Wednesday, February 20, 2013

Makan di Hello Kitty ;)


Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum w.b.t.
Selamat memulakan kuliah untuk semua pelajar IPT. =)

Actually masa cuti hari tu mau la konon-konon, kenen-kenennya update entry baru pasal cuti semester. Mula dari first cuti, masa cuti & masa balik UMS. Tapi huhhh, satu habuk pun tiada kan. Banyak benda yang menghalang untuk aku update entry baru. Alasan yang terbaik adalah sebabnya line internet celcom sangat buruk di rumah (guna hotspot jaaaa pon =p) dan alasan paling buruk adalah sebabnya aku MALAS. MALAS dan MALAS. Hahahah. Cuti dihabiskan dengan bergaduh dengan anak-anak buah yang nakal, jalan dengan family especially abang aku dan dan Ibu guna laptop untuk main game. Kihkihkih. Mau guna Tab anak buah aku pun serabut nanti entry blog aku.


Jadi sekarang, walaupun terlambat I just want to share some of my time hanging out with my friends, spending time with them. Rindu tersangat-sangat sudah kan, jadi kalau ada kesempatan jalan bukan main lagi. Hehe. Almaklumla, ada orang tu ada kereta sendiri sudah, tapi kami juga yang selalu susahkan dia, habiskan minyak kereta dia. Sorry and thank you so much baby =p


On 2nd day of February, masa tu Jia cuti. Pagi tu jalan dengan family sampai tengahari hantar anak buah terus pegi tuisyen. Balik kejap tengahari menunaikan yang wajib dan sambung jalan balik sebab Jia bawa jumpa Wani, and bawa Wani jumpa Dey. Macam BZ betul ja kan. =p Tapi lepas tu, sampai bandar I must go with my mum sebab mau ambil HP yang di repair hari tu. So, malam baru dapat jalan balik dengan diorang bertiga ni. (Wana, Jia & Dey) Sebab Wani dihantar balik pegi tempat parentsnya, dia mesti balik B.Garam hari tu juga. Jadi bermula lah perjalanan kami yang kononnya jauh la sangat kan. Padahal cari tempat makan ja pun. 


Bila tanya dorang, "Kita makan di mana ni?" Dorang semua cakap "makan di restoran Hello Kitty." Punya main excited masa tu, sebab sebelum cuti sem hari tu my bestfriend Nabilla tag di Instagram pasal restoran tu dan aku tersangatlah mau pegi. It's located at Bandar Indah. De Little Chef nama dia. Eheeee =)

Bila masuk, semua Hello Kitty. Memandangkan aku peminat tegar Hello Kitty, senyum yang habis-habisan aku bila masuk restoran tu. Ahahaha =D Restoran tu cat putih & pink which make it suitable with the Hello Kitty theme. Teheee =) Nasiblah pinggan mangkuk, sudu garpu gelas bukan Hello Kitty mungkin sebab takut customer yang tegar minat HK macam aku ni, lepas makan masukkan dalam beg. Kahkahkah =p

                                                 











     

Yang hijau tu tempat pencungkil gigi, alas pinggan dan gelas pun Hello Kitty.
Apa lagi tempat ambil order tu pun HK. Heeee.



P/S : Sila klik gambar untuk resolusi yang lebih baik =)

Yang gambar atas tu area luar dekat kaunter. Jia cakap disitu lagi banyak aksesori makanan Hello Kitty. Aksesori sangat =p Gambar bawah tu pula area dalam tempat kami makan. Masa ni, nda ramai orang pun jadi kami berhuha huha sendiri suka hati kami ja. Kahkah.



Bila tiba masa makan,



Dan selepas makan,



Nampak frame dekat belakang tempat duduk kami tu? Semua yang tergantung di atas tu gambar-gambar sejarah Sandakan. Dari tahun 1960 something sampai 1990 rasanya. Kami nda perhatikan betul-betul pun, kami cuma excited tengok Hello Kitty ja kan. Teheee. Tapi ada juga satu frame tu kami ternampak gambar pengeboman masa zaman peperangan di Sandakan. Sekejap ja ditegur gambar tu, lepas tu kami sambung makan. Haha.

Disebabkan nda ramai orang datang masa tu, kami pun memang suka hati ja buat prop apa-apa yang ada di atas meja tu, walaupun sudah tersusun rapi. Maafkan kami ya owner restoran =p


Main tapuk-tapuk sama Hello Kitty. =p


Bukan main happy kan aku jumpa Hello Kitty. Bahahaa. =D Thanks for my sisters sebab bawa aku datang makan kesini. Ehem :3 Aku tahu aku adik bongsu yang disayangi. Cewaaaaaaaaaaahhh. =p

Till we meet again Hello Kitty ! <3








No comments: