Tuesday, March 12, 2013

Coretan untuk perwira =)


Minta maaf  tajuk yang nda ble blah & untuk coretan yang agak panjang. :)

Aku ingat lagi. 1 Mac yang lepas. 
Negara dikejutkan dengan kehilangan dua orang perwira negara dalam kejadian tembak-
menembak di Kg. Tanduo, Lahad Datu.
Al-Fatihah untuk kedua mereka.
Seluruh rakyat Sabah jadi panik, termasuklah keluarga yang berada di Sandakan.
Sebab risau kalau kalau pengganas Sulu itu datang ke seluruh Sabah.
Yalah, siapa tahu kan mungkin ada pengikutnya yang sudah lama menetap di Sabah,
tinggal tunggu arahan untuk bertindak. Nauzubillahminzalik.
Kedai mula ditutup. Sekolah mula ditutup juga. Terutama di bandar Lahad Datu.
Memang agak lengang jika dilihat gambarnya dari muka buku.

Hati kami, anak kelahiran Sabah mula risau.
Risaukan keluarga yang berada jauh dari diri. Tapi kena tabah.
Hanya doa senjata yang kami ada. Minta dijauhkan dari semuanya.
Sebab dengar dengarnya pengganas sudah mula masuk ke Semporna.
Aku pun ada keluarga di Semporna juga, walaupun mungkin keluarga jauh, tapi tetap keluarga.

2 Mac,
terkorbannya lagi 6 orang perwira negara.
Tapi tidak pernah pula tercapai di akal yang salah seorang dari mereka adalah pakcik sendiri.
Ibu hantar pesanan ringkas, sepupu Ibu terkorban dalam serang hendap pengganas di Semporna.
Mungkin sebab kali terakhir aku jumpa pakcik masa aku sekolah rendah,
lepas tu pindah ke Tawau, jadi terputus hubungan dan tiada dengar khabar berita dari mereka.
Tapi, memang tidak pernah terfikir juga untuk mendengar khabar beritanya kali terakhir
melalui berita sebegitu.

Al-Fatihah untuk arwah pakcik Salam bin Togiran & kelima-lima yang telah pergi.



Masa tu, rasa hati kuat betul untuk balik ke kampung halaman.
Tapi bila fikir balik, memang Ibu nda kan bagi sebab faktor keselamatan.

5 Mac, 
aku dengar kerajaan Malaysia perintah keluarkan serangan besar-besaran untuk semua pengganas tu.
Hanya terus mampu berdoa untuk keselamatan semua terutama mereka yang bertugas.

6 Mac,
Ibu bagitahu, abang akan dihantar ke Lahad Datu.
Perasaan masa tu, Allah sajalah yang tahu betapa risaunya aku.
Macam-macam benda yang bermain difikiran. 
Cukup dengan kehilangan seorang anggota keluarga kami.
Nauzubillahminzalik.
Aku telefon abang sampai dengar peti suara. Mungkin sibuk berkemas.
Tapi aku tetap tidak putus asa untuk hubungi dia.
Tiba tiba dia telefon balik. Aku tanya dia, betulkah tidak dia dihantar ke Lahad Datu.
Dia kata ya, dia dan rakan sekerja yang lain berlepas jam 6 petang nanti katanya.
Aku menangis. Bila diingat semula, memang lucu.
Mungkin sebab itulah pertama kali aku menangis sebab risaukan dia. (Jahatkan aku =p)
Sampai abang pun jadi panik bila cakap dengan aku. Dia kata, InsyaAllah tiada apa-apa akan jadi.
Aku suruh dia jaga diri di sana. Hubungi kami sentiasa terutama Mama. Aku cuma tidak mahu Mama risau.

Balik ke rumah, roomate tanya aku kenapa,
aku pun melepaskan kesedihan dengan dia. Menangis habis-habisan mungkin.
Bukan aku tidak redha, kami tahu abang pergi kesana atas sebab tanggungjawab dan tugasnya.
Apa lagi yang boleh dibantah jika mereka diarahkan kesana.
Abang hantar pesanan ringkas dengan aku, suruh aku jangan menangis lagi. 
Lepas tu, aku kata dengan diri jangan menangis lagi. 
Sebab macam tidak redha untuk abang pergi bertugas di Lahad Datu.

Malam tu, aku telefon Ibu, 
Ibu cakap bapa mahu pergi ke Lahad Datu esoknya untuk melihat keadaan abang aku.
Sayunya hati bila fikirkan bapa sanggup pergi kesana. =')
Lepas tu, aku bercakap dengan Mama.
Tiada nada 'huhu' 'haha' 'hehe' lagi yang kedengaran. 
Mama bercakap dengan aku seolah-olah mahu menangis. 
Aku tahu Mama sangat sedih bila dengar abang akan dihantar kesana.
Awal-awal lagi Ibu bagitahu yang Mama menangis bila dengar abang dihantar ke Lahad Datu.
Mama suruh aku berdoa, untuk keselamatan abang, untuk keselamatan semua perwira negara,
untuk keselamatanku dan keselamatan semua.
Mama pesan berhati-hati kalau pergi kemana-mana.
Sayunya hati dengar pesanan Mama. Aku tahu, kalau aku menangis, Mama apatah lagi.
Jadi aku kuatkan hati bercakap dalam nada yang ceria.
Mama hanya mahu semua ini cepat berakhir. Amin. =')


7 Mac
abang bagitahu yang dia tiada kesempatan untuk jumpa bapa,
sebab mereka semua dalam zon bahaya kan. Dia nasihatkan bapa jangan datang kesana.
Risau kalau apa-apa terjadi.
Lepas tu, abang bagitahu dia dipindahkan tugas.
Dia kata tugasnya diringankan sedikit.
Ya, walaupun dia masih berada di Lahad Datu tapi sekurang-kurangnya tugasnya tidaklah
berada di dalam zon yang terlalu bahaya. 
Walaupun masih agak bahaya tapi sekurang-kurangnya ada sedikit kelegaan untuk kami sekeluarga.
Mungkin atas berkat doa Mama siang dan malam, doa seorang Ibu yang tiada hijabnya. 
Doa dari keluarga, dan kenalan-kenalan untuk dia yang tidak pernah putus.
Allah meringankan beban untuk dia.

10 Mac
dari muka buku kami dapat tahu seorang lagi anggota keselamatan cedera.
Alhamdulillah, abang bagitahu tiada apa-apa yang jadi dengan dia.
Tapi, dia risau juga sebab tempat mereka bertugas yang diserang dalam jam 11 malam tu.
Walaupun tugasnya tidak berada dihadapan lagi,
risiko tetap tinggi dan membahayakan.

Walaupun setiap hari dengar khabar dari abang melalui SMS, 
hati tetap juga risau bila ada berita bahawa ada yang tercedera dan ada yang terkorban.
Abang hantar gambar, ceritakan semuanya. 
Tapi ada benda yang tidak dapat dia kongsikan juga sebab sudah jadi rahsia pasukan keselamatan.
Ada sekali dia hantar gambar muka-muka pengganas yang ditangkap, 
ya Allah, muka tu sangatlah ganas. Berdarah-darah lagi.
Abang cakap gambar tu selepas pengganas tu ditangkap, selepas sembelih 4 perwira yang terkorban hari tu.
Allahurabbi. ='(


Bila tengok gambar ni masa abang upload di muka buku hari tu,
sedih bila tengok sebab sudah tengah malam ataupun mungkin Subuh baru dapat berehat sedikit dan makan. Makan pun, asalkan ada kan. 
Mereka tahu, demi mempertahankan keamanan negara, banyak benda yang perlu dikorbankan.
Semoga Allah melindungi. Allahumma amin.

12 Mac,
balik dari kelas tadi ada berita lagi seorang anggota askar terkorban dalam kejadian tembak menembak.
Bila nampak macam tu terus risau, kontek abang, abang belum balas lagi.
Abang pernah cakap kalau dia tiada balas tu, dia sibuk.
Tunggu lepas tu abang cakap memang betul satu lagi askar tadi terkorban.
Harap-harap semuanya baik-baik sahaja disana kan. =') 
Amin.


Jangan pernah berhenti berdoa untuk mereka dan untuk kita, untuk negara kita,
Musibah ni, mungkin Allah mahu tunjukkan supaya kita bersatu walaupun berbeza agama,
berbeza fahaman politik, berbeza bangsa dan lain-lain lagi.
Tolak tepi masa ni untuk salahkan siapa dalang, siapa punca, yang penting kita bersatu untuk
pertahankan hak kita, sebab jika bukan kita siapa lagi yang ada untuk pertahankan
kedaulatan negara kita kan.

Aku tahu, mungkin ada diantara kawan-kawan, sahabat-sahabat yang terasa hati bila aku kata
perkara ini dipolitikkan. Aku tidak pernah salahkan mereka, dan tidak pernah juga terniat untuk
tunding jari untuk tujukan apa-apa benda untuk mereka. 
Terpulang berdasarkan fahaman masing-masing.
Kami berdiam diri, tidak masuk campur dalam urusan politik, 
dalam urusan menyiasat ni, bukan bermakna kami mahu ambil tahu. 
Tapi fikirkan keluarga mangsa, apa yang kita dapat rasa jika kita berada dalam situasi mereka. 
Agak sedih kan. Walaupun bukan aku yang merasa sendiri disana,
tapi aku dapat merasakan apa yang abang aku rasa, ketakutan, kesedihan yang kami sekeluarga rasa.
Sama-sama kita berdoa supaya ini akan cepat berakhir. Jangan sebab fahaman yang berbeza kita 
berpecah-belah. =')

Rasa terharu juga dengan semua kawan-kawan yang dari Sarawak dan Semenanjung yang tidak pernah
mempersoalkan hal ini. Tapi terus-terusan untuk mendoakan mereka yang dihantar bertugas dan 
mendoakan agar keamanan negara kita pulih seperti biasa. 

Sesungguhnya, hanya Allah yang tahu apa yang ada dalam hati kita. 
Kita senyum, tapi dalam hati kita hanya Allah yang tahu betapa risaunya kita terhadap mereka.
Terutama untuk mereka yang mempunyai keluarga di sana.

Aku yakin,
semua ini pasti ada hikmahnya. Allah sebaik-baik perancang.
Jangan berhenti berdoa, kerana doa itu senjata orang mukmin.
=)


p/s : Jika ada silap dan salah tolong tegur k :)


No comments: