Tuesday, July 24, 2012

Holiday #3 , Ramadhan


"Selembut doa dalam hati, Kau mengetahui." - Aku Bersujud


Bila kamu bergembira, yakinlah bahawa Allah itu ada.
Itu akan menjamin kekuatan untuk kamu yakin, kala kamu bersedih nanti, bahawa Allah itu memang ada. - Hilal Asyraf(Official)

Jangan risau dan bimbang jika orang sakitkan hati kamu.
Yakin Allah itu ada. Jangan balas dengan sakitkan hati orang lain balik.
Bersabar. InsyaAllah ada hikmah.
Minta pada Allah kebaikan untuk diri kita, Ibu bapa dan orang lain.

dan yang paling penting,

Jangan tinggal solat :)

Semalam bila tengok Islam Itu Indah dalam TV,
Ustaz tu cakap, 
"Solat Subuh akan buat permulaan hari kita lebih teratur."


dia cakap lagi,
rebut peluang untuk mulakan hari dengan lebih baik.
Baca Al-Quran, Istighfar dengan sebanyak mungkin,
sebab Ustaz tu cakap,
solat ni lambang diri kita, macam mana kita yang sebenarnya.
(kalau saya salah sila betulkan) 


InsyaAllah juga,
dengan solat Subuh,
Allah permudahkan urusan kita.
bukan solat subuh saja, bahkan solat 5 waktu.
dan benar, aku juga pernah mengalaminya. 
Alhamdulillah, Allah permudahkan hariku. 
Lagipun, biasanya solat subuh ni yang kita paling susah untuk buat.

"Solat itu lebih baik dari tidur." 


Jadi,
sayang sayang semua,
jangan pernah tinggal solat ya,
walau sesibuk mana pun.
Jom sama sama, kita ubah diri.
Sebab hati kita ni pun senang di bolak-balikkan.
Tapi semua tu, dari diri sendiri juga. 
kan? :)

aku juga manusia yang penuh khilaf.

Salam Ramadhan. Banyakkan amalan. <3






No comments: