, kami ambil pengajaran dan iktibar. memuhasabahkan diri, apa yang mungkin Allah mau tunjukkan.

tapi, sejujurnya masih lagi risau kan. :(
nda pa la, Allah lah juga yang akan menyembuhkan segala penyakit kalau kita berusaha dan berikhtiar untuk diri sendiri. 

pengajaran untuk aku, jangan terlalu bersenang lenang sebab kita pun tak tau kan apa yang jadi mungkin pada masa itu, selepas itu. apa apa yang belum terlaksanakan. laksanakan. jangan di tangguhkan. paling penting, JANGAN LAGI TANGGUH SOLAT. memang peringatan untuk diri sendiri dan sahabat sahabat semua juga. 

syukur Alhamdulillah, semuanya tiada apa apa juga. dan Alhamdulillah ya Allah, kerana masih memberikan kami peluang untuk bernafas di bumi ini dan juga memberikan peluang untuk kami mengumpulkan amalan, amal ibadah untuk di bawa ke akhirat sana kelak. insyaAllah, amin ~

Alhamdulillah untuk segala apa yang telah Kau berikan kepada kami. :')


p/s : KAMU, jaga diri. tiada selain Allah tempat kita bergantung harap. Allah jugalah yang menjadikan tiap tiap sesuatu tu kan. kita amik pengajaran ya. :')

MINTA MAAF juga. assalamualaikum w.b.t. <3