Saturday, October 27, 2012

9 jenis ANAK SYAITAN.



أعوذ بالله من الشيطان الرجيم

"I seek refuge in ALLAH from Shaitan, the accursed one."


Umar al-Khattab r. a berkata, terdapat 9 jenis ANAK SYAITAN :


1. Zalituun
  • Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat.Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.

2. Wathiin
  • Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.

3. A’awan
  • Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

4. Haffaf
  • Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat (contoh: disko, kelab malam & tempat yang ada minuman keras).

5. Murrah
  • Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yang sukakan MUZIK sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour lain-lain.

6. Masuud
  • Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yang mula dari kata-kata mulut.

7. Daasim
  • Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumah tangga (suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumahtangga lagi).

8. Walahaan
  • Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yang lain.

9. Lakhuus
  • Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari.


P/S : Dengar info ni d TV semalam. Terus cari google. Terima Kasih :)

No comments: